Wednesday, May 13, 2015

ABC#112

Salam Mahabbah Fillah 25 Rejab 1436H.. Hari KHAMIS yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Segala puja dan puji ke atasMU Ya ALLAH dengan izin-MU memberikan nikmat Ihsan, Iman dan Islam buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH...lakaran luahan HATI EMAS di TINTA EMAS ini kumulakan buat peringatan diri yang sering alpa dan serba kekhilafan ini.


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Berkatilah kami di bulan REJAB ini
Berkatilah pula kami di bulan SYAABAN nanti
Panjangkanlah umur kami untuk bertemu RAMADHAN kali ini
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


[‪#‎JPHBT‬: Bersyukur atas Takdir Sebuah Ketetapan]

SEDAR HAL DI BAWAH INI, SAUDARA/I TIDAK AKAN SOMBONG DAN EGO.

Takdir yang dilihat dari pandangan hakikat adalah KETETAPAN yang tidak akan berubah lagi. Ketetapan siapa? Ketetapan Allah.

Namun di dalam beramal, beribadah dan beraktiviti, "Just Do It" asalkan mematuhi syariat.
Sedar, apa yang kita jalankan itu adalah takdir yang ditetapkan.

__________________________
Bersyukur yang awal itu bukanlah terima kasih kerana doa kita dimakbulkan.
Bersyukur yang awal itu bukanlah terima kasih kerana apa yang kita miliki.
Bukan semua ini yang awalnya. Semua ini kemudian.
Ada bersyukur yang lebih awal daripada hal-hal seperti di atas.

Mulai hari ini, pastikan awalnya bersyukur hal yang akan saya jelaskan ini.
Kemudian pasti terima kasih atas yang lain akan menyertai.


__________________________
Bersyukur yang awal adalah terima kasih tidak terhingga kita kepada Allah
KERANA MENETAPKAN DALAM TAKDIRNYA itu sebuah takdir untuk kita seperti mana kita jadi seperti hari ini.

Bersyukur awalnya kita kepada Allah kerana dalam TAKDIRNYA yang merupakan satu KETETAPAN yang tidak akan berubah lagi bahawa takdirNYA itu menjadikan kita seperti ini.

Bersyukur awalnya kita kepada Allah kerana dalam TAKDIRNYA yang merupakan satu KETETAPAN yang tidak akan berubah lagi bahawa pada waktu sekian-sekian kita menerima rezeki, kesihatan yang baik dan pelbagai lagi.

SEBUAH KETETAPAN YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ.


__________________________
Sebagai contoh, ketika saya memiliki rezeki, bersyukur awalnya bukanlah saya berterima kasih kerana doa saya untuk memiliki rezeki dimakbulkan.

Sombongnya saya andai saya bersyukur seperti ini kerana berasakan DOA AKULAH YANG MENYEBABKAN AKU MENERIMA REZEKI setelah dimakbulkan Allah.

Apakah kalau kita tidak berdoa, rezeki yang DITETAPKAN itu tidak kita miliki?

BUKAN PULA SAYA KATAKAN TIDAK PERLU BERDOA.

Syariatnya berdoalah kerana kita ini hamba yang fitrahnya meminta.

Namun HAKIKATnya KITA BERDOA itu pun adalah sebuah TAKDIR yang memang sedia ada dalam TAKDIR yan sedia DITETAPKAN oleh ALLAH.

Sebuah TAKDIR bahawa pada waktu sekian-sekian KITA AKAN BERDOA.
Sebuah TAKDIR bahawa pada waktu sekian-sekian, inilah DOA kita.

"CINTA takkan Bahagia tanpa Gurauan
SAYANG takkan ADA tanpa Cemburu
RINDU takkan INDAH tanpa Air mata
KASIH takkan Sempurna tanpa Kejujuran"

~Someone Love You~

__________________________
Bersyukur awalnya saya ketika menerima rezeki adalah.....

TERIMA KASIH SAYA PADA ALLAH BERSAMA PUJI-PUJIAN UNTUKNYA kerana di dalam SEBUAH KETETAPAN TAKDIRNYA, saya menerima rezeki.

