Wednesday, February 25, 2015

ABC#070

Salam Sayang Kasih Rindu Ukhuwwah Fillah 6 JAMADIL AWAL 1436H...Hari RABU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


Salam ASR sahabat yang dikasihi kerana ALLAH semua...

"The joy of salah remains until you delay. 
Once you delay, the joy slowly fades away and turns into a burden."

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Bismillah hirRahmanir Rahim...
Apalah adanya pada sebuah pernikahan 
jika tiada tujuan bersama-sama 
suami dan isteri serta anak-anak 
untuk bertemu ALLAH di akhirat nanti. 
Kerana nikmat yang paling besar lebih besar daripada syurga 
adalah melihat Pemilik Syurga yakni ALLAH.
Alangkah indahnya suami, isteri dan anak-anak 
melangkah seiring di akhirat nanti bertemu dan mengadap ALLAH.
Maka jika impian ini ingin dicapai, 
pasti kita sedaya upaya memastikan ahli keluarga kita 
memiliki ganjaran yang ALLAH janjikan ini.
Allahurabbi. 
Ampuni segala dosa-dosa kami ya ALLAH. Amin...
Terlintas.....
Fuad Latip 
24 Feb 2015
===


Bonda yang kusayangi, 
sesungguhnya kasih sayangmu dan keprihatinan kepada diriku selama ini 
tidak mampu ku balas 
kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya RAHMAN dan Ya RAHIM ALLAH, 
yang ALLAH campakkan kepadamu bondaku 
agar dirimu menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa kini.

Sifat Ya RAHMAN dan Ya RAHIM ALLAH 
inilah yang masih dirimu rasakan 
walaupun diriku ini sudah dewasa. 
Dirimu tetap merinduiku dan ketika diriku balik ke rumahmu, 
dirimu tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu 
sebagaimana diriku masih kecil dahulu, 
tidak sedikitpun ada kekurangan yang kurasakan.
Dirimu sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada diriku dunia dan akhirat
 dengan sifat Ya SALAM Yang Maha Sejahtera 
yang dicampakkan ke dalam hati emasmu bondaku sayang.

Namun bondaku yang kucintai keranaMU Ya Wadud Yang Maha Pencinta...
diriku ini hanyalah hamba kepada Ya RAHMAN dan Ya RAHIM. 
Cinta-NYA dan kasih-NYA kepada diriku 
tidak akan mampu ku tukarkan dengan cinta dan kasih manusia.
Maafkan diriku bonda, 
kerana diriku tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu 
lebih dari sayang dan cintaku kepada TUHANku Ya MALIK Yang Menciptakanku 
dan Ya WAHHAB Yang Maha Pemberi, 
yang memberikanku segala apa yang ku kecapi di dunia ini.

Maafkanlah diriku ini bonda, 
kerana diriku terpaksa meninggalkanmu sentiasa 
demi melaksanakan tugas khalifah ALLAH di muka bumi ini. 
Setiap arahan ALLAH akan pasti diriku taati bonda, 
walaupun diriku tidak sempat menjengukmu sentiasa, 
dirimu masih ku sayangi sepertimana dirimu menyayangiku sejak masih kecil.

Tetapi sedarlah bondaku yang sentiasa kurindui,
walau dirimu tidak merasa kasih sayangku,
kasih sayang ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM 
kepada dirimu tidak berbelah bahagi,
dan DIA tetap mendampingi bonda 
dan tidak pernah meninggalkan bonda walau sesaat sekalipun.
DIA Ya SYAKUR amat menghargai jasamu bonda
 membesarkan diriku sehingga menjadi manusia yang berguna.
DIA Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya 
tentu akan menaikkan martabatmu bonda 
kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan bonda selama ini.

