Wednesday, September 9, 2015

ABC#175

Salam Mahabbah Fillah 26 ZULQAEDAH 1436H.. Malam KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.



BERUSAHALAH!

Seawal rukun pertama, kita sudah berjaga-jaga. Niat di hati mahu itu menjadi pertemuan yang khusyuk buat-Nya. Namun, barangkali ia hanya berjaya pada rukun kedua. Masuk sahaja rukun ketiga dan seterusnya, fikiran sudah melayang entah ke mana.

Dunia. Dunia. Dunia.

Subhanallah! Itu juga yang membenak di fikiran kita. Kita sibuk memikirkan tentang apa yang mahu dimakan, ralit menghitung tentang kerja yang belum disiapkan, malah hanyut sebentar dengan mainan emosi dan perasaan.

Kalau untung nasib, barangkali Allah sentap ingatan kita untuk kembali khusyuk semula. Kalau rugi nasib, tahu-tahu sudah rukun terakhir. Tahu-tahu sudah memberi salam. Lalu terkebil-kebil kita seketika. Bagaimana kalau itu adalah solat terakhir kita? Sudahkah kita mempersembahkan yang terbaik buat-Nya?


Allah ya Allah. Kami memohon keampunan-Mu.

Itu baru cerita tentang solat. Sekadar perkiraan 5 minit pun kita sudah gagal fokus kepada apa yang kita buat. Bagaimana dengan masa-masa selainnya? Bagaimana kita menghabisi masa kita? Tentu sahaja cukup sukar mengawal hati dan tubuh badan kita setiap masa. Sukar untuk sentiasa fokus kepada tugas-tugas hakiki kita sebagai khalifah. Sukar untuk memastikannya sentiasa mengingati Allah! Subhanallah.

Sukar khusyuk di dalam solat, tidak bererti kita tidak perlu solat. Ia tetap wajib kita buat. Sama ada, Allah terima, atau Allah balingkan semula amalan solat itu ke muka kita, kita tetap mesti cuba.
Begitu juga dengan hidup kita. Kita memang lahir dengan fitrah untuk taat kepada Allah. Lalu andai hilang fokus kita, kembalilah. Bertaubatlah. Andai taat yang kita mahu, tapi maksiat juga yang kita buat, beristighfarlah. Jangan jemu untuk kembali pada Dia. Cuba lagi untuk fokuskan balik fikiran kita. Jangan putus asa.

Sahabat-sahabatku yang baik, Islam ini mudah. Yang penting kita mengaku dan yakin sepenuh hati bahawa tuhan kita ialah Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Kemudian kita berusahalah sedaya upaya untuk ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah.

Mungkin semalam kita cuma berjaya 20% sahaja. Mungkin hari ini 35%. Tak mengapa. Yang penting tetapkan syahadah kita dan teruskanlah berusaha. Solat tetap kena solat. Usahakan juga untuk taat. Usahakan juga untuk jauhi maksiat. Berusahalah. Minta sungguh-sungguh dari Allah.
Ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan diri kami sendiri dan kejahatan makhluk-makhluk yang Engkau ciptakan. Amin ya Allah. Amin ya Rabb.

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 26-11-1436H | 09-09-2015M 19:08 RABU
#ALLAHmahaPemberiPETUNJUK
#ALLAHtempatMEMINTA
#ODOJ_026/030
#OWOJ_01/23

No comments:

Post a Comment