Friday, January 23, 2015

ABC#052

Salam Ukhuwwah Fillah 3 RABIUL AKHIR 1436H...Hari SABTU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Dengan nama-MU Ya ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

A beautiful life does not happen, it is built daily by prayer, humility, sacrifice and LOVE.
May that BEAUTIFUL LIFE be yours always. 

HAVE A GREAT SATURDAY!

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Ya ALLAH...
Hidupkan kami dengan IMAN
Ya ALLAH...
Matikan kami dalam IMAN
Ya ALLAH..
Bangkitkan kami dengan IMAN
Ya ALLAH...
Masukkan ke syurga-MU dengan IMAN


Hentikanlah menangisi semalam yang hilang 
sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada hari ini 
sambil memperbetul niat 
untuk terus melangkah ke hadapan yang lebih cemerlang...


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM 
Ya ADZIM Yang Maha Agung...
Aku ini lemah tetapi ENGKAU Maha Kuat.
Anugerahkanlah kepadaku kekuatan 
supaya aku mampu bertahan daripada badai yang menerpaku.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal A'lamiin...

Ayahnya Putera Multazam berkata:

Aku mungkin tidak akan kembali lagi ke Muara Panjang selepas ini, 
namun ALLAH akan kirimkan anakku sebagai pengganti.

Di saat terjadi fitnah dan huru-hara di Muara Panjang, 
anakku dari 'multazam' itu akan pulang.


Benar...
Putera Multazam pulang setelah 26 tahun mengembara ILMU-NYA.
Di waktu Muara Panjang sudah tidak lagi seperti zaman ayahnya hidup dahulu.


Hari pertama Multazam sampai di Kampung Muara Panjang, sudah hampir waktu subuh. Tanpa rasa penat beliau menuju ke surau kampung. Hajatnya solat berjemaah yang sentiasa diutamakan tanpa ada sebarang alasan.

Sampai di surau, hanya gelap yang kelihatan. Memandangkan telah masuk waktu SUBUH, azan dikumandangkan...

Akhirnya, yang datang hanya dua orang...Haji Imran (sahabat arwah bapanya) dan Majid (pekerja Haji Imran).

Pulang ke rumah Multazam diajak bersarapan oleh long Ma iaitu boondanya tercinta...berusia hampir 76 tahun tapi masih gagah menggalas tugas suri memenuhi keperluan anak dan cucu...terasa puas apabila ahli keluarga merasa air tangannya sendiri...

Di rumah tersebut, Fatimah kakak sulung Multazam juga tinggal bersama...usianya dalam 50-an...janda tanpa anak...suaminya meninggal selepas 2 bulan selepas pernikahan mereka....menyara diri dengan pencen suami dan dapat juga membantu menyara hidup, dan menumpang kasih bonda dan juga adiknya Sumayyah iaitu kakak ketiga Multazam. Sumayyah mempunyai sepasang anak kembar lelaki yang comel bernama Hassan dan Hussin, dan seorang anak perempuan, Siti (14 tahun) yang bersekolah di bandar dan tinggal di asrama.

Suami Sumayyah, Rahman juga tinggal bersama bondanya dan bekerja sebagai penyelia kilang di bandar berhampiran kampungnya.

Kakak kedua Multazam iaitu Zarifah berkahwin dengan Hashim, seorang yang berjawatan tinggi dan tinggal di bandar. Kehidupan keluarga mereka sangat harmoni berlandaskan syariah.

Sedamai taman firdausi 
Limpahan kasih sayang sejati 
Seharum semerbak kasturi 
Mengharumi hidup insani 

Indahnya damainya 
Keluarga yang bahagia 
Itulah idaman impian setiap insan 
Yang dahagakan belaian 
Serta kasih dan sayang 

Hari pertama di kampungnya, selepas menghantar Hasan dan Husin ke sekolah...Multazam berjalan di sekitar kampungnya. Suasana dan keindahan alamnya sangat damai. Multazam singgah 'mengeteh' di kedai Pak RABU yang merupakan ayah kepada sahabat baiknya dahulu, Nazrin.

Di kedai Pak RABU, Multazam dapat melihat kanak-kanak yang ponteng sekolah dan MEROKOK. Golongan dewasa pula sibuk berbincang tentang JUDI dan NOMBOR EKOR.

