Saturday, December 12, 2015

ATM#009

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Mahabbah Fillah..
Wahai sahabatku yg dikasihi selalu..

30 Safar 1437H..
12 Disember 2015..                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, di hari SAbTU yang mulia ini kami bersyukur kerana kami masih mempunyai kekuatan untuk mengerjakan amal ibadat  seperti yang diajar oleh junjungan kami Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Ya Allah kekalkanlah  segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.

Ya Allah berilah keinsafan kepada diri kami dan ingatkan kami bahawa hari ini kami masih kuat dan gagah tapi esok mungkin nak bangun pun kami termengah-mengah; jadi berilah kami kekuatan untuk mengerjakan suruhanMu Ya Allah, kerana kami takut esok belum tentu ada lagi peluang bagi kami beribadah.

Ya Allah berilah kami laluan di hari ini dengan tabah kerana hari esok belum tentu ada bagi kami.

Ya Allah janganlah kami berasa bangga dan bermegah dengan maksiat kerana esok kami mungkin menyesal sebab esok kami mungkin tidak lagi berpakaian baju dan jubah tetapi hanya kain kafan yang tiada lagi gah.

Ya Allah kuatkan ketaatan dan amal ibadah kami dengan istiqamah kerana seandai esok datang ketentuanMu Ya Allah, kami dapat menerimanya dengan redha dan tabah.

Ya Allah jika di hari ini masih ada silap dan salah kami, perbetulkanlah Ya Allah dan terimalah istighfar dan taubat kami Ya Allah.

Ya Allah hari ini kami di dalam taqdir Mu Ya Allah dan esok kami hanya dalam ilmuMu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dan bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah  kurniakan kami rezeki yang halal serta diberkati, mudah mudahan dengan rezeki tersebut, kami semakin lebih mendekati Mu Ya Allah.

َYa Allah kami bermohon agar kedua ibubapa kami dianugerah tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
������������������

No comments:

Post a Comment