Thursday, December 11, 2014

ABC#034

Salam Ukhuwwah Fillah 19 SAFAR 1436H...Hari JUMAAT yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Segala puji untuk ALLAH, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-NYA dan selayak dengan kurnia tambahan-NYA. Wahai Tuhan kami, bagi-MU segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat-MU dan kebesaran kekuasaan-MU.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Berikanlah kami KEBAHAGIAAN yang cukup untuk membuat kami TERSENYUM.
KEBAHAGIAAN yang mampu membuat kami BERSYUKUR.



Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri, dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG-MU, 
aku memohon pertolongan dan janganlah ENGKAU biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku.
(Direkodkan oleh an-Nasa'i dan al-Bazar)
===

MUHASABAH CINTA-ku...

Ya ALLAH, aku memohon kepada-MU segala kebaikan, sama ada yang cepat ataupun yang lambat, apa yang aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui.
Aku berlindung kepada-MU daripada segala kejahatan yang cepat ataupun yang lambat, apa yang aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui.
Ya ALLAH, aku memohon kepada-MU SYURGA dan apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya sama ada ucapan mahupun amalan.
Aku berlindung kepada-MU dari NERAKA dan apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya sama ada ucapan ataupun amalan.
Dan aku memohon kepada-MU supaya ENGKAU menjadikan setiap keputusan yang ENGKAU putuskan kepada-ku itu BAIK untuk-ku.
Ya ALLAH, aku memohon kepada-MU daripada kebaikan seperti yang dimohon hamba-MU dan Nabi-MU MUHAMMAD s.a.w.
Aku memohon kepada-MU terhadap apa-apa yang ENGKAU tetapkan untuk aku daripada ketetapan-MU menjadikan baik untuk aku. 
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.
Allahumma Aamin Ya Rabbal A'lamiin...


JOM al-Kahfi...

18:83. Dan mereka bertanya kepadamu darihal Dzulqarnain. Katakanlah: Nanti aku BACA-kan kepadamu riwayatnya.

18:84. Sesungguhnya telah KAMI berikan kekuasaan kepadanya di muka bumi dan telah KAMI berikan kepadanya sebab-sebab setiap sesuatu (yang dapat menyampaikan maksudnya.

18:85. Lalu ditempuhnya satu sebab (jalan).

18:86. Sehingga apabila dia sampai ke tempat matahari terbenam (Maroko), didapatinya matahari itu terbenam di dalam mata air yang berlumpur hitam (Lautan Atlantik). Di sana, didapatinya satu kaum. KAMI berkata: Wahai Dzulqarnain, adakalanya kamu boleh menyeksa (kaum yang kafir itu) atau kamu perlihatkan kepada mereka kebaikan.

18:87. Berkata Dzulqarnain: Adapun orang yang zalim (kafir), nanti akan kami seksa, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diseksa dengan seksaan yang keras.

18:88. Dan adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka untuknya balasan yang terbaik. Dan nanti akan KAMI katakan kepadanya perkara yang mudah di antara perintah KAMI.


18:89.Kemudian ditempuhnya sebuah jalan (yang lain), yakni ke timur.

18:90. Sehingga apabila dia sampai ke tempat matahari terbit, didapatinya matahari terbit di atas satu kaum (Hisdustan) yang belum KAMI adakan untuk mereka (pakaian) penutup (tubuhnya, yakni masih telanjang).

18:91. Demikianlah KAMI mengetahui apa yang ada di sisi Dzulqarnain.

18:92. Kemudian ditempuhnya sebuah jalan lagi (ke arah utara, Armenia).

18:93. Sehingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung (Armenia dan Azirbaijan) didapatinya di dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tidak mengerti perkataan.

18:94. Mereka berkata: Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat bencana di muka bumi, sebab itu, mahukah kamu kami beri upah, supaya kamu buatkan dinding antara kami dan mereka?

18:95. Berkata Dzulqarnain: Apa sahaja kekuasaan yang diberikan Tuhan kepadaku lebih baik (dari upah itu), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan (orang dan perkakas), supaya aku bina sebuah dinding yang kukuh, antara kamu dan mereka.

