Tuesday, November 11, 2014

ABC#006

Salam 19 Muharam 1436H sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH. Hari RABU yang ceria, damai dan penuh kasih sayang-NYA buat sahabat semua. ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat teragung-MU; Ihsan, Iman dan ISLAM kepada diri kami hingga saat ini.


HAVE A BLESSED, BEAUTIFUL AND HAPPY WEDNESDAY!

Dalam lembaran baru kehidupan sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH
ENGKAU muliakanlah dan sayangi mereka
Bahagiakanlah keluarganya
Sihatkanlah tubuh badannya
ENGKAU berkatilah rezeki yang diperolehinya
Kuatkan imannya
Dan berikan kenikmatan dalam ibadahnya
Mudah-mudahan, dia sentiasa berbahagia
Allahumma Aamin Ya ALLAH…


~Ukhuwwah fillah itu INDAH...kerana-NYA kita bertemu.~


Your Day is Only as Good as YOU Make It.
Make It GREAT!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
JAMBATAN H.A.T.I.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Puisi ini ingin bicara setulusnya
buat menghubung persaudaraan kita
terpisah lokasi bukan berpisah HATI
berbeza fikiran dan fahaman bukan pencetus sengketa
lantaran merah darah kita sama
kita mampu seiya sekata berkongsi RASA
dalam pelbagai suasana...

Miskin atau kaya
senang mahupun derita
marilah kita kembali ke akar
sama-sama kita pulang ke pangkal
kita ini dari tanah yang satu
asal usul kita dari pertiwi yang sama
lupakanlah ras dan etnik buat selama

Mari kita fikirkan kepentingan bersama
demi anak cucu dan generasi kemudian
jangan kita panjangkan detik perbezaan
marilah kita lapangkan ruang persamaan
sesudah puluhan tahun mencapai kemerdekaan

Lahir kita di SINI
tanah bertuah menempa sejarah
tempat persemendaan dua darah
yang sama merah
di antara kita tiada lagi antara
tiada tembok tiada kota
yang ada cuma JAMBATAN
JAMBATAN H.A.T.I.


=====
49:13. Wahai manusia, sesungguhnya KAMI menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan (bapa dan ibu), dan KAMI jadikan kamu berbangsa-bangsa (berbagai umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antaramu di sisi ALLAH, ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA.
(QS. Al-Hujurat, 49:13)

.#Kata-Kata Lahir dari HATI akan Jatuh ke HATI | Di Mana DIA Di Hatiku? | Pahrol Mohd Juoi
#Always Be Clear...19-01-1436H| 12-11-2014M 14:52

===
14:52. (Al-Quran) ini suatu yang disampaikan kepada manusia, supaya mereka mendapat peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa ALLAH Tuhan Yang Esa dan supaya mendapat peringatan orang-orang yang berakal.
(QS. Ibrahim, 14:52)

No comments:

Post a Comment