Wednesday, December 17, 2014

ABC#038

Salam Ukhuwwah Fillah 25 SAFAR 1436H...Hari KHAMIS yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

ALLAH usik HATI EMAS kita dengan UJIAN.
Sebenarnya DIA RINDU dengan kita.
DIA RINDU dengar suara kita menyebut namanya...

 "YA ALLAH"


Problems don't necessarily mean that everything is falling apart. 
Sometimes they are an indication that something is definitely going right. 
#Hidden Blessings 


SHAHADAH (Declaration)
~*~*~
There is no GOD but ALLAH, and MUHAMMAD is HIS Messenger.
Declaration of belief in the oneness of ALLAH and acceptance of MUHAMMAD as HIS Prophet. 
By sincerely uttering the Shahadah, Muslims acknowledge ALLAH as the Sole Creator of all, and the supreme authority over everyone and everything in the universe.

There are 6 conditions of the Shahadah:
1) al-Yaqeen : certainty that counteracts suspicion and doubt.
2) Al-Ikhlas : sincerity which negates shirk.
3) Al-Sidq : truthfulness that permits neither falsehood or hypocrisy.
4) Al-Mahabbah : love of the Shahadah and all that it stands for
5) Al-Inqiad : submission and implementing the deeds required of all Muslims.
6) Al-Qubool : unconditional acceptance of the Shahadah.
===

SEBENARNYA...

Sebenarnya HATI ini CINTA kepada MU
Sebenarnya diri ini RINDU kepada MU
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa CINTA masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa RINDU belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit MU
Namun CINTA tak kan hadir
Namun RINDU takkan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah HADIAH kepada-MU
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit-MU
Namun CINTA tak kan hadir
Namun RINDU tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

TUHAN hadiahkanlah KASIH-MU kepadaku
TUHAN kurniakanlah RINDU-ku kepada-MU
Moga ku tahu
SYUKUR ku hanyalah milik-MU

Rasakan bahawa kita milik ALLAH...
ALLAH adalah segala-galanya buat kita. 
Kita memiliki-NYA dan kita dimiliki oleh-NYA.
ALLAH itu dekat, DIA tidak pernah meninggalkan kita dalam apa jua takdir-NYA.
#Cinta Kerana ALLAH | Pahrol Mohd Juoi 
=== 

TUHAN, apakah penawarnya untuk merawat kedegilan HATI ini?

Lalu kuterpandang al-QURAN dan HATI-ku tersentuh.
Kuselak lembar demi lembar.
Terima kasih TUHAN atas kurnia ini.
Surat INDAH daripada-MU membuatku senyum semula mengorak langkah penuh bermakna.

SUBHANALLAH...di situlah KASIH-ku pada-MU bermula..

#Ruhana Zaki | Surat daripada TUHAN

Grow your own MAGIC BEAN and the hidden message will be SEEN!

=
SMS#001: 
A library is the DELIVERY ROOM for the BIRTH of IDEAs and PLACE where HISTORY COMES TO LIFE!

21:87. Dan (ingatlah) akan Zannun (Yunus), ketika dia pergi dengan marah, menyangka bahawa KAMI tidak berkuasa terhadapnya, lalu dia berseru dalam gelap gelita (dalam perut ikan) "Bahawa tiada TUHAN selain ENGKAU, Maha SUCI ENGKAU, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."

21:88. Maka KAMI telah memperkenankan DOA-nya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah KAMI selamatkan orang-orang yang ber-IMAN.

(QS. Al-Anbiya', 21:87-88)

UNIK-nya DOA NABI YUNUS:
...tidak ada lafaz supaya dirinya dikeluarkan dari perut ikan di dalam lautan yang gelap, tetapi NABI YUNUS a.s. hanya bertauhid, menyucikan-NYA dan mengakui kesalahannya.
...dengan izin ALLAH, ALLAH pun kabulkan DOA-nya.

[Received: 25-12-1435H | 20-10-2014M]

==
SMS#002: 
Everything comes to you in the RIGHT MOMENT.
BE PATIENT!

21:89. Dan (ingatlah) akan Zakaria, ketika dia menyeru akan TUHAN-nya "Ya TUHAN-ku! Janganlah ENGKAU biarkan daku seorang diri (tanpa anak) dan ENGKAU sebaik-baik yang mewarisi."

