Sunday, December 14, 2014

ABC#036

Salam Ukhuwwah Fillah 22 SAFAR 1436H...Dinihari ISNIN yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

ASSALAMUALAIKUM...
Apa pun yang kita lakukan 
pastikan NIAT kita IKHLAS untuk KEBAIKAN
kerana...
Apa pun yang dilakukan dengan NIAT BAIK
Insha ALLAH...
Akan membuahkan HASIL YANG BAIK.
[15-12-2014M 06:27]


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Segala puji untuk ALLAH, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-NYA dan selayak dengan kurnia tambahan-NYA. Wahai Tuhan kami, bagi-MU segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat-MU dan kebesaran kekuasaan-MU.


RINDU#001
===

Along: Assalamualaikum ateh. [15-12-2014M 03:50]
Along: Selamat Malam daripada Jordan [15-12-2014M 03:51]


Ateh: Waalaikum salam along. Salam Dinihari dari Malaysia [15-12-2014M 03:51]

Selagi ada WAKTU, Selagi ada RINDU
Biar beribu batu, Ingin aku bertemu

Oh KASIH, Damailah engkau di SANA
Ku ber-DOA pada TUHAN agar kau BAHAGIA

Along: InshaAllah khamis ni ade exam utk markaz lughah.. mohon doakan... nk trus lps ke kuliah inshaAllah..[15-12-2014M 04:09]
Along: Ahad, dan Isnin juga exam markaz lughah. [15-12-2014M 04:10]
Along: Rabu (24-12-2014M) dan Rabu (31-12-2014M) final exam madah yg kte amik sem ni...[15-12-2014M 04:11]


Ateh: Insha Allah dipermudahkan semuanya. [15-12-2014M 04:11]
Ateh: Bittaufiq wannajah ya habibatie [15-12-2014M 04:14]

Kuiringi DOA TULUS 
Se-SUCI embun pagi 
Dibasahi tasbih memuji 
Tuhan Pencipta alam semesta 

Kulagukan hasrat HATI 
Pada MU TUHAN menyerah diri 
Mengharap lautan rahmat-MU 
Penyeri di sana nanti 

Oh Ya ALLAH 
Kuiringi pengharapan di malam sunyi 
Tangisan mengalir air mata 
Hilangkan jemu sujud menyembah 
Sebagai saksi pembantu diri 
Tangan menadah himpunan rahmat Ilahi 
Moga diri terarah ke syurga nanti 

Bertemu Tuhan CINTA PERTAMA
Nikmat yang tiada terhingga 
Syahdu rindu bila maghfirah MU 
Membaluti tubuhku 

Luka-luka tercalar dosa dan noda 
Membawaku ke alam cintamu Tuhan 
Pasti janjinya ditepati kan beroleh bahagia 
Buat insan yang bertaqwa 
Tahta kebesaran bagi mereka
===

Duhai puteriku sayang SITI AISYHAH BINTI RADZURAN di bumi anbiya' sana, kami sentiasa tembakkan DOA buatmu yang tercinta. Selamat ber-JIHAD sayang...
===

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan akhir semester dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah HATI EMAS mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang SOLEH dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami juga ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anaka-anak kami anak yang SOLEH dan SOLEHAH ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga-MU ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah HATI EMAS mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat-tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa-doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah TUHAN kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa-doa kami ini. Jika ENGKAU tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika KAU tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya ALLAH. Ya RAHMAN Ya RAHIM. Ya Rabbul Alamin....

Aamiin Aamiin Aamiin
Allahumma Aamin Ya Rabbal A'lamiin...

  
Bukan senang hendak senang
bukan susah hendak susah
tak kira senang atau susah
DOA kami semoga RAHMAT TUHAN SENTIASA BERSAMA-mu
...
Pabila RAHMAT TUHAN BERSAMA-mu
Meskipun susah atau senang
Pastinya HATI EMAS-mu sentiasa TENANG...
MAY ALLAH BLESS YOU
Aamiin Aamiin Aamiin...
Allahumma Aamin Ya Rabbal A'lamiin... 


Ketika ALLAH SAYANG, hadir seseorang yang mengingatkan...
Ketika ALLAH RINDUkan hamba-NYA, akan dikirimnya sebuah HADIAH yang ISTIMEWA berisi UJIAN
Ber-SABAR-lah, ber-SYUKUR-lah!

~from us with L.O.V.E.~


RINDU#002
===
Achik: ALHAMDULILLAH...kiriman RINDU dari PENDANG selamat sampai buat diri ini.
Terima kasih SAHABAT FILLAH...
Uhibbuki fillah...[14-12-2014M 15:47]

Kak Jue: Ya Allah..sungguh aku sayang sahabatku ini..kumpulkan kami dlm syurga-Mu ya Allah..bersama kekasih-Mu Rasulullah yg mulia..amin..[14-12-2014M 16:32]

Syafakallah...anakanda MUHAMMAD IMAN MUHAIMIN BIN HUSNI ZAIM...yang dikasihi ALLAH.
Semoga diberikan kesembuhan dari sebarang penyakit dan dianugerahi kesihatan yang baik. ENGKAUlah Ya ALLAH Ya Syafiey Yang Menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-MU, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.



RINDU#003
===

Ibu Ammar: Wajahmu dimana mana sayang..

Allahu yahfadzuka ya bunayya...Ammar Fahim bin Mohd Feirdaus yang dikasihi ALLAH
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
anugerahilah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.
Ya ALLAH...
panjangkan umurnya dalam ketaatan, sihatkan tubuh badannya, dan indahkan akhlaknya, fasihkan lidahnya, perelokkan suaranya bagi membaca al-QURAN dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam.

===


64:11. Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin ALLAH; dan barangsiapa yang ber-IMAN kepada ALLAH, nescaya DIA akan memberi petunjuk kepada HATI EMAS-nya. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.
(QS. At-Taghabun, 64:11)


22:16. Dan demikianlah telah KAMI turunkan beberapa ayat yang terang dan sesungguhnya ALLAH memberi PETUNJUK kepada orang yang dikehendaki-NYA.
(QS. Al-Hajj, 22:16)


16:22. Tuhanmu, TUHAN Yang ESA. Orang-orang yang tidak ber-IMAN kepada akhirat, HATI mereka ingkar dan mereka itu orang-orang yang sombong.
(QS. An-Nahl, 16:22)


#ALHAMDULILLAH..Allah Bagi CINTA-NYA...22-02-1436H | 15-12-2014M 06:34









No comments:

Post a Comment