Tuesday, April 22, 2014

HIJRAH#033

Salam 23 Jamadil Akhir 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
"Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam." (QS. Al-Fatihah, 1:2)
Melebihkan 'MENJADI' sebelum 'MENCARI'...
"Dalam pembinaan individu muslim, karya-karya saya menganjurkan agar melebihkan 'menjadi' sebelum 'mencari'. Saya percaya, yang soleh lebih bermagnet untuk menarik yang solehah. Begitulah sebaliknya. " kata penulis novel best seller 'Cinta High Class' ini tegas.
Jom kita menjadikan Surah al-Mukminun dalam warkah cinta Ya Wadud Yang Maha Pencinta sebagai inspirasi mempersiapkan diri menjadi mukmin profesional di dunia yang fana ini hingga ke syurga Firdaus.
Dalam warkah cinta ini, Sang Pencinta mengingatkan ciri-ciri orang yang berjaya mewarisi Syurga Firdaus ialah orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
Rindu kepada insan yang disayangi adalah anugerah Ilahi yang hadir secara fitrah. Jom alihkan rindu dengan berusaha memperbanyakkan zikir kepada Ya Khaliq Yang Maha Pencipta. Hadiahkan jua kepada bacaan al-Fatihah untuk insan yang dirindui. Al-Fatihah untuk superheroku Ismail Ali....semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama golongan para syuhada' dan solihin yang berjuang menegakkan deenMu.
Jom jaga solat dengan bersungguh-sungguh dengan melatih untuk khusyuk dalam solat dan ketepatan waktu solat dipatuhi.
***
Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima dariNya
Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah
Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi
Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan
Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan
***
Terima kasih ALLAH...

No comments:

Post a Comment