Thursday, July 9, 2015

ABC#148

Salam Ukhuwwah Fillah 22 RAMADHAN 1436H.. Hari KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

║Tazkirah║

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436H) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

"Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. 
Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. 
Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. 
Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. 
Jangan Kau pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim."
[Genta Rasa]


Salam Pertemuan EiD FiTRi 1436H..
====
Salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan 
Indah persahabatan 
Moga terus berkekalan

Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang
Syuku syawal ini masih lagi kita ditemukan

Setahun yang berlalu 
Tak ku dengar perkhabaran
Ku bimbangi diriku
Tidak dalam ingatan

Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberianmu tuhan

Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....

Kawan yang kukasih
Teman yang kusayangi
Bahagia kini kurasai
Ku damba kepada-NYA
Ku mohon restu-NYA
Moga UKHUWWAH dirahmati

Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia

Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....

Agar UKHUWWAH ini ke hujungnya...
-----

Bakal AKHIRAT-ku,
Yang telah ALLAH pilihkan untuk menjadi IMAM-ku,

Di sini aku sedang belajar dan sibuk memperbaiki hati ini, 
sikap ini, jiwa ini, ibadah ini untuk bersedia menjadi tulang rusukmu.

Kerana aku tahu dan sangat percaya 
bahawa kita mesti dalam keadaan saling menjaga jika bertemu.

~*~*~*~*~

|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 22
QS. Al-Ahzab, 33: 31-73
QS. Saba' , 34: 1-54
QS. Fatir, 35: 1-45
QS. Yasin , 36: 1-21

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 22-09-1436H | 09-07-2015M 18:55



No comments:

Post a Comment