21:90. Lalu KAMI perkenankan permintaannya dan KAMI kurniakan padanya Yahya dan KAMI perbaiki isterinya (sehingga mengandung). Sesungguhnya mereka bersegera (berlumba-lumba membuat) kebajikan dan mereka meminta kepada KAMI dengan harapan dan ketakutan. Dan mereka berhina diri kepada KAMI.

(QS. Al-Anbiya', 21:89-90)

[Received: 26-12-1435H | 21-10-2014M]

===
SMS#003: 
Engkau MAHATARI,
dan raja-raja yang lain adalah bintang-bintang.
Tatkala engkau terbit ke permukaan,
bintang-bintang itu pun lenyap tenggelam.

21:83. Dan (ingatlah) akan Ayub, ketika dia menyeru akan TUHAN-nya, "Sesungguhnya aku telah ditimpa kemudaratan, sedang ENGKAU lebih PENGASIH dari segala yang pengasih."

21:84. Lalu KAMI perkenankan permintaannya dan KAMI hilangkan kemudaratan yang ada pada dirinya dan KAMI datangkan kepadanya keluarganya berlipat ganda sebagai RAHMAT dari sisi KAMI dan menjadi peringatan bagi orang-orang yang beribadat (menyembah KAMI).

(QS. Al-Anbiya', 21:83-84)

[Received: 27-12-1435H | 22-10-2014M]

====
SMS#004: 
ONLY ALLAH can make us...
From ZERO to HERO
From NOTHING to SOMETHING
From NOBODY to SOMEBODY

SO, KEEP PRAYING...
ALLAH IS ALWAYS WITH US!

17:80. Dan katakanlah, "Ya TUHAN-ku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang BENAR, dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang BENAR dan adakan untukku dari sisi-MU kekuasaan yang menolongku."

(QS. Al-Isra', 17:80)

[Received: 28-12-1435H | 23-10-2014M]

=====
SMS#005:

KASIHI-lah al-QURAN.
HAYATI-lah surat ini umpama menghayati WARKAH CINTA KEKASIH.
DEKATI-lah ia.
BUKA-lah LEMBARAN YANG MULIA ini.
BACA-lah SEPENUH HATI.
CINTA ILAHI adalah NUR buat kita...
moga tidak tersesat dalam kegelapan lagi.

#Ruhana Zaki | Surat daripada TUHAN

25:74. Dan orang-orang yang berkata: Ya TUHAN kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan HATI kami, dan jadikanlah kami IMAM (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa.
(QS. Al-Furqan, 25:74)
===
Orang-orang yang selalu mengharap dan meminta, supaya mereka memperolehi isteri yang terdidik dan pandai menguruskan rumahtangga, serta anak-anak yang terpelajar dan berbudi pekerti baik, sehingga semua itu menggembirakan HATI-nya, menyedapkan pandangan-nya, seolah-olah mereka tinggal di dalam syurga dunia. Bahkan mereka menjadi ikutan dan tauladan bagi jirannya, kaum kerabatnya, dan masyarakat di sekelilingnya.

[Received: 25-02-1436H | 18-12-2014M]


Ukhuwwah Fillah itu INDAH...kerana-NYA kita bertemu.
~*~*~
Alangkah BAHAGIA-nya
Bila Ber-SAHABAT sering menghargai,
Bila bersama saling menyayangi,
Bila terluka saling memaafi,
Bila berjauhan saling merindui,
Bila keliru tetap memahami,
Bila terleka kerap menasihati,
Bila tersilap terus menegur.
Maka bertambah MANIS bila kerana ILAHI.


#ALHAMDULILLAH...Allah Bagi CINTA-NYA...25-02-1436H | 18-12-2014M 10:12
===
10:12. Dan apabila manusia ditimpa kesusahan dia memohon kepada KAMI semasa berbaring, semasa duduk atau semasa berdiri. Tetapi tatkala KAMI hilangkan kesusahannya itu lalu dia seolah-olah tidak memohon kepada KAMI atas kesusahan yang menimpanya. Demikianlah dihiaskan (pandangan baik) kepada orang-orang yang berlebihan terhadap apa yang mereka kerjakan.
(QS. Yunus, 10:12)

Oh TUHAN,
Dengarlah Rintihan-ku
---
WAKTU Susah cari TUHAN
WAKTU Senang lupa TUHAN
Di Manakah letaknya KEINSAFAN?






No comments:

Post a Comment