Sobahul khair ya akhie ya ukhtie sahabat fillah...
Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.
AHLAN WASAHLAN...2015M
Bismillahi al-Rahmani al-Rahim..
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM Ya WADUD...
Cerita 2014M telah berakhir
Kini tiba 2015M cerita baru dilakar
kami memohon pada-MU YA ALLAH Tuhan sekalian alam
KAU karangkanlah cerita INDAH di TAHUN 2015M ini
agar dapat kami tenang dalam menghayati cerita itu nanti...
serta jika ada secalit cerita duka buat kami nanti,
KAU serukanlah semangat TAQWA
agar kami tidak terus rebah
juga tidak larut dengan bisikan syaitan
yang bakal menyesatkan kami dalam sedar...
dan sesungguhnya kami gentar pada hukum-MU
tidak kami mahu wujud murka-MU
Aamiin Aamiin Aamiin...
Allahumma Aamin Ya Rabbal Alamiin...
Ya TUHAN kami, sesungguhnya kami telah mendengar orang yang menyeru kepada keimanan (berkata): Berimanlah kamu kepada TUHAN-ku, lalu kami beriman.
Ya TUHAN kami, ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan matikanlah kami bersama-sama orang yang berbakti.
Ya TUHAN kami, berikanlah kepada kami apa yang telah ENGKAU janjikan untuk kami kepada rasul-rasul-MU dan janganlah ENGKAU hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya ENGKAU tidak memungkiri janji.
(QS. Ali Imran, 3:193-194)
If you believe that Allah can work it out, then there is no need to stress it out!
#TrustHIM
Duhai... TUHAN-ku
Jatuh bangun ku menghamba-MU
Kadang CINTA, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...
Duhai... TUHAN-ku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
HATI yang dipijar indah CINTA-MU...
TUHAN...
Aku tanpa-MU, hidup ku menderita..
Sunyi HATI, kelam JIWA bagai terpenjara
TUHAN...
Biar kan kini, aku dalam rahmat-MU
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...
MATI...Datangnya Tanpa Salam dan Kebenaran
Kematian itu pemutus segala keraguan, mengakhiri semua kebimbangan, memutuskan urusan serta tidak meninggalkan kesempatan untuk melakukan penyesalan, bertaubat dan beramal soleh.
50:19. Telah datang sakaratul maut dengan sebenarnya. Itulah (MAUT), kamu tidak dapat melarikan diri daripadanya.
(QS. Qaaf, 50:19)
Kematian ibarat satu rombongan yang menuju destinasi, tidak akan berhenti selagi belum tiba ke tempat yang direncanakan. Kematian itu tidak pernah bosan mencari, tidak pernah terlambat melangkah dan tidak pernah mungkir janji.
Pesanan penting daripada Sayidina Ali bin Abi Talib yang berkata:
"Kematian adalah sebaik-baik pelajaran yang selalu harus diingat oleh seorang hamba bahawa dia sedang membawa kematian. Dia sedang berjalan menuju kematian dan dia sedang menunggu kematian yang entah bila datangnya sama ada pagi atau petang."
Kematian itu terus mendekati kita dan dunia terus meninggalkan kita.
Sebelum MASA-nya tiba, maka transformasikanlah diri kita.
Mari kita MULA transformasi HARI INI.
Berubahlah kerana HARI INI diperuntukkan untuk beramal dan tiada 'hisab'.
Tetapi esok adalah hari hisab dan tiada lagi ruang beramal.
Kita harus bersedia setiap SAAT, memperbaiki kehidupan, memperbaharui, memperbanyakkan taubat dan mengetahui bahawa kita sedang berhubungan dengan-NYA, RABB Yang Maha Kuat, Maha Mulia dan Maha Teliti urusan-NYA.
Kematian tidak pernah meminta izin kepada sesiapa pun, tidak pernah penat, tidak pernah merajuk dan tidak pernah memberitahu kita terlebih dahulu kedatangannya.
31:34. Sesungguhnya di sisi ALLAH pengetahuan (tentang WAKTU) kiamat; dan DIA menurunkan hujan; dan DIA mengetahui apa yang ada di dalam rahim perempuan. Seseorang tidak mengtahui apa yang akan diusahakannya esok; dan seseorang tidak mengetahui di bumi mana dia akan MATI. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi amat Maha Mengetahui.
(QS. Luqman, 31, 34)
07:34. Dan bagi setiap umat ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu, tidak dapat mereka meminta mengundurkannya dan tidak juga minta mendahulukannya sesaat jua.
