Wednesday, June 7, 2017

SMS#020

Salam Mahabbah Fillah 13 Ramadhan 1438H.. Hari KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Tambahkanlah ILMU untuk aku dapat bertenang..
Tambahkanlah aku kasih sayang untuk aku dapat bersabar..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.


ALHAMDULILLAH.. Terima Kasih ALLAH

  • Membaca Surah Ali Imran ayat 190-200.
  • Minum Madu 2 sudu besar. (Boleh juga diletakkan di tapak tangan kanan dan dijilat. Enzim dari tangan menyeimbangkan bakteria dalam perut yang mempengaruhi emosi kita) 
  • Habbatus sauda' 10 titis
  • Minum air masak atau air bercampur sedikit garam bukit/ garam buluh (3 liter sepanjang hari)
  • 11 biji kurma untuk sarapan setiap pagi.
  • Banyakkan membaca Ta'awwudz (Aku berlindung kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk)
  • Amalkan membaca Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)
  • DOA Mengatasi Kerunsingan:

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Sesungguhnya aku ini hamba-MU 
dan anak kepada hamba lelaki-MU 
dan anak kepada hamba perempuan-MU..
Urusanku berada pada tangan-MU..
Hukum-MU terlaksana pada diriku..
Ketentuan-MU adil padaku..
Aku meminta daripada-MU dengan setiap nama-MU 
yang ENGKAU namakan diriMU dengannya 
atau yang ENGKAU ajarkannya kepada sesiapa daripada kalangan makhluk-MU 
atau yang ENGKAU peliharanya dalam ilmu ghaib di sisiMU 
agar ENGKAU jadikan AL-QURAN pengubat hatiku, 
cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan rasa gundahku.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

[Syukran jazilan buat sahabat fillah yang sudi berkongsi amalan konsistennya untuk menangani kemurungan yang dialamainya semenjak melahirkan anak yang ketiga pada tahun 2014 yang lalu.] 

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ya Syafiey Yang Maha Meyembuhkan..
Di Bulan RAMADHAN yang penuh keberkatan ini Ya ALLAH
Kami memohon kepadaMU
Berikanlah kesembuhan buat sahabat yang mengalami kemurungan ini
Kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat dirinya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

No comments:

Post a Comment