Friday, September 2, 2016

ATM#038

Salam Mahabbah Fillah 30 Dzulkaedah 1437H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Pada sambutan kemerdekaan 31 Ogos 1957, 
ianya dimulakan dengan laungan azan oleh Ustaz Hasan Azahari

DOA MERDEKA

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, 
Doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara 
di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957. 
Sumber Jabatan Mufti Negeri Sembilan


Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru oleh Ustaz Hassan Azhari (Tan Sri) dan tembakan meriam seratus satu das.


-----------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 30-11-1437H | 02-09-2016M JUMAAT 18:35

No comments:

Post a Comment