Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....
Segala puji untuk ALLAH, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-NYA dan selayak dengan kurnia tambahan-NYA. Wahai Tuhan kami, bagi-MU segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat-MU dan kebesaran kekuasaan-MU.
===
30:21. Dan di antara tanda-tanda-NYA, bahawa DIA menciptakan JODOH untukmu dari dirimu (bangsa-mu), supaya kamu bersenang-senang padanya dan DIA mengadakan sesama kamu KASIH SAYANG dan RAHMAT. Sesungguhnya tentang demikian itu, menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
(QS. Ar-Rum, 30:21)
Once upon a time…
…a BEAUTIFUL LITTLE PRINCE @ YOUNG KHALIFAH
was born…[14-12-2013M]
…and his family LOVED him
HAPPILY EVER AFTER. [14-12-2014M]
===
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...
HAKIM FAIS BIN OTHMAN
Ya ALLAH, jadikan nama HAKIM FAIS BIN OTHMAN ini berkat baginya, dan jadikan taat kepada-MU adalah pekerjaannya, dan perkara yang ENGKAU redhai adalah cita-citanya, menuntut ilmu menjadi perjuanganya, dan akhiri hidupnya dengan amalan SOLEH.
Ya ALLAH, panjangkan umurnya dalam ketaatan kepada ENGKAU dan kepada RASUL-MU.
Jadikan badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera.
Ya ALLAH, jadikan dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkan IMAN-nya seperti IMAN para Nabi-MU sehingga ke hari kiamat.
Ya ALLAH, berikan rezeki yang halal lagi BAIK dan BERKAT. Dekatkan dia dengan perkara-perkara yang baik, dan jauhkan dia daripada-perkara yang buruk lagi jahat. Dengan kemurahan-MU wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
-from us with LOVE-
02:128. Wahai TUHAN kami, jadikan kami berdua orang yang ber-SERAH DIRI kepada-MU, dan jadikan keturunan kami umat yang ber-SERAH DIRI kepada-MU, dan tunjukkan kepada kami cara-cara ibadat kami, dan terimalah TAUBAT kami; sesungguhnya ENGKAU-lah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
(QS. Al-Baqarah, 2:127-128)
===
14:40. Wahai TUHAN-ku, jadikan aku orang yang mendirikan SOLAT dan begitu jua zuriat keturunan-ku. Wahai TUHAN kami, perkenankanlah DOA PERMOHONAN-ku.
14:41. Wahai TUHAN kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang ber-IMAN, pada MASA berlakunya hitungan AMAL dan pembalasan.
(QS. Ibrahim, 14:40-41)
===
#ALHAMDULILLAH...Allah Bagi CINTA-NYA...21-02-1436H | 14-12-2014M 18:30
===
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang ber-IMAN dan ber-AMAL SOLEH, KAMI tidak akan mensia-siakan PAHALA orang yang membaiki AMALAN-nya.
(QS. Al-Kahfi, 18:30)
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM Ya Wadud Yang Maha PenCINTA, aku memohon curahan CINTA-MU dan keCINTAan orang-orang yang menCINTAi-MU, serta memohon curahan AMAL yang dapat menghantarkan diriku menCINTAi-MU.
ReplyDelete#TerapiCINTAhakiki
#ALHAMDULILLAH...Allah Bagi CINTA-NYA... 22-02-1436H | 14-12-2014M 19:37