Friday, August 12, 2016

ATM#032

Salam Mahabbah Fillah 10 Dzulkaedah 1437H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


Semua orang mengimpikan sebuah keluarga bahagia. 
Namun, jalan bagi mendapatkannya bukan mudah seperti yang disangkakan. 
Ia memerlukan ilmu yang cukup, perancangan yang tersusun dan persiapan yang matang.


"Terbentuknya keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah memang idaman setiap insan. 
Ia adalah harapan dan cita-cita yang wajar diimpikan oleh manusia dan ia perlu dirancang sematang yang mungkin."


...Pasti timbul harapan sedemikian, oleh itu hendaklah kita mengikhlaskan diri dengan bersungguh-sungguh demi membangunkan keluarga yang mengharapkan redha-NYA. Dari sinilah bakal terbentuk istana rumah tangga yang penuh kedamaian, kasih sayang dan rahmat daripada Ilahi. Ia ibarat sebuah syurga di dunia. 

Kita hanya manusia biasa yang berusaha menyatukan dua unsur menjadi sebuah kekuatan. Dengannya kita mengharapkan keredhaan daripada ALLAH, mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw serta meneguhkan langkah di jalan ALLAH.

Semoga segala susah payah kita dalam membangun keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah, sentiasa mendapat limpahan redha dan kasih sayang ALLAH..Aamiin Ya Rabb..


"Duhai isteriku, janganlah engkau terlalu mencintaiku. 
Aku hanyalah makhluk lemah dan tidak berdaya. 
Aku tidak dapat mempertahankanmu kecuali kekuatan yang ALLAH kurniakan kepadaku. 
Aku tidak mampu memberi nafkah kepadamu walau sesen pun, 
melainkan limpah rezekiNYA padaku. Cintailah ALLAH, Pemilik alam ini. 
Sekiranya ALLAH mencintaimu, pasti DIA memelihara dirimu walaupun aku berada jauh darimu. Sekiranya ALLAH menyayangimu, DIA pasti membela dan mencukupi segala keperluanmu sekalipun aku tidak berdaya membela dan memenuhi kehendakmu. 
Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan ALLAH kepadamu."

Alangkah indahnya apabila suami berani berkata sedemikian kepada isterinya. Kata-kata indah itu menyingkapkan betapa mulianya rumah tangga yang menjadikan CINTA kepada ALLAH sebagai tumpuan utama sekaligus membangkitkan motivasi dalam membina keluarga bahagia dan harmoni.

Gerbang perkahwinan adalah salah satu episod kehidupan yang menguji tingkat kecintaan seseorang kepada agamanya. Nabi Muhammad berkata:

"Nikah itu adalah sunnahku. Sesiapa yang mencintai agamaku, maka hendaklah mengikuti sunnahku."

Melalui hadis itu, dapat disimpulkan perkahwinan itu perlu didasari oleh cinta suci, di mana inti pastinya terkandung kecintaan pada gama. Setiap pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan perlu menyedari pernikahan bukan sekadar ijab dan kabul. Ia sebaliknya adalah ibadah yang diperintahkan ALLAH dan sunnah Nabi.

Dengan berbekalkan keyakinan, perkahwinan adalah ibadah, diharapkan kita bersungguh-sungguh membina ikatan perkahwinan iaitu berusaha membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Ini adalah tugas mulia yang perlu kita laksanakan.

Membangunkan rumah tangga tidak cukup hanya bermodalkan keinginan tetapi yang penting adalah cara membina keluarga supaya sentiasa berada dalam kasih sayang dan redha ALLAH.

Apabila suami isteri mampu menjalankan kewajipan, pasti rumah tangga tenteram. Hakikatnya, sakinah, mawaddah dan rahmah adalah berkat yang tidak terhingga daripada ALLAH. Rasa cinta yang dikurniakan ALLAH kepada dua insan yang mengharungi kehidupan berkeluarga ini sebenarnya sesuai dengan tuntutan-NYA dan sunnah Rasul-NYA.


Bersiap SEDIA...
  • Yakin kepada ALLAH
  • Memperbaiki akhlak dan peribadi
  • Ilmu yang mantap
  • Yakin dengan keterampilan


Menentukan MATLAMAT..
  • Meneguhkan keimanan
  • Istiqamah dalam beramal soleh
  • Saling menasihati


Membahagikan Kedudukan dan TUGAS..
  • Suami sebagai Pemimpin
  • Isteri sebagai Pendamping


Mendidik Anak dengan CINTA..
  • Mendidik dengan menunjukkan teladan
  • Pendidikan yang perlu diberikan
  • Melatih kemahiran


Menangani KONFLIK..
  • Tiga Langkah Menangani Konflik
  • Bentuk Suasana Komunikasi yang Menyenangkan
  • Toleransi kepada Anak

Merawat CINTA KASIH..
  • Langkah-langkah Memelihara Kasih Sayang dalam Keluarga


Ikhtiar dilakukan semaksima mungkin daripada pasangan suami isteri bagi mewujudkan kehidupan rumah tangga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah adalah salah satu bentuk ibadah yang mendatangkan pahala. Bersyukurlah apabila rumah tangga yang dibina pada akhirnya membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Tetapi, perjuangan masih belum selesai. Sekiranya mahukan bahtera yang dibina sentiasa dalam keberkatan, maka pasangan suami isteri perlu memerhatikan beberapa perkara yang diharapkan dapat memelihara keberkatan dalam rumah tangga. 

Perkara-perkara itu adalah:-

  • Cintai ILMU
  • Menjaga Keikhlasan
  • Jagalah HATI
  • Bahagiakan Ibu Bapa
  • Bangunkan Pola Hidup Sederhana

Semoga ALLAH meredhai perjuangan kita dan mudah-mudahan apa yang kita lakukan mendapat manfaat yang bernilai di dunia dan di akhirat. Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui.


--------
#ALLAH Tempat Meminta.. 10-11-1437H | 13-08-2016M 12:01 SABTU

No comments:

Post a Comment