Bonda yang kukasihi,
sekiranya bonda merasa sunyi,
ingatlah kepada Ya BASHIR, 
yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudan-NYA 
melalui apa yang berlaku di dunia ini.
DIA amat dekat kepadamu bonda, lebih dekat dari urat lehermu sendiri.
DIA sentiasa berada di sisimu menunggu dirimu 
merayu dan merintih kepada-NYA ketika dirimu RASA kesunyian,
ketika dirimu RASA tidak dipedulikan oleh anak-anakmu.
DIA tetap mempedulikanmu bonda, usahlah bonda gusar, bimbang dan sedih.
DIA Ya MUKMIN akan memberi bonda RASA aman dan tenang.
...

Oleh itu bondaku sayang,
dekatkanlah dirimu kepada-NYA,
kepada Ya HASIB, Yang Maha Mencukupkan,
nescaya DIA akan mencukupkan keperluanmu bonda.

Bonda yang kucintai,
ingatlah kita akan kembali kepada Ya MALIK dan Ya KHALIQ, 
Yang Memiliki kita dan menciptakan kita.
Persiapkanlah dirimu bonda dengan amalan mulia 
agar kita akan berjumpa di akhirat kelak di bawah lindungan ALLAH.
Diriku akan sentiasa mendoakanmu bonda 
bagi kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat 
dengan sifat ar-RAHMAN dan ar-RAHIM ALLAH yang dicampakkan ke dalam hatiku. 

Jangan takut menghadapi CINTA, 
ALLAH yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya.
ALLAH yang menjadikan bunga dan memberinya wangi.
ALLAH yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan.
Maka ALLAH pulalah yang menjadikan HATI dan memberinya CINTA.
#Follow Your Prophet Keep Your TRUE LOVE.
#ArasyCINTA
===

When the pain overtakes you, reach inside. 
Gather the broken pieces, and hand them to God. 
Ask HIM to remake your heart. 
Different, this time. Stronger. More beautiful. 
This is how we are made, and remade by the Maker.
-Yasmin Mogahed-

===
NOTA CINTA-NYA buat pencinta-NYA...

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-NYA
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang DIA tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada DIA
Rinduku hanya pada-NYA
Kasihku tulus buat-NYA
Setiaku balas kasih-NYA
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-NYA
Akurku kebesaran-NYA
Teragung Maha Suci-NYA
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-NYA tak pernah akan musnah
Belas rahmat-NYA terus mencurah-curah
Nur Hidayah-NYA semakin cerah
***


One Thousand Million S.M.I.L.E.

Al-Fatihah buat allahyarham Sudirman. 
Semoga rohnya bersama-sama para syuhada' dan solihin dan ditempatkan di syurga nanti.
Allahumma Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin..
===
There’s a gift I’d like to give you
That can’t be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul

Let us join our hands together
To bind the colours of our skin
A rainbow under GOD’s Great heaven
A sign that LOVE will always win

One thousand million smiles
I bring toy across the miles
In my land of sunshine
Or in your land of snow
Makes no difference where you are
If you let your feeling show

One thousand million ways
To LOVE each other every day
For the poet and the old man
For the mother and the child
These One thousand million smiles

If the world is full of sorrow
Then what’s the meaning of life
If war’s the master of the house
And hunger is his wife ooo…

But a shining bridge of lovin’ smiles
And tender helping hands
Will bind all men on earth together
And will forever stand

So here! Stand with heart in hand
I bring this gift from my homeland
So take these smiles and sweets hellos
Keep then in your heart where ever you may go


#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...06-05-1436H | 25-02-2015M 17:31

2 comments:

  1. Syafahallah buat bonda kesayangan hamba, Jamilah binti Ibrahim.
    Semoga dirimu sentiasa dalam jagaan dan pemeliharaan Allah Ya Rahman Ya Rahim serta dalam kasih sayang dan cintaNYA...diringankan kesakitan yang dirimu rasai saat ini serta disembuhkan dari segala penyakit yang menimpamu.
    Sihat dan ceria selalu wahai bondaku yang kucintai.
    Maafkan segala kesilapan dan khilaf anakmu ini.
    Terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu bonda yang sentiasa dirindui.

    ReplyDelete