Saturday, November 29, 2014

ABC#021

Salam Ukhuwwah Fillah 7 SAFAR 1436H...HARI AHAD yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN...Segala puja dan puji bagi ALLAH, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam. Terima kasih buat-MU, ALLAH terCINTA.

01:07. Iaitu jalan yang telah ENGKAU berikan nikmat-nikmat kepada mereka. Sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
(QS. Al-Fatihah, 1:7)

Selawat dan salam buat RASUL junjungan. Jasa-mu menyebarkan BAHAGIA buat alam, tidak akan dilupakan zaman. Tidak lupa buat ahli keluarga dan para sahabat yang mendukung perjuangan-mu. ALLAH meredhai mereka kesemuanya.


HAPPINESS will never come to those who don't appreciate what they already have. 
-Dr.Bilal Philips-

Saban MALAM ku meniti waktu 
SAAT yang berlalu terus-ku tunggu
dikala insan terus terlena
HATI-ku ini ingin terus berjaga

Dikala sepi-ku sendiri
mencari SINAR di kegelapan malam
airmata-ku bercucuran 
kerna RINDU-ku yang tak pernah padam

Tangisan-ku mendayu-dayu
mengharap KASIH dari YANG SATU
kutahu CINTA kuterbalas
kerna DIA-lah PEMILIK CINTA SEJATI
Oh TUHAN tunjukan-lah JALAN 
merentai RASA CINTA-ku
citra RINDU dan KASIH-ku 
yang ku-dambakan hanya untuk-MU

Usahlah KAU palingkan CINTA
yang SUCI MURNI lagi SEJATI
kerna aku hanya ada SEKEPING HATI
yang rapuh dan tak berdaya

Moga RINDU-ku kan terubat
lantaran KASIH-MU yang MURNI
Tangisan RINDU-ku 
hanya untuk-MU
===

Wahai ALLAH ENGKAU Tuhanku(Ya ALLAH Ya Tuhanku)... 
aku telah menzalimi diriku.. 
dan sekiranya ENGKAU tidak mengampuniku dan merahmatiku.. sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Wahai ALLAH ENGKAU Tuhanku (Ya ALLAH Ya Tuhanku)...
 bantulah aku untuk mengingatiM-U dan bersyukur kepada-MU...
dan kebaikan dalam beribadah kepada-MU.

Wahai ALLAH ENGKAU Tuhanku (Ya ALLAH Ya Tuhanku)...
pengakhiranku Ya ALLAH, pengakhiran yang baik... 
dan jangan ENGKAU mengakhiriku dengan pengakhiran yang tidak baik (wala tahtim alayya bissu'il khotimah).

Wahai ALLAH ENGKAU Tuhanku (Ya ALLAH Ya Tuhanku)...
 terimalah DOA-ku, permintaanku...
 Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...
 dan bertaubatlah ke atas-MU 
Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
===


MESEJ dihantar buat anakanda tercinta yang menjadi sado di bumi anbiya':

Aku telah rela dengan ALLAH sebagai TUHAN-ku dan
dengan ISLAM sebagai DEEN (agama)-ku dengan
MUHAMMAD sebagai NABI dan RASUL-ku...

Syafakillah ya habibatie...

Ya ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM Ya Syafiey Yang Maha Menyembuhkan...
Sihatkanlah tubuh badan kami
Allahumma sihatkanlah pendengaran kami
Allahumma sihatkanlah penglihatan kami...

#Sobahul khair ya ukhtie...apa khabarnya IMAN di HATI EMAS-mu sahabat pagi ini?

[Sent 30-11-2014M 06:04]

~*~*~
MESEJ diterima:


SobahhunNUR...

ALHAMDULILLAH...sihat walafiat bil MAWADDAH WARRAHMAH...Insha ALLAH.

Moga terus THABAT dalam menjaga HATI EMAS.

Wa Keif IMAN fi QALBIK ya Habibaty?