18:96. Berilah aku beberapa potong besi, sehingga apabila besi itu sama tinggi dengan kedua belah gunung itu, maka Dzulqarnain berkata: Tiuplah api! Sehingga apabila besi itu telah menjadi api, dia berkata: Berilah aku tembaga, supaya aku tuang ke dalam api itu (sehingga besi bercampur dengan tembaga).

18:97. Sebab itu mereka tidak dapat menaikinya dan tidak dapat pula melubanginya.


Keterangan ayat (QS Al-Kahfi, 18:83-97)
===
Dzulqarnain ialah askar Makdunia, yang amat masyhur riwayatnya dalam kitab Sejarah Dunia. Dia dikurniakan ALLAH ilmu pengetahuan, kecekapan dan kepintaran yang luar biasa, sehingga dia dapat menakluki dan memerintah timur dan barat (Yunani, Rom, Mesir, Parsi), bahkan sehingga dikalahkannya Negara India. Cita-citanya adalah hendak menyatukan timur dan barat, supaya jangan terjadi peperangan antara Yunani dan Parsi. Setelah dia memerintah Parsi disuruhnya pengikut-pengikutnya berkahwin dengan bangsa Parsi, agar mendapat keturunan yang berasal dari timur dan barat. Akhirnya, tentu hilang permusuhan antara kedua belah pihak dan akan tercapai perdamaian dan persatuan yang dicintai. Tetapi cita-citanya itu tidak berhasil. Kerana setelah dia pulang ke rahmatullah, maka kerajaanna yang luas itu dibahagi-bahagi oleh pengikut-pengikutnya. 

Dalam ayat ini ALLAH meriwayatkan sedikit cerita Dzulqarnain, sebagai pengajaran kepada kita, iaitu:

Bahawa sesungguhnya Dzulqarnain hanya memerangi kaum-kaum yang aniaya (kafir) terhadap ALLAH. Tetapi orang-orang yang beriman dan berbakti dibalasnya dengan kebaikan, dan perintah-perintah yang disampaikan kepada mereka ialah perkara-perkara yang ringan sahaja. Berangkatlah dia ke barat dan ke timur sehingga sampai ke sebuah negeri yang terletak berdekatan dengan dua buah bukit (Armenia). Penduduk negeri itu meminta tolong kepadanya, kerana mereka selalu dirosakkan dan dianiaya oleh dua kaum yang bernama Yakjuj dan Makjuj, keduanya bangsa yang berketurunan dari anak Yafits bin Nuh a.s.

Kemudian dia menolong mereka dengan percuma, lalu didirikannya dinding di antara dua buah jurang bukit itu. Dinding itu dibina dari beberapa potong besi, lalu dibakarnya dengan api, sebagaimana yang dibuat oleh tukang besi. Setelah besi itu merah, lalu dituangnya tembaga yang dihancurkan dengan api terlebih dahulu, sehingga dinding itu menjadi kukuh dan kuat. Akibatnya Yakjuj dan Makjuj tidak dapat masuk ke negeri itu, kerana mereka tidak boleh mendaki dan juga melubanginya.

===

Ya ALLAH, jadikan nama MUHAMMAD DZULQARNAIN BIN RADZURAN ini berkat baginya, dan jadikan taat kepada-MU adalah pekerjaannya, dan perkara yang ENGKAU redhai adalah cita-citanya, menuntut ilmu menjadi perjuanganya, dan akhiri hidupnya dengan amalan SOLEH.

Ya ALLAH, panjangkan umurnya dalam ketaatan kepada ENGKAU dan kepada RASUL-MU.
Jadikan badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera.

Ya ALLAH, jadikan dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkan IMAN-nya seperti IMAN para Nabi-MU sehingga ke hari kiamat.

Ya ALLAH, berikan rezeki yang halal lagi BAIK dan BERKAT. Dekatkan dia dengan perkara-perkara yang baik, dan jauhkan dia daripada-perkara yang buruk lagi jahat. Dengan kemurahan-MU wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

#ALHAMDULILLAH...Allah Bagi CINTA-NYA...19-02-1436H | 12-12-2014M 09:23
===
09:23. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu angkat bapa-bapamu dan saudara-saudaramu menjadi wali, jika mereka memilih kekafiran daripada keimanan. Barangsiapa mengangkat mereka di antara kamu, adalah mereka itu orang zalim.
(QS. At-Taubah, 9:23)


3P:
PAUSE....Prioriti...PERGI!






No comments:

Post a Comment