Friday, July 3, 2015

ABC#144

Salam Mahabbah Fillah 17 RAMADHAN 1436H.. Hari SABTU yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Seandainya ada di kalangan saudaraku dan sahabatku 
yang sakit ketika ini
ENGKAU sembuhkanlah penyakitnya.

Seandainya ada yang kesempitan hidup
ENGKAU murahkanlah rezeki mereka

Seandainya ada yang masih belum berkahwin
ENGKAU temukanlah jodohnya

Seandainya ada yang masih belum dikurniakan zuriat
ENGKAU kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepada mereka

ENGKAUlah TUHANku Yang Maha Pemurah 
lagi Maha Mengasihani
Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



Selamat Menyambut Nuzul QURAN 1436H.. 
Doakan yang terbaik buat sahabat dan saudara 
yang kita kasihi kerana ALLAH.


|| IHYA' RAMADHAN ||

Ihya' RAMADHAN 
Memberi sinar BAHAGIA
Untuk mencari TAQWA 
Pada  hari yang MULiA

Di bulan yang SEJAHTERA

Ihya' RAMADHAN
Adalah Nur CINTA
Pada sulam citra

Seia sekata bersama
Menyeri sinar sukma

Ihya' RAMADHAN
Menyuci HATI NURANI

Untuk menjadi insani
Yang punya harga diri
Tulus seindah suci

Ihya' RAMADHAN

Adalah hari-hari
Yang dinanti-nanti
Untuk terus mensyukuri
Nikmat kebesaran ILAHI


#WadiassofiJaafar

-------

|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 17
QS. Al-Anbiya', 21: 1-112
QS. Al-Hajj, 22: 1-78



RINGKASAN JUZUK
Gabungan surah al-Anbiya’ dan al-Haj membentuk Juzuk ke-17 di dalam al-Quran. Al-Anbiya’ mempersembahkan kepada kita tentang Nabi, peranannya dan pertalian antara anbiya’ kepada satu risalah yang sama. Risalah yang dimaksudkan adalah Islam, zaman demi zaman Allah s.w.t telah memilih dan mengutus seorang Nabi bagi mengajar dan memimpin manusia agar mentaati-Nya. Seterusnya al-Haj, seiring namanya, ia menggambarkan Haji sebagai suatu analogi peranan Nabi.

PERISTIWA
Perang Badar al-Kubra pada tahun 2 Hijrah antara Muslimin dan Musyrikin Makkah.

HIKMAH DIRAHSIAKAN LAILATUL QADR
1. Supaya kita berusaha dan berharap agar bertemu dengannya
2. Agar terbukti siapa yang benar-benar ikhlas mengejarnya
3. Sebagai motivasi untuk memanfaatkan Ramadhan sebaik mungkin terutama pada akhir Ramadhan

#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri CintaNYA.. 17-09-1436H | 04-07-2015M 11:35

No comments:

Post a Comment