Thursday, February 12, 2015

ABC#066

Salam Sayang Kasih Rindu Ukhuwwah Fillah 22 RABIUL AKHIR 1436H...Hari KHAMIS yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

SUBHANALLAH...MahaSUCI-MU Ya ALLAH Ya QUDDUS

Bersihkanlah HATI dan FIKIRAN kami 
daripada memikirkan hal-hal yang ENGKAU benci.
Masukkan perkara-perkara yang POSITIF dalam HATI dan FIKIRAN kami 
supaya hidup kami TENTERAM dan DAMAI dalam KESUCIAN-MU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Thinking of YOU...

ALLAH knows what your silent heart wants.

Even if you don’t include it in your prayers. 
HE hears what your HEART whispers. 
HE may not give it to you now but someday, 
when you least expect it, 
things will happen in the BEST POSSIBLE WAY.

And REMEMBER, 
beautiful things that seem impossible, 
HAPPEN EVERY DAY...


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Mohon dikongsikan di SINI...

Dengan menyebut nama-MU Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Ya WADUD Yang Maha Pencinta...

Ya ALLAH Ya WAKIL Yang Maha Memiliki dan Memelihara...
Sesungguhnya aku adalah hamba-MU, 
ubun-ubunku ada dalam tangan-MU, 
berlaku hukuman-MU ke atasku dan 
KETENTUAN-MU adil kepadaku.
Aku memohon daripada-MU, 
dengan semua nama yang ENGKAU miliki.
ENGKAU menurunkan kitab-MU 
supaya al-QURAN menjadi umpama musim bunga dalam HATI-ku,
menjadi CAHAYA dalam dadaku, 
menghilangkan kesedihanku, 
menghilangkan kesusahanku.

Ya ALLAH Ya WAKIL... 
hilangkanlah kesusahanku dan 
gantikan kesedihanku dengan kebahagiaan.
***

Memaksa diri untuk MENGOSONGKAN FIKIRAN dalam tujuan untuk MENGINGATI ALLAH akan MENAMBAHKAN FIKIRAN sebenarnya. Saintifik nya begitu. Fitrahnya begitu.

LALU BAGAIMANA MENGOSONGKAN FIKIRAN?

Mengingati Allah itu adalah hasil daripada kesedaran kepadaNya setiap saat. Dalam masa yang sama, semua kerja dapat dilakukan dalam keadaaan sedar dan ingat kepadaNya.

Sedar Allah, pasti akan ingat lalu pasti akan memujiNya dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil. Pasti.

Namun seandainya memaksa untuk mengingat-ingat itu akan menjadi satu kelakuan rutin. Lalu sekadar menjadi buih dilautan yang tidak memberikan kesan kepada hati. Puji-pujian itu nanti tidak dari hati.

PERSOALAN: Bagaimana untuk menyedari Allah (berada dalam Ihsan) agar mampu sentiasa ingat?


1. Kenal ALLAH.--->>> DI MANA DIA DI HATIKU?

Tidak mungkin kita mampu menyedariNya andai kita tidak kenal kepadaNya. Carilah guru-guru yang dapat menjelaskan tentang hal ini berdasarkan ayat Al-Quran sehingga penjelasan yang diberikan itu benar-benar selari.

Secara hakikatnya, tidak mungkin kita mampu mengenal Allah seperti mampu melihat dengan mata kepala kita. Allah tidak sama dengan apa jua pun. Tidak sama dengan apa yang kita bayang dan fikirkan.

Namun kita mampu menyedariNya dengan jiwa yang sedar. Mampu menyedariNya yang dikatakan dekat, meliputi, Maha Besar, Mendengar, Melihat dan menyedariNya melalui 99 nama-namaNya.

2. Sentiasalah berkomunikasi denganNYA.--->>> ONLINE DENGAN TUHAN 
[Berhubung dengan TUHAN Melalui Talian Tanpa Wayar]

Ia bukan sekadar doa. Tetapi apa jua yang sedang difikirkan. Apa jua yang sedang dilihat, didengar, dilakukan..... apa jua... setiap saat.. setiap detik sekarang ini semuanya ke Allah... ke Allah... ke Allah.
___________________________
Dan yang lain dari itu hanyalah ilmu. Ketika saudara belajar ilmu makrifat, itu adalah ilmunya. Belajar ilmu alam, ini adalah ilmu. Belajar ilmu hakikat, ini adalah ilmunya.