[Received 30-11-2014 11:46]

~*~*~
MESEJ balasan buat tuan puteri kesayangan yang jauh di perantauan.

ALHAMDULILLAH...
Moga IMAN-nya sentiasa dalam BARAKAH, MAWADDAH wa RAHMAH-NYA...Insha ALLAH.
[Sent 30-11-2014 11:48]


Every moment is a golden moment when spent in the obedience of Allah.
-Dr. Bilal Philips-

Ada seorang GADIS
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

IBU-nya telah tiada
Begitu juga AYAH-nya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di JIWA
Keliru HATI-nya
Antara SYURGA dan NERAKA

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis RASA seulit MESRA
Di akhir noktah
USIA dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan TUHAN-nya
Serta KETENANGAN
Mengharungi dunia yang fana

UMUR-nya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun TUHAN-nya masih 
CINTA-kan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari YANG ESA
Sedangkan ALLAH sentiasa
Merahmati hamba-NYA
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-NYA

Harapannya subur kembali
Bukti KASIH ILAHI
SYUKUR dia ditemukan
JALAN KEBAHAGIAAN
Mengukir CERIA
Membenam segala
Kecewa.....

#ALHAMDULILLAH...Always Say Alhamdulillah...07-02-1436H | 30-11-2014M 13:09
===
13:09. (DIA) Mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lagi Maha Besar dan Maha Tinggi.
(QS. Ar-Ra'd, 13:09)

2 comments:

  1. Jazakillah khairan kathira ya habibatie Siti Aisyhah binti Radzuran atas doanya...

    Wahai Allah Engkau Tuhanku(Ya Allah Ya Tuhanku).. aku telah menzalimi diriku.. dan sekiranya Engkau tdk mengampuniku.. dan merahmatiku.. sesungguhnya aku tergolong dlm golongan org2 yg rugi.

    Wahai Allah Engkau Tuhanku (Ya Allah Ya Tuhanku).. bantulah aku utk mengingatiMu dan bersyukur kpdMu..dan kebaikan dlm beribadah kpdMu.

    Wahai Allah Engkau Tuhanku (Ya Allah Ya Tuhanku).. pengakhiranku Ya Allah, pengakhiran yg baik.. dan jgn kau mengakhiriku dgn pengakhiran yg tidak baik (wala tahtim alayya bissu'il khotimah).

    Wahai Allah Engkau Tuhanku (Ya Allah Ya Tuhanku).. terimalah doaku, permintaanku.. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. dan bertaubatlah ke ats ku sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    #ALHAMDULILLAH...Always Be Clear 07-02-1436H | 30-11-2014M 14:23
    ===
    14:23. Dan dimasukkan ALLAH orang-orang yang beriman dan beramal SOLEH ke dalam syurga yang mengalir sungai di dalamnya. Kekal mereka di dalamnya dengan izin Tuhan. Ucapan selamat mereka di dalamnya ialah "SALAM"
    (QS. Ibrahim, 14:23)

    ReplyDelete
  2. Jazakillah khairan kathira sahabat muka buku yang dikasihi kerana ALLAH atas perkongsian yang penuh bermakna ini...

    Itulah SAYANG-NYA...

    JUE KAMA:
    Saat kau tidak mengerti maksud Tuhan,cubalah memilih untuk percaya..
    Saat kau tertekan penuh kekecewaan, cubalah memilih untuk bersyukur..
    Saat rencana hidupmu tidak berjalan dengan sempurna, cubalah memilih untuk berserah, bukan menyerah..
    Saat putus asa melingkupimu, cubalah memilih tetap maju dan berjalan bersama ALLAH..
    ( Sedingin salju wisconsin-Nurulsham Saidin)..

    ===
    RAIHAN RANI:
    Memilih untuk tetap maju dan berjalan bersama Allah...bersama Allah tiada jalan buntu...SEMANGAT!!!

    ReplyDelete