Wednesday, November 5, 2014

ABC#003


Salam Mesra 13 Muharam 1436H sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian sepanjang hari KHAMIS yang damai dan penuh CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...

Di hari yang mulia ini, kami bermohon ke hadrat-MU,
berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah-MU supaya dapat kami memperbaiki diri,
tambahkanlah kepada kami ilmu-MU, iman dan amal kami ya ALLAH,
kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk menjalankan AMANAH ini dengan lebih beramanah.

YA ALLAH YA RAZZAQ..

Kami memohon kepada-MU ya ALLAH,
berilah kami iman yang sempurna,
ilmu yang memberi manfaat
rezeki yang halal
anak yang soleh dan solehah
rumahtangga yang bahagia
usia yang berkat
doa yang mustajab
hajat yang tertunai
kesihatan yang berterusan
hutang yang terbayar
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


HIDUPLAH UNTUK HIDUP!

Hiduplah selagi hidup
Jangan mati sebelum mati
Jangan pulang sebelum pergi


Perjalanan ini sungguh memenatkan. Apa tidaknya, semakin ke hujung semakin penat sedangkan beban bertambah berat. Tanggungjawab semakin sarat.

Tetapi apakah ada pilihan lain selain meneruskannya?

Hidup selagi hidup.
Jangan mati sebelum mati.
Jangan pulang sebelum pergi.

Teruskanlah perjalanan hidup ini....kalaupun ada masalah di tengah jalan.
Apabila yakin tujuan dan matlamat sudah betul, soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul.
Inilah jalan yang BENAR, walaupun jalan yang paling sukar.
Inilah jalan yang paling singkat, walaupun terasa amat berat.

Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik. Nafas dan aliran darah adalah modal untuk kita tunduk pada-NYA Ya Khaliq Yang Maha Pencipta.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan dalam jatuh bangun diri menuju ILAHI.
Sabar dan syukur adalah minyak pada pelita hidup yang meliuk lentok dipukul badai kehidupan.
Kekadang marak menala, kekadang berkerdip berbalam-balam.
Namun, padam tidak sekali-kali.

Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih 
ENGKAU sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan ENGKAU biarkan ku sendiri

Jangan gusar apabila bersendirian.
Jangan tersasar ketika kesunyian.
Katakan pada diri, DIA sentiasa ada di sisiku sebagai PEMERHATI.
Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang mesti ditempuhi, sama ada ketika bersendirian atau ketika ramai.

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahayaMu
benderang di hidupku..

Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari.
Tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu.
Jika datangnya topeng kepura-puraan, itulah guru yang mengajar kau erti berhati-hati.
Jika hadirnya bejana kejujuran, kau teguklah ilmu keikhlasan.

Usah berubah pendirian, walau beralih pendekatan.
Jadilah wajah yang satu di hadapan yang SATU.
Jadilah dirimu sendiri, Insha ALLAH kau akan sentiasa menjadi juara.

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Lupakanlah keperitan masa lalu setelah diperah segala pengajaran dan iktibar.
Kegagalan masa lalu adalah YURAN KEJAYAAN masa kini.
Menyesal itu bebal, kesal itu bekal.

Hidup di dunia ini cuma modal untuk hidup di akhirat.
Itulah hakikat hidup, ia satu perjuangan menempuh JALAN PULANG.
Jika sesekali terasa lemah melangkah, renungi alam.
Insha ALLAH kita akan dapat belajar hidup dari hidup-hidupan...

Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau simpan luka itu
Sedalam yang kau rasa

Memang ada waktu 
Agar kau bisa kembali semula
Percayalah padaku
Kita kan bisa melewatinya

Jangan bersedih oh kawanku
Aku masih ada di sini
Semua pasti kan berlalu
Aku kan selalu bersamamu

Jalan hidup tak selamanya indah
Ada suka ada duka
Jalani semua yang kau rasakan
kita pasti bisa

=======
Hidup kita biarlah bererti
punya arah tujuan
dijadikan penuh kesempurnaan
kita ada TUJUAN
menjadi hamba yang lemah
menjadi khalifah yang gagah
memakmurkan muka bumi ALLAH

***************
13:15. Dan kepada ALLAH sujud (patuh) siapa yang di langit dan di bumi, dengan patuh atau terpaksa dan sujud pula bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.
(QS. Ar-Ra'd, 13:15)

Sumber:
Hiduplah Untuk Hidup|Perkahwinan...Antara Cinta dan Tanggungjawab| Di Mana DIA di Hatiku?| Pahrol Mohd Juoi

No comments:

Post a Comment