Saturday, April 19, 2014

HIJRAH#032

Salam 20 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH. Semoga urusan kalian sentiasa dalam redhaNya dan dipermudahkanNya.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS. 9:20)

<3 BINGKISAN BUATMU MAWAR IDAMAN <3

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH SWT,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki,
Menyentuh dirinya mahupun hatinya,
Kerana ALLAH teramat mencintainya.

Tetapi,
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki sebelum berumahtangga,
Bagaimana ALLAH mahu menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita,
Kepada seorang manusia,
Yang lebih banyak mengecewakan kita.

Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri,
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
Bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijaga.

Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari,
Hargailah kesempatan yang ALLAH berikan.

Ukhti habibati,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,
Aku bangga andai engkau mati di medan kebenaran,
Dari hidup dalam kesesatan,
Kerana jangan lupa duhai ukhti sayang,
Muliamu bukan kerana kecantikan, pangkat dan harta,
Tapi kerana ISLAM.

©Wardah Syuhada' @ Majalah Haluan Edisi Hati (2012).

*****
Tiada apa tiadapun dapat aku dambakan
Melainkan rahmat kasih-Mu Yang Maha Esa
Hanya Kau saja yang mengetahui isi hatiku
Aku insan lemah tiada daya melainkan-Mu jua

Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya Illahi
Aku mengembara merantau jauh
Mencari setitis rahmat-Mu Illahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani

Akulah hamba yang sering lupa akan kasih-Mu Ya Illahi
Aku mengembara merantau jauh 
Mencari setitis rahmat-Mu Ilahi
Hanya pada-Mu kuserahkan jiwa dan nurani

Ampunkan aku wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih
Terimalah taubatku menjadikan aku hamba-Mu yang sholeh
Ya.. Ilahi....

~'Menjadi' sebelum 'Mencari'~

No comments:

Post a Comment