Monday, February 9, 2015

ABC#064

Salam Ukhuwwah Fillah 20 RABIUL AKHIR 1436H...Malam SELASA yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Selamat Malam Sahabat Fillah yang dikasihi kerana ALLAH...

Apapun yang terjadi sepanjang HARI INI 
Yakinlah bahawa semua ini
atas kehendak dan rencana ALLAH

~Selamat Malam dan Selamat Beristirehat~

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Ya ALLAH Ya SYAHID Yang Maha Menjadi Saksi...
kepada-MU aku bersaksi dan menyerahkan seluruh hidupku.
Dengan itu, wahai ALLAH, 
anugerahkanlah kepadaku 
kejujuran dan kemampuan 
memegang teguh kejujuran itu sepanjang hayatku.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...

***


Sesungguhnya aku rindu
Sesungguhnya aku cinta
Sesungguhnya aku kasih
Sesungguhnya aku sayang
Sesungguhnya kudamba keredhaan-MU...

Saat kita beriman...kita akan diuji-NYA

Ya ALLAH, Ya TUHAN-ku 
Hamba-MU merindukan 
Rahmat KASIH SAYANG-MU 
Dan jua keredhaan-MU 
Dalam hidupku 

Meskipun ku ulangi dosa noda 
Yang menjanjikan azab sengsara 
Namun ku sedari 
Keampunan-MU tidak bertepi 

Ku akui diri ini 
Hamba yang mungkir pada janji-janji 
Jadikanlah taubat ini yang sejati 
Pada-MU ILAHI 

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku 
Ya ALLAH, redhakanlah kehidupanku 
Moga terhapus penghijab qalbu 
Antara KAU dan aku 

TUHAN, 
Ku zalimi diri ini 
Andai KAU tak ampuni dan rahmati 
Alangkah ruginya diri 

TUHAN, 
Jangan KAU palingkan hati ini 
Setelah KAU beri hidayah 
Sesungguhnya KAU Maha Pengasih 
***

YA ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
aku memohonkan pilihan mengikut pengetahuan-MU 
dan memohonkan penetapan dengan kekuasaan-MU 
juga aku memohonkan kurnia-MU yang besar, 
kerana sesungguhnya ENGKAU-lah Yang Maha Mengetahui 
dan aku tidak mengetahui apa-apa.
ENGKAU Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya ALLAH Ya Alim Yang Maha Mengetahui...
Sekiranya dalam ilmu-MU urusanku ini adalah baik untukku 
dalam agamaku, kehidupanku serta urusanku,
takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkat kepadaku di dalamnya.
Sebaliknya jikalau dalam ilmu-MU urusan ini buruk untukku, 
dalam agamaku, kehidupan serta urusanku,
jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik di mana sahaja, 
kemudian redhailah hatiku dengan takdir-MU itu.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...


Tiada kebergantungan selain DIA
Dalam suka duka sedih gembira
DIA jua tempat sebaik-baik aduan dibuat...
Allahumma Yassir Wala Tuassir..



"Dan katakanlah: 
Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah ia kafir” 
(QS:Al-Kahfi 18:29).

Ternyata Allah SWT memberikan kebebasan kepada kita untuk memilih samada ingin beriman atau tidak. Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk membuat pilihan.

Allah SWT tidak pernah memaksa samada kita ingin beriman atau tidak. Samada ingin mengikut segala perintah Allah SWT atau mengikut hanya yang mana kita rasakan perlu untuk kita…. terserah.

Nabi Muhammad SAW tidak pernah memaksa kita untuk mengikuti baginda atau tidak.
Surah Al-Kafirun jelas menunjukkan “bagi ku agama ku dan bagi kamu agama kamu” bermakna tiada paksaan untuk sesiapa sahaja samada orang kafir atau SUDAH MEMELUK ISLAM untuk beriman atau tidak.

Namun ayat surah Al-Kahfi di atas tidak berhenti di sini. Keseluruhan makna ayat ini adalah:

“Dan katakanlah: 
Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah ia kafir.” Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling tidak menyenangkan.” 
(QS:Al-Kahfi 18:29).

Setelah Allah SWT memberikan kita kebebasan memilih, namun mengapa Allah SWT mengancam kita dengan neraka yang menakutkan jika kita memilih kafir?
Mengapa tidak seimbang atau konsisten kebebasan yang Allah SWT berikan kepada kita?

Sahabat Fillah yang dikasihi kerana ALLAH...

Setiap dalam hidup ini sebenarnya memiliki pilihan yang disediakan oleh Allah SWT. Pilihan-pilihan ini akan menjadi sebuah takdir (Qada’) yang kita lalui dan setiap takdir pasti disertai dengan kadar atau akibat (Qadar).

Lakukan apa jua perkara, pasti ada akibatnya. Jika kita minum, akibatnya ada. Kita makan, kita mandi dan etc. Ini aktiviti rutin dan sentiasa ada akibatnya.Sama juga dengan pilihan-pilihan yang lain. Kita beli baju fesyen A, ada akibatnya. Fesyen B ada akibatnya etc.

Begitu juga dengan undang-undang. Kita diberi kebebasan menggunakan jalan raya. Terserah untuk membawa laju atau perlahan. Namun semuanya ada akibatnya kerana adanya undang-undang di sana.
Apakah tujuannya undang-undang? Pasti untuk menjamin kesejahteraan kita.

