Wednesday, December 10, 2014

ABC#032

Salam Ukhuwwah Fillah 18 SAFAR 1436H...Hari KHAMIS yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


18:10. ...Ya Tuhan kami, berilah kami RAHMAT dari sisi-MU dan siapkan untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)


Segala puji adalah milik ALLAH serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi MUHAMMAD. Setiap kali kita keluar melihat ALAM, pasti kita merasakan ketenangan yang cukup mempersona. Luasnya lautan, hijaunya gunung-ganang, jernihnya sungai yang mengalir, merahnya mega matahari pada waktu senja, semua ini menyentuh perasaan kita. Ini kerana, pada ALAM itu ada seribu satu NIKMAT. Namun, NIKMAT itu tidak akan kita kenal hanya dengan melihat, tetapi perlu diiringi dengan ILMU dan kefahaman serta keinginan manusia bagi berfikir perihal kejadiannya.

===
SELAMAT PAGI S.A.Y.A.N.G.
SOBAHUL KHAIR K.A.S.I.H.
GOOD MORNING C.I.N.T.A.
Zao Shang Hao r.i.n.d.u.

 Mulakan hari-mu dengan DOA dan CERIA di HATI EMAS-mu .
Semoga setiap langkah-mu diRAHMATi dan diJEMPUT REZEKI-mu.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...


AHLAN WA SAHLAN Ya Bunayya...Selamat Datang ke dunia ini wahai 'AMMAR' yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga menjadi anak SOLEH, penyejuk mata penenang jiwa ayah dan bonda-mu tercinta.

Aku berlindung darinya dengan pertolongan ALLAH Yang ESA yang ditumpu segala kehendak kepada-NYA daripada sekalian yang mempunyai dengki.


03:36. Sesungguhnya aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) ENGKAU daripada syaitan yang terkutuk.
(QS. Ali Imran, 3:36)



Ya ALLAH, berikanlah keberkatan kepada kami dan anak ini, serta panjangkan umurnya dengan sentiasa taat kepada-MU wahai ZAT yang paling menyayangi antara yang menyayangi.


Ya ALLAH, sesungguhnya aku mencintai dia, maka cintailah dia serta cintailah siapa yang mencintainya.
(Direkodkan oleh Muslim dengan syarahan Nawawi)

YA ALLAH, peliharalah anakku selama dia berada di dalam kandunganku dan sihatkan dia, ENGKAU-lah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-MU, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya ALLAH, ENGKAU perelokkanlah kejadiaanya yang sempurna dan tetapkan HATI-nya supaya beriman kepada-MU dan kepada RASUL-MU.

Ya ALLAH, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat.

Ya ALLAH, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim, dan beramal.

Ya ALLAH, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkan tubuh badannya, dan indahkan akhlaknya, fasihkan lidahnya, perelokkan suaranya bagi membaca al-QURAN dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam.

Ya ALLAH, jadikan nama 'AMMAR' ini berkat baginya, dan jadikan taat kepada-MU adalah pekerjaannya, dan perkara yang ENGKAU redhai adalah cita-citanya, menuntut ilmu menjadi perjuangannya, dan akhiri hidupnya dengan amalan soleh.

Ya ALLAH, panjangkan unurnya dalam ketaatan kepada ENGKAU dan kepada RASUL-MU. Jadikan badanya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera.

Ya ALLAH, jadikan dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkan IMAN-nya seperti IMAN para NABI-MU hingga ke hari kiamat.

Ya ALLAH, berikan REZEKI yang HALAL lagi BAIK dan BERKAT. Dekatkan dia dengan perkara-perkara yang BAIK, dan jauhkan dia dari perkara yang buruk lagi jahat. Dengan kemurahan-MU wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Ya ALLAH, jadikanlah dia anak yang SOLEH dengan mendapatkan hak NABI yang mempunyai nama yang mulia, iaitu Sayyidina MUHAMMAD S.A.W.


03:35. Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepada-MU anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas maka terimalah nazarku; sesungguhnya ENGKAU-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(QS. Ali Imran, 3:35)


49:13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya KAMI menciptakan kamu dalam kalangan lelaki dan perempuan, dan KAMI menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA.
(QS. Al-Hujurat, 49:13)


03:38. Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-MU zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya ENGKAU sentiasa mendengar (menerima) DOA permohonan.
(QS. Ali Imran, 3:38)

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian bagi ALLAH, pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia antara rasul-rasul, MUHAMMAD pengakhiran sekalian nabi-nabi, dan atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda s.a.w.

Ya ALLAH, kami mohon kepada-MU, supaya diperelokkan agama yang menjadi pegangan hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini bagi menambahkan kebaikan dan mati kami bagi merehatkan diri daripada segala keburukan. Dengan RAHMAT-MU wahai sebaik-baik penyayang daripada para penyayang.

Maha SUCI-MU Ya ALLAH, Tuhan yang mempunyai kemuliaan daripada segala sifat yang diberikan oleh mereka, dan sejahteralah ke atas para rasul, dan segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang menguasai sekalian alam.

Aamiin...Aamiin...Aamiin...
Allhumma Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...

BAHAGIA-nya ku punya-mu
BERHARGA-nya bersama-mu
selalu kan MENJAGA
semuanya ini
semoga kan ABADI
akhirnya ku temukan
your my guardian angel

ku mohon selamanya
SEINDAH ini
akhirnya ku MILIKI
your my guardian angel

TERJAWAB SEGALA-nya
kau yang ku nanti
baby i love you
love you

BAHAGIA-nya ada kamu
BERHARGA-nya CINTA kamu
selalu kan MENJAGA semuanya ini
semoga kan ABADI
you're my guardian angel

akhirnya ku TEMU-kan
you're my guardian angel
ku mohon SELAMA-nya
SEINDAH ini
akhirnya ku MILIKI
you're my guardian angel

TERJAWAB SEGALA-nya
kau yang ku NANTI
baby i love you
baby i love you

-from akeh with L.O.V.E.-
===

#ALHAMDULILLAH...ALLAH Bagi CINTA-NYA...18-02-1436H | 11-12-2014M 11:01
===
11:01. ALIF LAM RA. (Inilah) kitab (al-QURAN) yang amat rapi ayat-ayatnya, kemudian diterangkan (dihuraikan), dari sisi (Tuhan) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
(QS. Hud, 11:01)








No comments:

Post a Comment