Friday, July 31, 2015

ABC#155

Salam Mahabbah Fillah 15 SYAWAL 1436H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..



30 days + 6 days = 360 days (1 year)
It's a MAGIC!!! 
It's Fasting 6-days in SYAWAL! 
SUBHANALLAH 
#bulanPuasaSATUtahun

Ya TUHAN kami. 
Berikanlah RAHMAT kepada kami dari sisi-MU 
dan sempurnakanlah Petunjuk yang LURUS bagi kami dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)

Ya TUHAN-ku..
Jadikanlah aku dan anak cucuku 
orang yang tetap melaksanakan SOLAT..
Ya TUHAN kami..
Perkenankanlah DOA-ku.
(QS. Ibrahim, 14:40)


Setiap kesusahan yang menimpa kita pasti akan ada jalan keluar dariNYA...
Salam Jumaat sahabat fillah yang dikasihi ALLAH...
#DomesticENGINEER




Apa yang INDAH tentang MALAM?

Ketika hening kau bentangkan sejadah, meluruhkan segala rasa. 
Tentang lelah, kecewa, amarah.
Serahkan semua pada-NYA. 
Biar ALLAH yang selesaikan dengan CINTA-NYA.
#keranaCINTA






-----
Aku malu pada ALLAH,
Kerana cintaNYA tak pernah berhenti mengalir untukku,
Namun aku tak mampu menjalankan semua perintahNYA.

DIA cukupkan segala keperluanku,
Namun aku tak mampu melawan nafsu dunia.

DIA yang memanjangkan hayat hidupku walaupun aku sering mengecewakan-NYA,
Tapi aku selalu melambatkan ibadat kerana kesibukan dunia.

Ya ALLAH,
Bantulah aku untuk layak menerima nikmat dan CINTA-MU,
Bantulah aku untuk bersyukur dalam setiap langkahku.

Allahumma Aamin Ya Rabbal 'Aalamin..
#TUHANberiAkuCINTA


#ALHAMDULILLAH..Allah Beri Cinta Dia.. 15-10-1436H | 31-07-2015M 19:11 JUMAAT
#ODOJ_015


No comments:

Post a Comment