Friday, August 14, 2015

ABC#162

Salam Mahabbah Fillah 29 SYAWAL 1436H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Allah
Beri kita hidup
Cuma seketika
Di dunia ini...
Elok kita muhasabah
Fikir akan akhir hayat
Gerbang akhirat pun
Hampir tiba
Inilah hakikat hidup
Janji Allah itu pasti
Orang muda atau tua
Pasti merasai mati
Qualiti Iman
Tapi..jika gagal..
Untuk mereka adalah neraka
Visi kita adalah akhirat
Walaupun dunia dpn kita
Yang pasti semua akan tinggal...
Zalimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...



|| JANGAN MATI LAGI ||

Serasa hilang semangatku ini ya Allah
Entah terbang mengapung ke langit
Atau tenggelam ke dasar bumi.
Serasa hidup tidak lagi penting
Serasa segunung tekad yang dulu kukuh kini cuma tinggal puing-puing.

Mati lebih baik, kata aku. 
Buat apa hidup kalau sekadar menanggung malu, jemu dan sendu? 
Buat apa hidup kalau berdepan derita, bertemankan airmata setiap ketika? 
Ini ujian atau hukuman? 
Sungguh!
Mati lebih baik! 
Biar semua orang berbahagia dengan cerita mereka tanpa aku
Biar semua orang ketawa dan aku tidak mahu lagi mengganggu.

Astaghfirullah. 
Sebesar inikah putus asaku,
Separah inikah sesalku pada apa yang berlaku?

Ya Allah, 
Saat ku kenang Hajar berlari mencari air di padang pasir,
Rasa beku yang terbuku ini mencair
Saat ku ingat tabahnya dia berlari dan terus berlari meski bagai tiada harapan lagi, 
Resahku mengalir. 
Saat memancar zamzam dari lubuk mustahil,
Ternyata asaku belum bertemu titik terakhir.

Subhanallah. 
Ternyata pada sejuta kekalutan yang menduga, 
Keajaiban itu masih ada
Lalu aku tertanya-tanya 
Mengapa harus wujud frasa berputus asa?

Allah Ya Allah
Bantulah aku mengumpul puing-puing harapan ini,
Biar tersejat semuanya ke langit tinggi,
Berkumpul menjadi awan harapan lalu menurunkan hujan kejayaan.
Pada sekeping hati yang kecewa ini
Ku katakan - nanti
Jangan mati lagi! 
Duhai hati, 
Jangan pernah mati sebelum mati!
#PujuklahHATI


|| TIP PUJUK HATI ||

Setiap kali kita rasa terluka, cepat-cepat ingat dosa-dosa kita. 
Anggap airmata kita,
anggap rasa kecewa yang kita rasa, 
adalah cara Allah menghapuskannya.

Apalah sangat rasa sakit semua tu 
kalau nak dibandingkan dengan hukuman dalam neraka 
yang entah berapa kali ganda seksanya.

Jadi, setiap kali kita terluka dan airmata mengalir laju sekali pun, 
kita sepatutnya tersenyum. 
Kita perlu rasa gembira 
kerana Allah pilih untuk hapuskan dosa kita 
dengan seringan-ringan hukuman. 
Jangan layan sedih tu. 
Lawan.

Tiada Yang Pasti
Senaraikan seribu perancanganmu
Untuk esok, lusa, bulan depan dan tahun depan
Atau mungkin rencana dekad demi dekad
Atau mungkin hingga berabad
Cubalah
Senaraikan kesemuanya.
Kemudian, tanyalah dirimu
Yang mana satu rencanamu yang pasti terjadi?
Yang itu atau yang ini?
Nah akhirnya, malu sendiri.
Tidak ada yang pasti
Seminit lagi pun belum tentu 
kau masih hidup lagi!

#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 29-10-1436H | 14-08-2015M 17:11 JUMAAT
#Puasa6HARIbulanSYAWAL
#Day06/06
#BulanPeningkatanAMAL
#BulanPembuktianTAQWA

No comments:

Post a Comment