Nah! Setiap yang Allah SWT sediakan, ada peraturan atau undang-undang yang Allah SWT tetapkan dan setiap peraturan tersebut pasti terbaik buat diri kita.

Cumanya bagi pihak kita, terpulang untuk memilih yang mana dan setiap pilihan yang kita lakukan pasti ada akibatnya.

****

Insan berbeza dengan selain daripadanya. Insan diberi kebebasan di dalam membuat pilihan dan dibekalkan oleh Allah SWT dengan akal.

Kerana itu Allah SWT menyediakan Syurga dan Neraka kerana kita diberikan kebebasan ini. Ganjaran yang Allah SWT sediakan juga memiliki pilihan. Terpulang samada kita ingin masuk syurga atau neraka.

Allah SWT jelas melalui Nabi Muhammad memberitahu kita jalan-jalan untuk masuk syurga dan jalan-jalan masuk ke neraka. Sekali lagi, terserah untuk masuk ke mana.

Berbeza dengan selain daripada manusia iaitu haiwan, planet, tumbuhan etc, mereka tidak diberi kebebasan oleh Allah SWT untuk memilih. Bumi tetap terus berputar. Tiada pilihan kepada bumi samada berhenti atau terus berputar. Mahu berputar terbalik dari sekarang atau tidak, tidak diberi pilihan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan matahari dan planet-planet yang lain.

Kucing tidak mampu memilih apa yang ia inginkan. Mata kasar kita melihat kucing memilih makanan namun sebenarnya semuanya tidak diberikan kebebasan kepadanya. Allah SWT tidak menyediakan akal kepadanya. Apa yang dipilih mengikut segala kehendak Allah SWT semata-mata.

Tiada syurga dan neraka kepada selain daripada manusia kerana mereka tiada kebebasan untuk memilih.

****
Ketika seseorang melakukan keburukan, sebenarnya tidak boleh menyalahkan takdir kerana kuasa memilih diberikan oleh Allah SWT kepadanya. Allah SWT mengalirkan daya namun amat sedikit di dalam membuat pilihan.

Namun atas “Rahmat” Allah SWT, ada pilihan-pilihan yang tidak diizinkan oleh Allah SWT kerana pilihan itu tidak baik untuk kita. Baik atau tidak baik bukan penilaian dari kita tetapi oleh Allah SWT. Walaupun akal kita mengatakan baik, namun tidak semestinya kerana akal kita terbatas.

****

Inilah kehidupan berTuhan. Ada kebebasan ke atas sesuatu pilihan yang jelas dan tidak jelas kebaikan dan keburukannya. Apakah maknanya semua ini?

Inilah sebuah ‘permainan’ yang difirmankan oleh Allah SWT yang mana hanya satu kehendak Allah SWT iaitu Allah SWT meminta insan bergantung total kepadaNya kerana Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya termasuk pilihan yang terbaik.

Bergantung total inilah “iman”. Ketika beriman, pastilah kita akan mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya kerana kita bergantung total kepadaNya.

Kerana itu kita perlu sentiasa sedar akan Allah SWT disebabkan setiap saat kehidupan ini pasti terdapat pilihan-pilihan yang perlu kita pilih. Dan kita memohon kepada Allah SWT agar mengilhamkan kita pilihan yang terbaik di sisiNya.

SEDERHANA bukan konsep islam ini?

Mereka yang tidak beriman atau beriman hanya perkara-perkara yang tertentu (tidak seluruhnya), merupakan hamba yang sombong dengan Allah SWT. Mahu menggunakan akal sendiri di dalam membuat pilihan namun jelas akal itu terbatas.

Akhirnya pasti ada pilihan yang salah dan akibatnya pasti menyakitkan.
Pilihlah apa pun pilihan namun pastikan sebelum membuat pilihan, tanyalah kepada Allah SWT terlebih dahulu.

"ALLAH SWT sentiasa mencintai kita. 
Namun untuk kita merasai CINTA ALLAH SWT hanyalah dengan satu cara 
iaitu kita mesti mencintai-NYA. 
RaSA CINTA itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai-NYA.”

#Sumber:
Jiwa Positif Hidup Bertuhan (JPHBT) | Menyedari Ketuhanan ALLAH SWT dan Kehambaan Diri Di Dalam Setiap Detik Kehidupan | Fuad Latip.



NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
20:20. Lalu dilemparkannya, tiba-tiba ia menjadi ular yang menjalar.
(QS. Taahaa, 20:20)

18:20. Sesungguhnya, jika mereka mengetahui kamu (di sini), nescaya kamu direjam atau dipaksanya kamu kembali kepada agama mereka (jika begitu), tentu kamu tidak akan memperolehi kemenangan selama-lamanya.
(QS. Al-Kahfi, 18:20)

20:18. Sahutnya: Inilah tongkatku, aku berpegang di atasnya dan kugoyangkan (daun kayu) dengannya untuk kambingku dan bagiku ada keperluan-keperluan yang lain.
(QS. Taahaa, 20:18)

#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...20-04-1436H | 09-02-2015M 21:35
===
21:35. Setiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. KAMI akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada KAMI kamu akan dikembalikan.
(QS. Al-Anbiya', 21:35)


No comments:

Post a Comment