Multazam beristighfar di dalam hati apabila terdengar ada mengatakan judi itu juga adalah usaha mencari rezeki yang halal....asalkan meminta daripada Tuhan dengan cara solat hajat....ASTAGFIRULULLAH AL-AZDIM...Jahilnya mereka Ya ALLAH!

Pemahaman yang salah tetapi Multazam hanya mampu melarang dengan selemah-lemah iman kerana dia sedar belum masanya dia bertindak....

Pak RABU banyak bercerita perihal kampung kepada Multazam. Anaknya sendiri, Nazril mati kerana terlibat dengan najis dadah. Ramai anak muda yang berada di Pusat Serenti...menjadi mat rempit...muda-mudi sudah tiada hormat pada orang tua...tanpa segan silu melakukan maksiat. ALLAHU AKBAR!

Tiada lagi kanak-kanak yang mengaji al-QURAN...tiada lagi TAA'LIM di masjid dan surau. tiada lagi majlis ilmu seperti di zaman arwah ayahnya dahulu...

Umpat dan domba di mana-mana...yang kuat memeras yang lemah...

Mendengar sahaja nama Multazam...kelihatan sinar di mata Pak RABU. Beliau juga masih ingat kata-kata arwah bapa Multazam:

Apabila Muara Panjang dalam keadaan huru-hara anakku Multazam akan pulang....

***

Multazam dimalukan oleh Lebai Karim iaitu imam kampung tersebut kerana pandai-pandai melaungkan azan Subuh. Sedangkan katanya bukan sebarang orang boleh azan... perlu ada tauliah. Kata-kata Lebai Karim itu disokong oleh Rahmat, bilal kampung tersebut.

Bukan mudah Multazam berdakwah...tetapi mulutnya sentiasa dengan senyuman. Tak pernah lekang senyuman dari bibirnya. Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Menghormati yang tua...mengasihi kanak-kanak...bermain takraw bersama anak muda di kampung itu.

Kehadiran Multazam mula disenangi oleh penduduk Kampung Muara Panjang...ALHAMDULILLAH.

Akhirnya...
Ada yang menghantar anak mereka kepada Multazam untuk belajar al-QURAN...
Begitu juga kaum ibu...meminta diadakan kelas TAA'LIM untuk mereka.

Namun...
Ada juga yang memandang serong kepada Multazam....kononnya Multazam mengajar ajaran sesat..tiada tauliah.

Sesungguhnya segala yang baik dengan niat yang tulus ikhlas kerana ALLAH, pasti ALLAH permudahkannya. ALHAMDULILLAH...

Permohonan Multazam bekerja di Jabatan Agama diterima..beliau juga mendapat tauliah justeru lesen untuk beliau mengajar di mana sahaja.

Multazam mengatur program di surau kampungnya...semakin ramai yang hadir mengimarahkan surau kampungnya....Semakin ramai yang hadir ke majlis ilmu...kaum ibu juga bertambah...kanak-kanak yang belajar jua telah ramai.

***

Pada suatu ketika, Multazam didatangi Siti, anak saudaranya sewaktu dia sedang membaca al-QURAN. Siti ingin mengadu soal fitrah hatinya yang suka kepada seseorang. Ingin dibicarakan di rumah, risau didengari ibunya lalu dimarahi. Pak Su-nya, Multazam adalah orang terbaik yang dirasakan mampu memahami jiwanya...

Malang tidak berbau, tika itu datang beberapa orang kampung lalu menuduh mereka berkhalwat. Multazam terus dipukul...hingga hampir pengsan...Siti hanya mampu menangis memanggil nama Pak Su-nya.

Tiada siapa yang berani membela Multazam kecuali Haji Imran, Majid dan ahli keluarga Multazam sendiri.

Multazam dimasukkan ke ICU.

ALHAMDULILLAH...beliau selamat.

Namun...

Multazam dihina dan dicerca dan nista....ditohmah dengan pelbagai tuduhan..tiada yang mahu menegur atau berbual dengannya. Keluarga Multazam jua seperti dipulaukan. Hanya Haji Imran dan Majid percaya pada Multazam.

Hinggakan Haji Imran bersumpah yang dia tidak akan menolong lagi Abu iaitu anak saudaranya yang menyebarkan fitnah terhadap Multazam.

Multazam susah hati kerana dia...keadaan menjadi semakin rumit.

Akhirnya...

Pegawai agama di tempat Multazam bekerja, ketua majikannya juga merupakan sahabat arwah bapanya membantu menyelesaikan hal tersebut. 