Ketika semua ilmu itu di "BACA DENGAN NAMA TUHAN" di sini nanti akan menjadi sebuah amalan yang diangkat oleh Allah mudah-mudahan diredhaiNya.

Lalu bagaimana semua ilmu ingin di "BACA DENGAN NAMA TUHAN" andai kita tidak mampu menyedariNya DI SAAT KITA belajar dan mengamalkannya?

Apakah setelah kita berjaya... baru bersyukur untuk menyedariNya? Ketika kita berjalan menuju kejayaan, apakah kesedaran kita terputus-putus? Asyik melakukan kerja sehingga terlepas daripada kesedaran kepada Allah.

Apakah ketika kita mendapat rezeki... baru kita bersyukur kepadaNya? Ketika kita berbisnes atau mencari rezeki, kesedaran kita SETIAP SAAT kejap ada kejap tiada.

Lihatlah ayat di dalam surah ke-39 ayat 22 ini. Sangat menakutkan ketika Allah berfirman menyatakan bahawa CELAKALAH bagi sesiapa yang tidak zikir kepadaNya yakni sedar lalu ingat kepadaNya.

39:22. Adakah orang yang dilapangkan ALLAH dadanya untuk ISLAM, sehingga dia mendapat CAHAYA dari TUHAN-nya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah bagi orang yang keras HATI-nya untuk mengingati ALLAH. Merekalah dalam kesesatan yang nyata.
(QS. Az-Zumar, 39:22)

ALLAH.....ALLAH.... ALLAH... sangat menakutkan ketika membaca ayat ini.

Didoakan agar kita setia menyedariNya setiap saat iaitu sentiasa berzikir. Berzikir itu bukannya bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil. Tetapi semua itu tasbih, tahmid, takbir dan tahlil itu muncul ketika hati ini berzikir lalu memuji Allah dengan tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan yang lainnya.

Sumber:
Fuad Latip
Jumaat yang indah.
300115

===

16:01. Hampir datang perintah ALLAH (Hari Kiamat), sebab itu jangan kamu minta segerakan, MAHA Suci ALLAH dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan.
(QS. An-Nahl, 16:1)

Ma Fi QALBI Ghairullah...

Insan kerdil menadah tangan
Mengharap KASIH dan CINTA TUHAN
Semoga DIA sudi perkenankan
#Terapi CINTA Hakiki

04:01. Wahai sekalian manusia, takutlah kamu kepada TUHAN-mu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan pasangan daripadanya; dan daripada keduanya berkembang lelaki dan perempuan yang ramai. Dan takutlah kepada ALLAH yang kamu saling meminta dengan nama-NYA, dan (takutlah akan memutuskan) SILATURRAHIM. Sesungguhnya ALLAH amat mengawasi kamu.
(QS. An-Nisa', 4:1)

JODOH itu RAHSIA TUHAN, dan ia adalah RAHSIA yang MANIS.

Namun RAHSIA TUHAN siapa yang tahu. 
Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin, 
bahawa pada ketika ini, 
pada SAAT ini,
 JODOH-nya berada di belahan dunia yang lain, 
tetapi TUHAN belum mempertemukan mereka, 
kerana mereka sedang diuji.

BERDUA Lebih BAIK
....
Namun, manisnya berdua tidak akan terasa 
sekiranya sebelum ini tidak diUJI
 dengan pahitnya SEPI.

49:13. Wahai manusia, sesungguhnya KAMI menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan (bapa dan ibu), dan KAMI jadikan kamu berbangsa-bangsa (berbagai umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antaramu di sisi ALLAH, ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA.
(QS. Al-Hujurat, 49:13)


JODOH TERINDAH... itu tersembunyi pada AKHLAQ dan peribadi seseorang.
Sejauh mana kita berusaha meningkatkan IMAN...
Pasti akan beroleh JODOH TERBAIK di hujung penantian.

