Tuesday, July 7, 2015

ABC#146

Salam Ukhuwwah Fillah 20 RAMADHAN 1436H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..


Memburu LAILATUL QADR [sila KLIK di sini]

Ya ALLAH!
Sesungguhnya DIKAU pada malam ini 
dan pada setiap malam bulan RAMADHAN 
membebaskan ahli-ahli neraka. 
Maka jadikanlah kami ya ALLAH, 
kedua-dua ibu bapa kami, 
anak-anak kami, 
isteri-isteri kami, 
orang-orang tua kami, 
guru-guru kami, 
kaum kerabat kami, 
sahabat-sahabat kami, 
orang-orang yang masih hidup dan 
ibu-bapa kami dari kalangan mereka 
yang DIKAU bebaskan dari neraka.

Ya ALLAH!
Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan 

   Ya ALLAH!
Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan 

Ya ALLAH!
Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan 

Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera.

Ya ALLAH!
Sesungguhnya DIKAU Maha Pengampun lagi Maha Pemurah,
DIKAU amat suka mengampun,
maka ampunilah kami.

Ya ALLAH!
Sesungguhnya DIKAU Maha Pengampun lagi Maha Pemurah,
DIKAU amat suka mengampun,
maka ampunilah kami.

Ya ALLAH!
Sesungguhnya DIKAU Maha Pengampun lagi Maha Pemurah,
DIKAU amat suka mengampun,
maka ampunilah kami.

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, 
Penghulu kami Muhammad saw, ahli keluarganya dan 
para sahabat Baginda kesemuanya. 
Segala puji bagi ALLAH, 
TUHAN Pentadbir seluruh alam.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



Ya ALLAH..
Jadikanlah AL-QURAN sebagai 
Penyejuk HATI EMAS kami
Cahaya bagi dada kami
Penghibur kesedihan kami
Penghilang bagi kegelisahan kami
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



ALHAMDULILLAH for everything!


|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 20
QS. An-Naml, 27: 60-93
QS. Al-Qasas, 28: 1-88
QS. Al-Ankabut, 29: 1-44

RINGKASAN JUZUK
Al-Qasas dan al-Ankabut masing-masing punya peranan dalam menyampaikan mesej al-Quran pada kali ini. Hijrah adalah kisah tumpuannya, dengan segala kesusahan dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Bersiap siagalah menghadapi perjalanan yang lebih menggetirkan dan penuh fitnah. Inilah dia realiti perjalanan Musa a.s dan inilah dia harga sebuah kemenangan yang perlu ditempuh oleh pejuang risalah al-Quran.

PERISTIWA
Pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah, Muslimin kembali ke Kota Makkah dan menguasainya.

PETANDA-PETANDA LAILATUL QADR
1. Malam yang terang
2. Ketenangan dan kelapangan jiwa lebih dari malam yang lain
3. Angin sepoi bahasa
4. Mimpi-mimpi yang baik atau diberitahu berkenaan Lailatul Qadr di dalam mimpi
5. Kelazatan qiamullail lebih daripada malam yang lain

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia..20-09-1436H | 07-07-2015M 17:20
#bulanMERDEKA/BebasDariApiNeraka
#MemburuLailatulQADR
#ALLAHberiCINTAdia
#AkuBenarCintaDia



No comments:

Post a Comment