Salam Sayang Kasih Rindu Ukhuwwah Fillah...
Aku serahkan diri (tunduk taat)
kepada TUHAN Yang Memelihara dan Mentadbirkan Sekalian Alam.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Ya WADUD Yang Maha Pencinta...
Aku memohon kecintaan-MU
Kecintaan orang yang sentiasa mencintai-MU
Kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku kepada-MU
Dan masukkanlah aku ke SYURGA bersama-sama kecintaan itu.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...
Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.
KUN FAYAKUN....
When we pray, ALLAH hears more than we say,
answers with more than we ask,
and gives more than we imagine,
in HIS own time and in HIS own way.
Kuyakin BERLAKU...
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
JANJI ALLAH adalah kepastian
Dan nikmat SYURGA adalah INDAH
Bersama-mu di Firdausi...
***
CINTA-ku beraja di HATI
Tiada istilah tandus lagi
Hanya TAKDIR yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita ber-DOA bersama
Agar bertemu kita semula
KEPASTIAN#001
Maznah,
Terima Kasih & TAHNIAH kerana telah mendapatkan
CD Audio Terapi Semarak Kasih Sayang (SKS).
Selamat menikmati ya.
JOM Semarakkan Kasih Sayang...
"Sepanjang terapi ini dijalankan,
saya dapat membayangkan diri saya yang
penuh dengan belas kasih,
penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Setiap nafas yang dihela penuh dengan
rasa syukur & belas kasih.
Lafaz cinta dan perdamaian pada
diri sendiri sangat meluap-meluap…
sangat mendamaikan apabila saya
mendoakan diri sendiri ..
Air mata kasih sayang mengalir kerana
rasa syukur yang amat mendalam dan
betapa ruginya selama ini saya sering
mengharapkan orang lain yang sayang
dan cintakan saya….
Terima kasih Ya Allah"
KEPASTIAN#002
Along: Pegi kedai buku tadi...belikan sesuatu untuk acik...
Acik: Hasil tangkapan?...Masha ALLAH...ada PRESENT untuk ceq.
Along: Esok akak pos ya...IN SHAA ALLAH...
Acik: Syukran sahabat fillah...jazakillah khairan kathira...
Along: Memang akak dah plan nak beli sesuatu untuk acik...tapi masih ada 1 benda yang dicari belum jumpa. Nanti bila jumpa...akak poskan ya.
Acik: Tiada terbalas jasamu dan ingatanmu sahabat...hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikanmu...berlipat ganda kebaikan buatmu sahabat sejati.
Along: DOA yang sama jua buatmu sahabat. RINDU sangat kat acik. Semoga ALLAH permudahkan segala usahamu sahabat.
Ya Allah Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Berkatilah dan rahmatilah sahabat fillah-ku ini..
Dia telah menunaikan haknya sebagai sahabat..
Terima kasih Sahabat Sejati...
Bingkisanmu sangat mahal harganya...
Sungguh air mata ini sangat murah nilainya tika membaca bingkisan ini..
Aku rindu padamu teman..
Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...
THANK YOU ALLAH.
KEPASTIAN#003
Assalamualaikum & Selamat Pagi sahabatku..apa khabar sahabatku?
Semoga Maz diberi kesihatan yang baik selalu, dipermudahkan urusan HARI ini,
diperluaskan rezeki dan cepat dipertemukan jodoh yang terbaik. Semoga ALLAH makbulkan...
#Biarlah kita menangis di dunia kerana susah untuk mentaati perintah ALLAH....
daripada kita menangis di akhirat kerana azab mengingkari perintah-NYA.
Mudahya Menjemput REZEKI..
Ujian TUHAN kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Waalaikum salam Nanie dan salam sayang kasih rindu ukhuwwah
buatmu sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.
ALHAMDULILLAH...maz sihat seadanya.
Terima kasih atas doa dan ingatanmu sahabat sejati.
Semoga ALLAH limpahi rezeki yang berlipat ganda buatmu sahabat yang baik hati.
#INDAH-nya Persahabatan Andai Dihargai...
KEPASTIAN#004
Mutiara indah tidak bertepi
Menyusur pantai membawa haluan
Si jejaka menanti dalam sepi
Menunggu jawapan si gadis rinduan
Pelengkap Hidupku...
***
Ya ILAHI Rabbi...
Tiada lain hanyalah nama-MU
Satukan CINTA ini dalam bingkai
Untaian redha-MU
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...
Perkenankanlah DOA permohonan kami ini
Bulan mengambang betapa indahnya
Purnama merindu terang bersuluh
Peneman JIWA akan adanya
Jangan jemu DOA sungguh-sungguh
Aku tanya apa khabar?
SAHABAT itu sebenarnya
tidak pernah mengharapkan dirinya
akan disayangi dengan sepenuh HATI...
Tetapi cukuplah sekadar
berharap dirinya akan diabadikan di dalam telus hati.
Aku jawab khabar baik.
Biarlah SAHABAT di HATI dari SAHABAT di mulut.
Berkata dialah sahabatku tapi selalu dibiar tidak bertepi.
Sahabat di HATI akan sentiasa dalam ingatan dan doanya.
Terima Kasih SAHABAT kerana diriku sentiasa ada di hatimu.
Semoga kita akan berjiran di SYURGA nanti...
IN SHAA ALLAH...
RINDU...
Aku sangat RINDU kamu...
Terasa sejak kau masih ada di dekatku...
Tak mudah aku melupakan dirimu...
Di saat aku sendiri...
Salam Sayang Kasih Rindu Ukhuwwah Fillah
buat-mu CINTA HATI EMAS-ku
NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
21:21. Bahkan adakah (patut) mereka mengangkat beberapa TUHAN dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang yang mati)?
(QS. Al-Anbiya', 21:21)
18:21. Demikianlah KAMI perlihatkan kepada mereka, supaya mereka mengetahui janji ALLAH itu BENAR dan bahawa hari KIAMAT itu tiada keraguan padanya. (Iaitu) ketika mereka berbantah-bantah sesamanya tentang urusan pemuda-pemuda itu; lalu mereka berkata: Buatlah bangunan di atas gua mereka! Tuhanmu lebih mengetahui tentang hal mereka. Berkata orang-orang yang menang dalam urusan pemuda-pemuda itu: Kami akan membuat sebuah masjid di atas mereka.
(QS. Al-Kahfi, 18:21)
21:18. Bahkan KAMI lemparkan kebenaran di atas yang batil (tidak benar), lalu dipecahkannya, tiba-tiba yang batil itu lenyap. Untuk kamu kecelakaan, sebab kamu mensifatkan (ALLAH dengan sifat yang tidak baik).
(QS. Al-Anbiya', 21:18)
21:87. Dan (ingatlah) akan Zannun (Yunus), ketika dia pergi dengan marah, menyangka bahawa KAMI tidak berkuasa terhadapnya, lalu dia berseru dalam gelap gelita (dalam perut ikan). Bahawa tiada TUHAN kecuali ENGKAU. Maha SUCI ENGKAU, sesungguhnya aku di kalangan orang-orang zalim.
(QS. Al-Anbiya', 21:87)
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...21-04-1436H | 11-02-2015M 14:12
===
14:12. Dan mengapakah kami tidak bertawakkal kepada ALLAH, padahal DIA-lah yang menunjukkan kami ke jalan kami. Demi, kami akan bersabar atas cercaan kamu terhadap kami. Dan kepada ALLAH hendaklah tawakkal orang-orang yang bertawakkal.
(QS. Ibrahim, 14:12)
No comments:
Post a Comment