(QS. Al-A'raaf, 7:34)
Inilah bukti bahawa kematian itu boleh terjadi dengan pelbagai sebab. Justeru, latihlah JIWA agar kematian kita menjadi satu HADIAH seperti MATI SYAHID. Insaflah!
"Setiap yang berjiwa mesti merasai MATI."
(QS. Ali Imran, 3:185)
Setiap yang bernyawa akan merasai MATI dan tiada yang hidup kekal abadi, hanya ALLAH yang kekal selama-lamanya. Sebab itu, hendaklah kita sediakan bekalan untuk menghadapi MAUT, iaitu IMAN yang teguh dan amal yang SOLEH. Janganlah terpedaya dengan harta benda dunia, kerana apabila kita mati, hanya kain kapan sahaja yang akan kita bawa.
Dengan-MU aku Hidup.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Demi TUHAN yang nyawaku di atas tangan-NYA,
sesungguhnya aku ingin berperang di JALAN ALLAH lalu aku dibunuh,
kemudian aku berperang lalu aku dibunuh,
kemudian aku berperang lalu aku dibunuh."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
===
Ku-dedikasikan hasil karya kreatif
seorang sahabat yang kusayangi kerana ALLAH ini
buat sahabat-sahabat yang dikasihi dan dicintai kerana ALLAH.
Semoga TAHUN 2015M ini membawa seribu kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup sahabat semua. Insha ALLAH, dengan izin-NYA...
TINTA EMAS dari SAHABAT buat SAHABAT
Uhibbukunna fillah abadan abada ilal jannah.
Sahabat...
Aku sering tertanya sendiri
kenapa aku sering teringat padamu...
Tika HATI EMAS ini sepi
JIWA ini sering merindumu...
Sahabat...
Kita tidak sering bertemu
Kadang-kadang sahaja bermuka buku
Aku risau engkau jemu
Sedang aku tidak pernah begitu
Sahabat...
Pernah IMAN-ku ini sangat sakit
Kau hadir membawa ubat
Tapi engkau tidak pernah sedar
Betapa dirimu adalah penawar
Walau tanpa bicara
Bisu tanpa kata
Sahabat...
Kini aku mengerti
Kenapa HATI EMAS ini terasa dekat denganmu
Walau jarak beribu batu...
Sahabat...
Aku bercerita dengan duka
Kau mendengar dengan HATI EMAS-mu...
bukan telingamu
Aku menangis dalam sendu
Kau melihat dengan HATI EMAS-mu...
bukan mata-mu
Justeru...aku sentiasa terasa dekat dengan-mu
Aku yakin aku sentiasa dalam ingatanmu dan doamu
Kerana kau sentiasa dalam ingatanku dan doaku...
Sahabat...
Pernah JIWA-ku ini sangat tertekan
Aku menangis pada ALLAH sesungguh HATI...
Aku membaca KALAM-NYA dengan linangan air mata...
Aku bersujud pada-NYA lama sekali...
Aku menadah tangan meminta...hanya kalimah ALLAH mampu ku kata..
Selebihnya hanya sendu mengiringi bicara tanpa suara..
Sahabat...
Kau yang ALLAH hadirkan SAAT itu
Sebagai ubat sebagai penawar sebagai merawat...
Walau tanpa cerita memberitahu...
Kau seolah tahu...
HATI EMAS-ku sedang pilu...
Kau juga begitu
Sembunyikan sendu yang bertamu...
Kita BAHAGIA seperti itu
Cukup kau dan aku tahu...
Kita saling perlu
kerana ALLAH kita me-RINDU...
Sahabat...
Kau permata berkilau
Sinarmu membuatku silau
Kadang-kadang aku jadi risau
Sahabatkah aku pada engkau?
Sahabat...
Ku harap kau sahabatku ke syurga...
Kita berpimpin ke syurga...
Kita berjiran di syurga...
Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita.
~with lots of L.O.V.E.~
#Sahabat fillah ilal JANNAH | Jue Kama (2014)
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...10-03-1436H | 01-01-2015M 09:20
===
09:20. Orang-orang yang beriman dan ber-HIJRAH serta ber-JUANG di JALAN ALLAH dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang menang.
09:21. TUHAN mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan RAHMAT dan keredhaan-NYA serta syurga untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi).
09:22. Sedang mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi ALLAH, pahala yang besar.
(QS. At-Taubah, 9:20-22)