ALLAHU AKBAR...... andai saudara/i bersyukur akan hal ini, saudara/i pasti rebah sujud padaNYA.

Allah Yang Maha Baik, Maha Kasih Sayang dan Rahmat mengaturkan sebuah KETETAPAN yakni TAKDIRNYA bahawa kita ditetapkan jadi seperti kita hari ini.

Dengan kerja kita, dengan siapa diri kita hari ini, dengan diri kita sebagai suami/isteri, ayah/ibu kepada anak-anak, sebagai anak dan sebagainya dengan rezeki kita, dengan kesihatan, dengan hal lainnya yang HAKIKATNYA adalah sebuah KETETAPAN ALLAH atas diri kita.

Bersyukurnya kita kerana kita dipilih ALLAH di dalam TAKDIR-NYA sebagai orang Islam dan kita sangat berharap di dalam TAKDIR-NYA kita ini DITETAPKAN ALLAH sebagai hambaNYA yang beriman.

Kita sangat berharap di dalam TAKDIR-NYA kita ini DITETAPKAN ALLAH sebagai ahli syurga yang tidak sekadar dapat memasuki syurgaNYA bahkan lebih hebat lagi kita dapat bertemu dan melihat PEMILIK SYURGA yakni DIA.... Allah Subhanahu Wataala.

_________________________


LATIHAN

1. Duduklah diam dan tenangkan diri
2. Sedar dan ingatlah pada Allah.
3. Sedarlah bahawa aku sekarang ini dalam takdir yang ditetapkan oleh Allah. Betapa nikmatnya hidup ini ketika Allah menetapkan ke atas aku seperti apa yang aku jadi dan miliki hari ini.
4. Teruslah bersyukur awalnya begini setiap saat hidup ini.

Allah.... Allah..... Allah....

Sumber:
Fuad Latip |14 Mei 2015


NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
21:25. Dan tidak KAMI utus seorang rasul sebelum kamu, melainkan KAMI wahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada TUHAN, kecuali AKU, sebab itu, sembahlah AKU.
(QS. Al-Anbiya', 21:25)

25:21. Dan berkata orang-orang yang tidak berharap akan menemui KAMI: Mengapakah tidak diturunkan malaikat kepada kami atau dapat kami melihat TUHAN kami? Sesungguhnya amat sombong mereka itu di dalam hatinya dan mereka aniaya sebesar-besar aniaya.
(QS. Al-Furqan, 25:21)

25:25. Dan pada HARI KIAMAT langit beserta awannya pecah belah dan malaiat-malaikat diturunkan sebenar-benarnya turun.
(QS. Al-Furqan, 25:25)


ALLAH Ya NUR Yang Maha Memancarkan Cahaya..
ALLAH Ya HADI Yanga Maha Memberi Petunjuk..
ALLAH Ya ZAHIR Yang Maha Menampakkan..
ALLAH Ya ALIM Yang Maha Mengetahui..
ALLAH Ya RASHID Yang Maha Pintar..

Ya ALLAH Ya NUR Ya HADI Ya ZAHIR Ya ALIM Ya RASHID..
Sesungguhnya ENGKAU Maha Memancar cahaya petunjuk dan menampakkan,
Bantulah kami untuk mencari sumber yang relevan;
Ayat-ayat al-QURAN, Hadis dan Jurnal Penyelidikan yang relevan
Bantulah kami untuk memahami dan menganalisa ayat-ayat QURAN, hadis dan jurnal-jurnal penyelidikan ini
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



It's THURSDAY.. ALHAMDULILLAH.

---
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 25-07-1436H | 14-05-2015M 12:30
#SYURGAyangTAKdiRINDUkan
#TamanILMUutmJB
#wk12/22
#TAKEN


No comments:

Post a Comment