Tuesday, February 3, 2015

ABC#061

Salam Ukhuwwah Fillah 14 RABIUL AKHIR 1436H...Hari RABU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Ubahlah yang lemah menjadi KUAT,
Yang susah menjadi MUDAH,
Yang suram menjadi CERIA
...
Moga HIDUP ini 
sentiasa di bawah naungan KASIH SAYANG-MU 
dan KEBERKATAN dari-MU

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.


SAHABAT FILLAH itu umpama BINTANG
Walau berjuta batu jauh dari bumi
dia tetap bercahaya
meskipun kadang-kadang menghilang
dia tetap ada
tidak mungkin dimiliki
tetapi tidak dapat dilupakan...
KERANA
SAHABAT yang BAIK
sentiasa ADA di dalam HATI dan dalam KENANGAN...

===

Istikharah C.I.N.T.A.

"When you’re going through something hard 
and you start wondering where Allah is,
 just remember,
 the Teacher is always quiet during a TEST.”
Silatur-RAHIM Rabiul Akhir 1436H@Serambi Uda, Johor Bahru

Alhamdulillah...Terima kasih Ya ALLAH dengan izinMU Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dapat kami menyampaikan hajat sahabat yang teringin makanan 'Mee Chinese Style'. Bukan makanan yang kami makan itu yang menjadi uniknya tetapi perjalanan untuk mendapatkan apa yang dihajati itu yang menariknya.

Kami mencari gerai yang sangat popular bagi penggemar mee 'Chinese Style' di Johor Bahru ini. Mee wantan kering dan mee wantan sup menjadi pilihan kami berempat. Sebelum kami dapat apa yang dihajati ini, kami tersilap gerai...tiada menu mee wantan seperti yang kami mahukan di SANA.

Kami pasrah untuk bersarapan dengan menu selain mee wantan...walaupun NIAT di HATI ingin sama-sama bersarapan mee wantan. Setelah makanaan dipesan, HATI masih berdetik, di mana gerai yang pernah kami pergi dahulu. Rasa-rasanya ini bukan gerai yang kami ingin tuju.

Perasaan tidak puas hati dan masih mencari jawapan yang PASTI, di mana gerai yang kami maksudkan...berjalan di sepanjang jalan...melihat kalau ada gerai yang kami maksudkan, walhal makanan telah dipesan di gerai yang pertama tadi. ALHAMDULILLAH...kami temui apa yang dicari...walaupun sudah agak terlewat, kerana menu sarapan telah dipesan di gerai yang PERTAMA tadi.

Dengan BISMILLAH...kami bersarapan dengan menu nasi lemak, lontong nasi dan soto di gerai yang PERTAMA tadi...ALHAMDULILLAH...kenyang.

Walaupun telah kenyang bersarapan di gerai yang PERTAMA, kami tetap memesan mee wantan di gerai yang KEDUA. Agak lama juga kami menunggu pesanan kami siap dibungkus, namun dengan penuh SABAR kami menunggu. Al-maklumlah...perut telah kenyang.

Mungkin kita menganggap ini adalah kesilapan kerana tidak memastikan betul-betul gerai yang mana ingin dituju sebelum memasuki gerai itu. Namun ada hikmahnya di situ...mungkin itulah ketentuan DIA memberi rezeki kepada penggerai PERTAMA tadi apabila menu sarapan kami beli dari gerainya. Penggerai yang KEDUA juga telah ditentukan rezeki-NYA, apabila kami memesan mee wantan yang dibungkus, bagi menu makan tengahari kami nanti. ALLAH akan aturkan yang terbaik untuk kita semua...dan segalanya berjalan lancar menurut kemahuan dan izin-NYA.

Ibrahnya perjalanan kami hari ini, menurut kemahuan ALLAH bukan kemahuan kita semata-mata. Mungkin apa yang kita mahu bukanlah yang terbaik, tapi PASTI-nya, mahunya ALLAH adalah yang terbaik. Istikharah itu berlaku setiap saat dan ketika dalam kehidupan kita sehari-harian kan. Hatta dalam urusan makan dan minum kita pun, kita mohon yang terbaik dari DIA kan. Kerdilnya diri kita, tiada mampu melakukan apa-apa pun sendirian tanpa bantuan dan panduan dari DIA. Jadi, sentiasalah berkomunikasi dengan DIA kerana DIA sentiasa ada, tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat cuma. Jangan pernah terlupa dan terleka memohon petunjuk dan pilihan yang terbaik dari DIA wahai sahabat yang dikasihi ALLAH semua.

ALLAH Sentiasa Menjawab Setiap Keluhan-mu.

Ya ALLAH Ya Mujib, Yang Maha Memperkenankan...
Isilah HATI EMAS kami dengan KASIH SAYANG 
sehingga kami dapat menangkap isyarat-isyarat 
yang ENGKAU pancarkan dalam setiap aktiviti kehidupan kami.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...


