Friday, September 11, 2015

ABC#177

Salam Mahabbah Fillah 28 ZULQAEDAH 1436H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

Buat imamku yang jauh di sana..
Tidak perlu ditanya seberapa besar CINTA ini untukmu,
Jika kamu ingin jua mengetahuinya,
Tanyakan pada Sang Pemilik CINTA,
Tanyakan pada Sang Pemilik HATI.

Sebab hanya kepada DIA  aku menyatakan,
Seberapa besar CINTA ini untukmu,
Dan cuma kepadaNYA urat maluku terasa tidak berfungsi lagi..
Kerana tidak merasa malu,

Selalu menyebut namamu di setiap penghujung doaku kepadaNYA,
Selalu memohon agar Allah mentakdirkan dirimu
 menjadi pendamping hidupku di dunia dan di akhirat.

Aku jua tidak pernah menyapamu secara langsung,
Sebab aku tidak mahu rasa CINTA yang SUCI ini dilandaskan syahwat,
Namun aku selalu menyapamu melaluiNYA di sepertiga malamku.

Jika dirimu bertanya..
Mengapa aku memilihmu?
Aku jua tidak tahu kenapa HATI EMAS ini..
Bersekukuh memilih dirimu..

Entah kenapa HATI EMAS ini begitu yakin dirimulah takdirku..
Imam yang akan membimbing makmumnya agar selalu di jalanNYA..
Imam yang saat aku melihatmu
Allah dan Jannah terasa lebih dekat.

Aku memang tidak pernah..
Menyatakan langsung kepadamu..
Namun di hadapan Allah..
Aku tidak pernah putus asa mengutarakannya..

Semoga dirimu bahagia duhai Kekasih HATI..
Semoga dirimu selamat duhai Pendamping DIRI..
Semoga dirimu ceria duhai CINTA Sejati..
Semoga dirimu dicintai duhai Penghias MIMPI..



-------
#JodohItuCarilahYangSeIMAN
#HappyBirthdayDearestPrinceCharming
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 28-11-1436H | 12-09-2015M 11:47 SABTU
#AllahTempatMeminta
#AllahMahaPenciptaHalBaharu
#ODOJ_028/030
#OWOJ_01/23

No comments:

Post a Comment