ALHAMDULILLAH...Terima kasih ALLAH atas nikmat agung-MU buat kami semua. Nikmat Ihsan, Iman dan Islam untuk kami hingga detik MASA ini. Selawat dan salam kepada junjungan agung kekasih-MU Ya ALLAH, Nabi MUHAMMAD saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda semuanya.
MARYAM...
She found ALLAH...and lived happily!
MENCARI MARYAM....
Bisakah dunia kini ketemukan Wanita Seagung Maryam?
===
19:16. Dan ingatlah (riwayat) Maryam dalam Kitab, ketika dia berpisah dari keluarganya ke tempat sebelah timur.
19:17. Lalu dibuatnya dinding antaranya dengan mereka. Kemudian KAMI utus kepadanya roh KAMI (Jibril), lalu dia merupakan dirinya sebagai manusia yang sempurna.
19:18. Berkata Maryam: Sesungguhnya kepada yang Maha Pengasih daripada (kejahatan ku-berlindung) engkau, jika engkau orang yang bertaqwa.
19:19. Dia berkata: Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kuberi engkau seorang anak yang SUCI.
19:20. Dia (Maryam) berkata: Bagaimanakah aku akan memperolehi seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat.
19:21. Dia berkata: Demikianlah (akan terjadi). Tuhanmu berfirman: Ia mudah bagiku, dan supaya KAMI jadikan dia satu tanda (kekuasaan KAMI) untuk manusia dan satu rahmat daripada KAMI dan adalah kejadian itu satu perkara yang telah diputuskan.
19:22. Kemudian Maryam mengandung, lalu dia berpindah ke tempat yang jauh.
19:23. Lalu dia berlindung ke pohon kurma, kerana sakit melahirkan anak, dia berkata: Aduhai kiranya, matilah aku sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan.
19:24. Kemudian Jibril menyerunya dari bawah pohon itu: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah mengadakan di bawah engkau air sungai.
19:25. Dan goyanglah pohon kurma itu, nescaya dijatuhkan kepada engkau buah yang masak.
19:26. Sebab itu makanlah dan minumlah dan senangkanlah HATI-mu! Jika engkau melihat seorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Maha Pengasih, akan berpuasa dan tidak akan berbicara dengan manusia ada hari ini.
19:27. Kemudian Maryam membawa anaknya kepada kaumnya dengan mendukungnya. Mereka berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah membawa sesuatu yang ajaib.
19:28. Wahai saudara Harun! Bapa engkau bukan seorang yang jahat dan ibu engkau bukan pula perempuan jahat (penzina).
19:29. Lalu Maryam mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimanakah kami akan berbicara dengan bayi yang masih dalam buaian?
19:30. Dia berkata: Sesungguhnya aku seorang hamba ALLAH. Diberikan-NYA kepadaku al-Kitab (Injil) dan dijadikan-NYA aku seorang nabi.
19:31. Dan dijadikanNYA aku seorang yang diberkati (berguna kepada manusia), di mana sahaja aku berada dan diwasiatkanNYA kepadaku (mengerjakan) solat dan (membayar) zakat selama aku masih hidup.
19:32. Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNYA seorang yang sombong dan derhaka.
19:33. Dan selamat sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan hidup semula.
19:34. Itulah Isa anak Maryam dan itulah kebenaran yang mereka ragu-ragukan tentang (kebenaran)-nya.
19:35. Bukanlah ALLAH mengambil (mempunyai) anak, DIA Maha SUCI (daripadanya). Apabila DIA hendak mengadakan sesuatu, maka DIA hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.
(QS. Maryam, 19:16-35)
===
Keterangan ayat 16-35 surah ke-19 (Maryam)
Dalam ayat-ayat ini ALLAH menceritakan Maryam, bagaimana dia melahirkan Nabi Isa a.s. Dalam riwayat ini ada DUA perkara yang ajaib (LUAR BIASA) iaitu:
=
PERTAMA
Nabi Isa a.s. dilahirkan ke dunia dengan tiada berbapa. Malah ALLAH mengutus kepada Maryam malaikat Jibril a.s. (roh suci), yang merupakan dirinya sebagai seorang manusia. Tatkala Maryam melihatnya, lalu dia terkejut sambil berlindung diri kepada ALLAH daripada kejahatannya.
Lalu malaikat itu berkata:
Aku ini utusan ALLAH, supaya menganugerahi kamu seorang anak.
Sahut Maryam:
Bagaimana aku boleh melahirkannya, padahal aku belum bersuami.
Maka jawab malaikat:
Begitulah kehendak ALLAH, dan yang demikian itu amat mudah bagi-NYA, supaya menjadi tanda (keterangan), bahawa DIA Maha Kuasa.
Tentang kejadian Nabi Isa dengan tidak berbapa, bukanlah perkara mustahil, sedang kejadian Adam dan Hawa (manusia yang mula-mula), tidak berbapa dan tidak juga beribu. Dalam alam haiwan (binatang) ada juga sejenis binatang yang melahirkan anaknya tanpa bapa dan tanpa ibu, iaitu Amiba. Ia melahirkan anaknya dengan badannya terbahagi dua, keduanya adalah anaknya yang kecil.
==
KEDUA
Nabi Isa telah pandai bercakap sewaktu dia masih bayi, iaitu tatkala kaumnya menuduh bahawa Maryam berbuat jahat, sebab melahirkan anak tanpa bapa.
Lalu Nabi Isa a.s. berkata:
Aku hamba ALLAH, Yang Menganugerahkan Kitab kepadaku dan mengangkat aku menjadi seorang nabi dan seterusnya.
Tentang bercakap sewaktu masih bayi lagi, bukanlah perkara mustahil, malah luar biasa. Pernah dipaparkan dalam surat khabar bahawa, di negera Turki ada seorang anak, beberapa hari sahaja setelah dilahirkan, dia telah pandai bercakap dan berjalan. Ini adalah kejadian alam, supaya manusia mengakui bahawa ALLAH Maha Kuasa.
HATI EMAS itu 'Fragile'
...
Jangan serahkan pada yang kurang tarbiyyahSebelum MASA-nya, biar ALLAH Jaga...
kerana tiada Jagaan yang lebih selamat dari Jagaan ALLAH.
Yakinlah pada ALLAH.
Dua tiga kucing berlari
Semua yang HIDUP Pasti akan MATI
Dua tiga mana nak cari
Dalam SUJUD CINTA SEJATI
Tidurlah Sayang...
Tidurlah Intan...
Lenalah kalian dalam IMAN
Moga mimpi-mimpi INDAH menghiasi layar-layar minda bawah sedar-mu...
sedang HATI EMAS kalian ditemani ketenangan yang tidak kunjung padam.
Selamat Malam C.I.N.T.A.
~CINTA ILAHI~
#ALHAMDULILLAH...Allah Bagi Cinta-NYA...19-02-1436H | 11-12-2014M | 22:24
===
22:24. Dan mereka ditunjukkan kepada perkataan yang baik (LA ILAHA ILLA ALLAH); dan ditunjukkan pula ke JALAN YANG TERPUJI.
(QS. Al-Hajj, 22:24)
No comments:
Post a Comment