Kita merancang yang lain, namun DIA rancangkan yang lain pula. Pastinya rancangan DIA dan ketentuan DIA adalah yang terbaik buat diri kita. Walaupun perjalanan Silaturrahim Rabiul Akhir 1436H ini nampak mudah dan seperti tiada apa-apa yang istimewanya, namun ada simbolik yang tersembunyi yang ingin DIA ajari kami berempat.

Buat adik-adik dan sahabat yang kukasihi kerana ALLAH, semoga ukhuwwah yang terjalin ini akan kekal selamanya...walaupun kita akan terpisah dek masa dan ruang, namun silaturrahim ini akan berkekalan sampai ke syurga nanti...INSHA ALLAH.

Kita merancang dengan cita-cita...ALLAH pula merancang dengan CINTA-NYA...Pastinya perancangan DIA adalah yang terbaik dari rancangan kita kan. Semua itu berlaku dengan izin-NYA jua. Insha ALLAH...diri kalian akan dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam lindunganNYA sepanjang perjalanan hidup kalian di dunia ini. Insha ALLAH...apa yang kalian hajati dan impikan akan tercapai jua akhirnya...walaupun akan penuh dengan ujian dan dugaan yang tiba. Semua itu adalah HADIAH yang terindah dari-NYA. Tidak akan pernah sesuatu perkara yang berlaku itu sia-sia buat diri kita kan.

ALHAMDULILLAH...Program Silatur-RAHIM Rabiul Akhir 1436H kita berjalan lancar dengan izin-NYA kan. Ku dedikasikan lirik lagu 'Count ON Me' ini buat semua sahabat fillah yang dicintai kerana ALLAH. Semoga segala urusan kalian sentiasa dalam jagaan-NYA dan dipermudahkan-NYA semuanya.

Count ON Me...1,2,3...
***
 If you ever find yourself stuck in the middle of the SEA,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our FRIENDs in need

You can count on me like ONE TWO THREE
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like FOUR THREE TWO
You'll be there
'Cause that's what FRIENDs are supposed to do, oh yeah

Whoa, whoa
Oh, oh
Yeah, yeah

If you tossin' and you're turnin' and you just can't fall asleep
I'll sing a song
Beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will
Remind you

Ooh
Find out what we're made of
When we are called to help our FRIENDs in need

You can count on me like ONE TWO THREE
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like FOUR THREE TWO
You'll be there
'Cause that's what FRIENDs are supposed to do, oh yeah

Oh, oh
Yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye
You know you can

Count on me like ONE TWO THREE
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like FOUR THREE TWO
And you'll be there
'Cause that's what FRIENDs are supposed to do, oh yeah

Oh, oh
You can count on me 'cause I can count on you

***

Jika ketenangan dan keredhaan-NYA yang dicari,
ALLAH akan terus menguji HATI kita.
Hingga pada suatu MASA kita akan RASA indahnya tawakkal kepada-NYA.
Dan itulah NIKMAT dalam JAGAAN-NYA.

Kalau permintaan kamu kepada ALLAH tidak kunjung tiba,
maka hendaklah kamu merasa selesa 
kerana yang disimpan oleh ALLAH itu 
adalah perkara yang lebih baik 
(dari apa yang kamu minta itu).
Dengan kamu tidak diberi apa yang kamu minta 
tersimpan suatu RAHSIA yang amat besar 
yang ALLAH hendak bagi kepada kamu.
[Habib Ali Zainal Abidin]

14:40. Ya TUHANku! Jadikan aku seorang yang mendirikan SOLAT, begitu jua anak-anakku. Ya TUHAN kami, perkenankan doaku.

14:41. Ya TUHAN kami! Ampunilah aku dan kedua-dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari yang menetapkan perhitungan (hari hisab).
(QS. Ibrahim, 14: 40-41)

===

NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
14:14. Dan demi, KAMI akan tempatkan kamu di negeri mereka sesudah mereka itu. Demikian itu bagi orang-orang yang takut akan kebesaran-KU dan takut akan janji seksaan-KU.
(QS. Ibrahim, 14:14)

18:14. Dan KAMI perkukuhkan (IMAN) di dalam HATI mereka. Ketika mereka berdiri (di hadapan raja mereka), lalu berkata: TUHAN kami ialah TUHAN langit dan bumi, kami tidak akan menyembah TUHAN yang lain selain daripada-NYA. (Jika kami sembah) tentu kami berkata dengan perkataan yang jauh (dari kebenaran).
(QS. Al-Kahfi, 18:14)

14:18. Umpama orang-orang yang ingkar akan TUHAN-nya, amalan mereka seperti abu yang ditiup angin ketika hari angin kencang. Mereka tidak sanggup mengambil hasil usahanya, sedikit pun. Itulah kesesatan yang jauh.
(QS. Ibrahim, 14:18)

#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...14-04-1436H | 04-02-2015M 14:04
===
14:04. Dan KAMI tidak mengutus seorang RASUL, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia menerangkan kepada mereka. Maka ALLAH menyesatkan siapa yang dikehendaki-NYA dan menunjukkan siapa yang dikehendaki-NYA. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS. Ibrahim, 14:04)


No comments:

Post a Comment