Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.
ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.
Fasa 15 hari pertama Ramadhan sudah berlalu. Berbaki 14-15 hari lagi. InshaaAllah.
Bagaimana dengan Ramadhan kita sehingga kini?
JOM.. kuatkan stamina untuk terus beramal kerana Allah!
RAMADHAN Al-Mubarak.. Bulan Pengampunan-NYA.
[2] Katakanlah kepada Allah ...adukan kepada-NYA.. tanyakan kepada-NYA..mohon jawapan-NYA
[3] Sabar dan solat untuk minta pertolongan daripada Allah kerana jawapan daripada Allah bukan sama jawapan daripada manusia.
===
Sabar kerana belum tiba waktu takdir itu dizahirkan. Kerana itu sangat berat bagi yang tidak khusyuk iaitu yang tidak yakin dengan Allah dan jarang sekali kembali kepadaNya.
Kenal Allah -> sedar padaNya setiap saat -> yakin padaNya -> Khusyuk padaNya -> rindu dan cinta padaNya -> sabar -> lapang hati -> bahagia -> syukur......
akan berulang kembali ke no.1....
[{Kenal Allah -> sedar padaNya setiap saat -> yakin padaNya -> Khusyuk padaNya -> rindu dan cinta padaNya -> sabar -> lapang hati -> bahagia -> syukur......}
Sumber:
[Fuad Latip | 2 Julai 2015]
Jawapan pasti dari ALLAH [sila KLIK di sini]
Bismillah hirRahmanir Rahim
Ketika kita memohon petunjuk dan kekuatan daripada Allah, jawapan Allah itu bukan seperti jawapan manusia.
Allah mengurniakan ilham dalam hati kita hingga kita faham. Kemudian fikiran kita diaturkan Allah dengan menghasilkan idea-idea yang bernas. Digerakkan diri kita seluruhnya beserta segala aturan yang menjadikan perjalanan dalam penyelesaian juga tersusun cantik.
Digerakkan Allah manusia keliling datang membantu. Terasa masa sangat cukup. Terasa kerja menjadi mudah. Ada semangat dan kekuatan.
Ketika kita memohon dimurahkan rezeki, Allah tidak menjatuhkan duit dari langit. Tidak mengeluarkan emas permata naik dari dalam tanah. Tidak terhidang segala makanan yang lazat dengan tiba-tiba.
Tetapi Allah menggerakkan kita dengan pelbagai cara. Diberikan kita ilham agar mampu melakukan kerja dengan kemahiran yang kita ada. Ada peluang yang datang untuk kita mendapatkan rezeki.
Seluruh makhluknya digerakkan dalam satu sistem yang sangat komplek tetapi sempurna aturannya atas kehendak Allah.
NAMUN....
Di ketika perjalanan menjadi mudah, hambaNya sering kembali terlupa kepadaNya ketika bergerak dalam aturanNya. Kesedaran kepadaNya hilang di saat melaksanakan tugas dan kerja.
Akhirnya sangat malang ketika diri "claim" bahawa kejayaan semua ini hasil daripada fikiran aku. Hasil daripada kerja kerasku. Hasil daripada idea-ideaku. Hasil daripada kepandaian dan kemahiranku.
Allahurabbi....
"Ya Allah, lindungi kami daripada menjadi hambaMu yang sering melupakanMu dan jadikan kami hambaMu yang menyedariMu SETIAP SAAT HIDUP INI dalam keadaan apa sekalipun, ketika berbaring. ketika duduk, ketika berdiri ya Allah."
Sumber:
[Fuad Latip | 28 Jan 2015]
ALLAH Ya WADUD..
Kini ku hadir
di antara doa-doa kerinduan kepada-MU
ALLAH Ya WADUD..
Ku bawa satu nama yang tak asing lagi,
yang selalu ku sebut di setiap munajat ku
ALLAH Ya WADUD..
Bawalah RINDU ini agar menjadi HALAL
Agar tak ada zina di antara kami
ALLAH Ya WADUD.
Tuntunlah kami dua insan ini
ke jalan yang hanya ENGKAU HALAL-kan sahaja
ALLAH Yang Maha Pencinta..
Tak ada Penuntun yang Benar kecuali ENGKAU,
Kerana ENGKAU-lah Pemilik Kebenaran itu.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
Penghujung CINTA-ku.. [sila KLIK di sini]
|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS
JUZ 15
QS. Al-Isra', 17: 1-111
QS. Al-Kahfi, 18: 1-74
RINGKASAN JUZUK
Kita tiba di stesen pertengahan yang memisahkan al-Quran kepada dua bahagian, iaitulah juzuk 15 yang terkandung padanya surah al-Isra’ dan al-Kahfi. Kisah Isra’ dan Mi’raj Nabi s.a.w yang masyhur itu adalah satu mesej hubungan seorang hamba kepada Tuhannya secara langsung, demikianlah al-Kahfi menyimpulkan bahawa yang menghubungkan itu adalah al-Quran yang memelihara makhluk-Nya dari fitnah dunia, al-Quran yang memandu dan memimpin manusia.
PERISTIWA
Perang Ain Jalut meletus pada 658 Hijrah dipimpin Sultan Qutuz menentang tentera Monggol.
MEMBURU LAILATUL QADR
Antara sunnatullah yang ditetapkan di muka bumi ini adalah Allah memilih siapa yang Dia kehendaki,
“Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia kehendaki dan Dia memilih-milih”
(QS. Al-Qasas, 28:68)
Allah memilih bulan Ramadhan, daripada 30 malam itu dipilih 10 malam yang terakhir, daripada 10 itu satu sahaja malam yang dipilih sebagai malam al-Qadr.
No comments:
Post a Comment