Thursday, December 16, 2010

SUNGAI TONG SAMPAH

Kumpul hampir 2,000 tan sampah, 40 sungai dikategori bahaya

ISNIN|7 SYAABAN 1431H|19 JULAI 2010|UTUSAN MALAYSIA

<> Data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 1,887 tan sampah sarap dikutip menggunakan perangkap sampah (log boom) di sungai seluruh negara setiap bulan.
<> Di Selangor sahaja, 990 tan sampah dikutip dalam sebulan diikuti Pulau Pinang, 300 tan dan Johor 240 tan.
<> 7 lembangan sungai di negara ini dikelaskan pada tahap 3,4, dan 5 iaitu kategori tercemar atau sangat tercemar hasil ujian kualiti air oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
<> Statistik JPS juga menunjukkan industri pengilangan, bengkel dan premis makanan merupakan penyumbang utama pencemaran.

MUKADIMAH
Akibat tangan-tangan manusia yang mengotorkan sungai-sungai dengan timbunan sampah sarap mahupun bahan buangan pusat komersil atau industri, kerajaan terpaksa mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk memulihara dan merawatnya.

Pada masa ini, terdapat sekuranng-kurangnya 45 sungai termasuk pecahan daripada 7 lembangan sungai di seluruh negara yang dikategorikan sebagai tercemar teruk iaitu Tahap 3,4 dan 5.

Kajian JAS mendapati air dari sungai-sungai ini mengandungi logam berat yang berbahaya kepada habitat dan juga manusia seperti arsenik, raksa, kadmium, kromium, plumbum dan zink.

Tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia kira-kira sebulan mendapati, pencemaran sungai berpunca daripada budaya tidak ambil peduli dan menjadikan sungai sebagai tong sampah oleh masyarakat.

Ditambah pula pencemaran daripada aktiviti pertanian, penternakan, penempatan serta perindustrian berhampiran sungai yang tidak terkawal.


No comments:

Post a Comment