Monday, September 7, 2015

ABC#174

Salam Mahabbah Fillah 24 ZULQAEDAH 1436H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Untaian kata-kata ada kalanya sangat menggugah jiwa. Jika tepat MASA dan MAKNA-nya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk HATI yang lelah. HATI yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Terbayang kembali segala ilmu dan didikan yang pernah didengar, dipelajari dan dialami. Akhirnya ujian hidup dapat dihadapi dengan baik.

Andai kita takut dengan perpisahan, ingatlah ungkapan indah yang memberi kekuatan saat diuji itu..

"Berpisah tidak gelisah,
Bertemu tidak jemu,
jika cintamu kerana ALLAH!"

Ketika terasa peritnya bermujahadah, peganglah kata-kata ini...
"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."

Ketika terlalu sukar memaafkan, lahir bisikan kata di hati ini..
"Memaafkan orang lain seperti memaafkan dirimu sendiri."

Sungguh saya telah, sedang dan akan...IN SHAA ALLAH...mendapat kekuatan daripada kata-kata yang sarat dengan kebenaran dan keindahan. Kata-kata itu terus tersimpan dalam ingatan, tercatat dalam buku catatan, lalu saya buka kembali pada saat-saat saya diuji. Oleh sebab itu, saya nukilkan untuk diri dan orang lain juga:



"Ya TUHAN-ku, sesungguhnya aku berkehendak kebaikan yang ENGKAU turunkan kepadaku."
(QS. Al-Qasas, 28:24)


#Ready4QURBAN!

Kita semua ingin selalu hidup dalam kebahagiaan. Tetapi sayang, kebahagiaan adakalanya tidak datang dengan mudah. Bukan kebahagiaan jika segala sesuatu kelihatan lancar sahaja tanpa pernah mengalami halangan, rintangan dan kegagalan.

Kebahagiaan memang harus kita perjuangkan. Ada 'harga' yang harus kita bayar. Kadang kala sangat mahal. Akan tetapi bagi sesiapapun juga yang mahu memperjuangkannya, berani membayar harganya, suatu saat dia pasti berjaya.

Kebahagiaan tidak datang begitu sahaja kepada orang yang berjaya. Mulanya harus selalu dia lalui dengan kerja keras secara terus menerus. Jikalau engkau memahami akan hukum ini, engkau tidak akan cepat merasa putus asa meskipun ternyata setelah dijalani masih belum berhasil jua.
( Dr Aidh al Qarni- la tahzan buat guru yang bijak)

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 24-11-1436H | 08-09-2015M 10:53 SELASA
#ALLAHtempatMEMINTA
#ALLAHmahaSABAR
#ODOJ_024/030

No comments:

Post a Comment