Apabila sampai MASA-nya...
JODOH-mu akan TERJAWAB juga...
BERSABARLAH!

Ya ALLAH...Ya Fattah...Ya Alim...
Bawalah dia kepadaku dengan kuasa cinta-MU Ya ALLAH...
bukan kerana ucapan lisanku atau kerana sebab yang zahir...
aku ikhlas mencintainya dan 
aku mahu dia melihat cintaku dalam HATI EMAS-nya menerusi MAKRIFAT CINTA-MU...


Aku telah patri pada sungai HATI
Aku telah lukis pada cermin BUDI
Aku telah ukir pada tulus ERTI
Untuk aku terus mapan BERDIRI

Biarlah atmosferaku hampir terbakar
Biarlah musim-musimku jadi kemarau
Sekalipun ilusi dan fantasiku kering garing
Dan tanah mimpiku merekah
Tunggu pecah menanti musnah
Aku akan tetap teguh berdiri.

Andai segala-galanya hangus
Andai arang jadi abu
Andai hitam jadi kelabu
Aku akan cekal mengharung hidup
Menobat JANJI
Sekalipun aku di SINI
Terperuk menunggu MATI.

[Puisi Amir Mukhlis buat Balqis | Kala Cinta dan Wahyu Bersatu | A.Ubaidillah Alias]

Cintaku adalah lautan yang airnya tidak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda.
Cintaku adalah waktu yang akan berdetik sepanjang zaman.
Cintaku adalah udara yang akan kau sedut sekalipun di bawah sedar.
Cintaku adalah mentari di kala siang dan bulan di kala malam
yang akan SETIA memerhatikan-mu.
Cintaku adalah cinta yang tidak akan dibiaskan oleh mana-mana kekuatan kecuali TUHAN.
Cintaku adalah KESETIAAN yang abadi.
Akan ku menantimu di Pintu SYURGA.

The First Duty of LOVE is to HEAR!
===
ALLAH Ya SAMI' Yang Maha Mendengar...
DIA sentiasa mendengar rintihan, doa, pengaduan hamba-hamba-NYA.
...DIA mendengar DOA hamba-hamba-NYA, tanpa mengira sesiapa, bila dan di mana jua.
...DIA memakbulkan permintaan dan memenuhi segala harapan kita.
...DIA tidak pernah jemu mendengar...
sayangnya
....
...
.....
kita yang selalu jemu memperdengarkan DOA kita kepadaNYA Yang Maha Mendengar.
...JADI....
sekarang kita seharusnya SEDAR 
mengapa DIA wajar menjadi KEKASIH AWAL dan AKHIR kita...
kerana DIA Maha Mendengar!



NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
22:22. Setiap kali mereka hendak keluar dari dalamnya kerana kedukaan, lalu dikembalikan ke dalamnya, dan (dikatakan kepadanya): Rasailah olehmu azab yang membakar.
(QS. Al-Hajj, 22:22)


22:18. Tidakkah engkau tahu, bahawa kepada ALLAH sujud (tunduk) siapa yang di langit dan siapa yang di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan kebanyakan manusia. Tetapi kebanyakan (manusia yang lain) berhak mendapat azab. Barangsiapa yang dihinakan ALLAH, maka tiadalah baginya orang yang akan memuliakannya. Sesunguhnya ALLAH membuat apa yang dikehendaki-NYA.
(QS. Al-Hajj, 22:18)


18:22. Nanti orang-orang yang berbantah itu berkata (tentang ramainya pemuda-pemuda yang diam di dalam gua itu) (di antara mereka berkata) tiga orang, yang keempatnya anjing mereka, di antaranya mengatakan lima orang dan yang keenam anjing mereka, sebagai meramalkan benda yang ghaib. Setengahnya mengatakan tujuh orang, kelapan anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui berapa bilangan mereka. Tiada yang mengetahui mereka itu, melainkan sedikit sahaja. Sebab itu, jangan engkau bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran secara zahir sahaja, dan jangan pula bertanya kepada salah seorang di antara mereka itu.
(QS. Al-Kahfi, 18:2)

#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...22-04-1436H | 12-02-2015M 18:59

No comments:

Post a Comment