Wednesday, July 8, 2015

ABC#147

Salam Ukhuwwah Fillah 21 RAMADHAN 1436H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..



02:201.
Ya TUHAN kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.
(QS. Al-Baqarah, 2:201)

-----

Akhiratku Di Mana? [sila KLIK di sini]

30:21. 
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah DIA menciptakan pasangan2 utkmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 (kebesaran ALLAH) bg kaum yg bfikir.

(QS. Ar-Rum, 30:21)

Sanah Helwah Ya Habibatiey Izni Izzati Mohamad..

"Kuatkanlah hati hambaMU ini Ya ALLAH
Istiqamahkan hati kami
Kuatkan iman kami
Jagalah kami selalu agar berada dijalanMU
Dan jangan pernah tinggalkan kami
Kerana sesungguhnya kami ingin selalu mendekat kepadaMU 
Yang Maha Pencinta
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.."

Ukhuwwah Fillah itu INDAH..


Untukmu calon IMAM-ku..

Assalamualaikum
Apa khabar kamu di sana?
Sihatkah?
Bagaimana dengan imanmu?
Apakah imanmu sesihat ragamu?
Lalu bagaimana dgn hatimu?
Apakah kamu sdg rindu spt yg sdg aku rasakan?

Wahai calon SYURGA-ku..
 yg blm aku ketahui sampai saat ini dan entah berada di mana..
Namun biarkan dan izinkanlah aku 
utk menyampaikn salamku utkmu di dlm doa2ku
Smg ALLAH menyampaikn slmku utkmu melalui pantulan chy bintang2
Biarlah udara mjd saksi bisu ats semua ungkapan perasaanku 
yg ku rangkum dlm stp doaku utkmu

Wahai calon AKHIRAT-ku..
Saat ini aku sdg dlm proses pbaikan diri..
Doakanlah aku wahai calon imamku
Doakan agar aku istiqamah di jalan ini
Doakan agar aku mjd seseorg yg pantas mdampingimu
Doakan agar aku bias mjg kesucian hati 
dan diriku hingga kelak kamu kan datang mjemputku..
Dan aku pun berharap kamu juga sedang berusaha mpbaiki diri di sana,
 mjg kesucian hatimu dan dirimu..

Sampai ALLAH mptemukan kita nnt..


Dreams do come true..just DOA it!


|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 21
QS. Al-Ankabut, 29: 45-69
QS. Ar-Rum, 30: 1-60
QS. Luqman, 31: 1-34
QS. As-Sajdah, 32: 1-30
QS. Al-Ahzab, 33: 1-30

RINGKASAN JUZUK
Ketika ar-Rum membawa kita melihat tanda-tanda kekuasaan Allah di sekitar kita, as-Sajadah membuat kita tunduk sujud akan kebesaran-Nya. Surah Luqman memberi jalan praktikal sebagai bukti ketundukan kita kepada kuasa itu, iaitulah memelihara institusi keluarga. Melihat dan menekuni ayat-ayat Allah menjadikan kita lebih kenal dan cinta kepada-Nya, mengenali-Nya membuat kita rasa kerdil lantas bersujud. Buktikan keimanan dengan menjaga keluarga dari kemungkaran.

PERISTIWA
Syeikh Farhan as-Sa’adi pada 1356 Hijrah syahid di tali gantung, pemimpin para syuhada Al-Qassam.

BURULAH LAILATUL QADR
A’isyah r.a berkata, 
“Nabi s.a.w apabila memasuki 10 malam terakhir, beliau megetatkan pakaiannya (menjauhi wanita), menghidupkan malamnya (dengan ibadah dan ketaatan) dan membangunkan keluarganya (mengejutkan agar turut serta)”

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 21-09-1436H | 08-07-2015M 19:09

No comments:

Post a Comment