Tuesday, June 13, 2017

SMS#021

Salam Mahabbah Fillah 18 Ramadhan 1438H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Bagaimana Diriku Menggapai CINTA-MU..

Dengan menyerahkan seluruh cintaku buatMU Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
diriku akan pasti mendapat cinta-MU, cinta yang tidak ada tolok bandingnya.
Ya WADUD akan pasti memasukkan perasaan cinta ini ke dalam orang-orang di sekelilingku termasuklah dirinya kerana DIA ingin diriku merasai betapa indahnya cinta-NYA, walaupun sedikit.
Apatah lagi cinta-NYA di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini.
Oleh itu diriku menggapai cinta-NYA dengan menanamkan cinta-NYA jauh di hati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain ALLAH dari hatiku, cinta manusia, makhluk, dunia dan nafsu..
Diriku genggam sekuat-kuatnya cinta-MU di genggamanku sebagai amanah ALLAH.

Diriku sedar cinta makhluk di genggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur pada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.

Cinta ALLAH di hati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan NUR-MU dan akan menyalakan bintang-bintang di hatiku umpama bintang-bintang di langit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku di sepanjang kehidupan ini.
Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya ALLAH Ya WADUD, Ya JALIL dan Ya QUDDUS.
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal 'Aalamiin.


Ketika Diriku Merasa Bersalah dan Berdosa..

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Diriku sedar diriku hanya ciptaan Ya KHALIQ yang tidak lepas dari kesilapan.
Ya GHAFUR dan Ya AFFUW sudah pasti menunggu-nunggu bilakan diriku menadah tangan memohon ampun dari-NYA dan DIA sudah pasti akan mengampunkan segala kesalahanku walaupun sebanyak buih di lautan.
Sifat pemaaf dan pengampun ALLAH tidak ada tolok bandingnya.

Diriku memohon agar sedikit sifat GHAFUR dan AFFUW-MU Ya ALLAH diberikan kepada diriku agar diriku mampu menjadi seorang yang pemaaf agar diriku mampu memaafkan diriku, dirinya dan sesiapa sahaja yang bersamamu, agar dengan sifat memaafkan ini mampu melahirkan hubungan ukhuwwah yang lebih erat dan seterusnya diriku mampu berbuat baik sesama manusia dan terus mengutip redha-MU Ya ALLAH.


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Berkatilah kami di bulan RAMADHAN ini..
Pertemukanlah kami dengan LAILATUL QADAR-MU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Kami bersyukur kerana telah panjangkan usia kami hingga ke saat ini 
bagi membolekan kami berpuasa dan mengerjakan amal ibadah kepadaMU.

Ya ALLAH..
Kami menadah tangan memohon supaya Engkau panjangkan usia kami 
supaya kami dapat terus berpuasa dan beribadah 
hingga ke akhir bulan Ramadhan tahun 1438H ini.
Dan kami memohon Engkau panjangkan usia kami 
supaya kami dapat ketemu Ramadhan tahun hadapan.

Ya ALLAH..
Jadikanlah Ramadhan 1438 Hijrah ini lebih bermakna dari Ramadhan yang lalu.
Jauhkanlah kami dari neraka-MU
dan masukkanlah kami ke dalam syurga-MU
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal 'Aalamiin.


No comments:

Post a Comment