Monday, July 6, 2015

ABC#145

Salam Ukhuwwah Fillah 19 RAMADHAN 1436H.. Hari ISNIN yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

It's MONDAY.. ALHAMDULILLAH.

Rezeki yang tidak dijangka-jangka, dapat menunaikan solat sunat tasbih 4 rakaat di Surau At-Taqwa di Blok 01 Bangunan KDN di Setia Tropika...Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah.

DOA yang dibacakan selepas solat sunat tasbih tadi dengan penuh syahdu dan sangat bermakna ...menyentuh hati dan sanubari ini..sehingga menitiskan air mata. Masha ALLAH...Hebatnya kasih sayang dan cintaMU Ya Wadud...Yang Maha Pencinta. ALLAH Beri CINTA DIA..ABCD..


#Silatur-RAHIM 19 RAMADHAN 1436H

Assalamualaikum Ustazah,

Selepas solat fardhu Zohor tadi, saya sempat bersama-sama solat sunat tasbih diimami ustazah. Boleh saya dapatkan DOA yang ustazah bacakan selepas solat tadi...DOA yang sangat bermakna dan begitu menyentuh hati sanubari ini.

-Maznah, UTMJB-

-----
Waalaikum salam. nanti lapang sikit In syaa ALLAH. Tadi adik ikut solat sunat tasbih ke? sedih ke dengar doa tadi. kalau kita sebak itu tandanya malaikat dah ramai keliling kita tapi bila kita boleh menangis maknanya malaikat dah peluk kita.


|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 19
QS. Al-Furqan, 25: 21-77
QS. As-Syua'ra', 26: 1-227
QS. An-Naml, 27: 1-59

RINGKASAN JUZUK
Juzuk yang terdiri dari 3 surah, diawali al-Furqan kemudian as-Syu’ara’ dan an-Naml. Ketiga-tiganya mempunyai mesej yang berturutan bertepatan dengan sirah. Al-Furqan adalah penegasan kepada Nabi s.a.w justeru meneguhkan pendirian dakwahnya, as-Syu’ara’ tiba saat dakwah itu berkembang menghadapi masyarakat dan akhir sekali An-Naml membawa dakwah ini ke era kekuasaan dan kemajuan yang akhirnya terealisasi di Madinah.

PERISTIWA
Kelahiran al-Alusi pada tahun 1272 Hijrah, seorang sasterawan dan muhaddith kelahiran Iraq.

BILAKAH MALAM LAILATUL QADR
Terdapat lebih daripada 40 pandangan yang berbeza dalam kalangan ulama’.
Pandangan yang paling kuat adalah satu malam daripada 10 malam yang terakhir pada bulan Ramadhan sebagaimana yang dinyatakan Nabi s.a.w,

 “Carilah ia pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan”.

#RMK19
#RAMADHAN Milik Kita

#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri CintaNYA.. 19-07-1436H | 06-07-2015M 18:01

No comments:

Post a Comment