ALHAMDULILLAH...nama Multazam kembali bersih.

Keadaan berubah semula...kali ini semakin baik...HIKMAH SEBUAH KESABARAN!



***

Multazam kemudiannya disihir.

Dia muntah darah. Tidak boleh makan, tubuhnya kurus kering, tidak mampu bergerak, hanya terbaring sahaja....

Sehingga ibunya berdoa...
Jika MATI itu lebih baik untuk Multazam maka dia redha...kerana tidak sanggup melihat Multazam menderita.

Multazam yang mendengar DOA ibunya mampu mengalirkan air mata...

Sedih di hatinya kerana membuat ibunya sedih.

Akhirnya atas usaha abang iparnya membawa seorang alim untuk mengubatnya yang juga merupakan sahabat arwah bapanya...Multazam sembuh.

Setelah bersusah payah Multazam membina pusat tahfiz di kampungnya. Beliau diuji pula dengan kematian bondanya yang tercinta di tanah suci.

Akhirnya....rahsia di sebalik nama MULTAZAM terlerai jua.

***
Indeed, ALLAH LOVES those who rely upon HIM.


03:159. Maka dengan rahmat ALLAH, kamu berlemah lembut terhadap mereka. Jika sekiranya kamu berbudi jahat, berhati kasar, nescaya mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, oleh itu maafkanlah mereka dan mintakanlah keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. Apabila engkau telah bercita-cita (bertekad), maka bertawakkallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Mengasihi orang-orang yang bertawakkal.
(QS. Ali Imran, 3:159)


Arwah bapanya Multazam adalah ulama terkenal di daerahnya. Malangnya kerana hasad dengki, Imam Karim menyebar fitnah bahawa isterinya Long Ma tidak mampu memberinya zuriat lelaki yang bakal menyambung tugas dakwahnya.

Dengan izin ALLAH, Long Ma mengandung lagi pada usia yang agak lanjut. Penduduk kampung mula berandai-andai dan bercakap-cakap.

Tidak mahu masyarakat kampungnya terus membuat dosa mengumpat dan menfitnah...bapanya Haji Idris mengambil keputusan ke Mekah. Dia mahu berdoa di MULTAZAM supaya ALLAH memberinya zuriat lelaki...sehingga itu dia tidak akan kembali ke Muara Panjang. Malangnya, sebelum sempat melihat Multazam dilahirkan, beliau meninggal dunia. Kematian beliau pula dikaitkan dengan Multazam, kononnya Multazam yang menyebabkan kematian bapanya.

Ibu Multazam tidak sanggup melihat Multazam hidup dalam tohmahan masyarakat. Kerana wasiat suaminya juga, Multazam dihantar jauh untuk menuntut ILMU. 

Setelah 26 tahun, barulah Multazam kembali ke Muara Panjang membenarkan kata-kata bapanya...

Di saat berlaku huru-hara di Muara Panjang anakku Multazam akan kembali.


Beautiful things always hide behind hardships 
So that ALLAH may surprise us with HIS generous GIFTs
(as a reward) for our PATIENCE.

39:10. Katakanlah : Wahai hamba-hamba-KU yang beriman, takutlah kepada Tuhanmu! Untuk orang-orang yang berbuat baik di dunia ini ada juga kebaikan. Dan bumi ALLAH itu luas. Orang-orang yang SABAR disempurnakan pahalanya tanpa terhitung.
(QS. Az-Zumar, 39:10)


KERINDUAN SEMALAM
***

Kembang suci bunga kemboja
Menemani pusara ayah bonda
Sayu jiwaku mengusik di sukma
Hanya doa pengiring bicara

Bisikan pengharapan memohon keampunan
Pada Tuhan pencipta alam
Semoga ayahbonda di dalam keredhaan
Bersama cinta kasih dari-Mu oh...Tuhan

Pesan ayahbonda dalam ingatan 
Jadi pedoman di dalam kehidupan
Berlandaskan syariat seruan agama
Mengabdikan diri kepada Yang Esa

Setiap permulaan tiada berkekalan
Begitulah suratan kehidupan
Pergimu ayahbonda menghadap Yang Esa
Moga kita kan bersua di akhirat sana


Sekian....Lakaran kisah si Putera Multazam.


NOTA CINTA-NYA HARI INI

03:18. ALLAH telah menyatakan bahawa, tiada TUHAN kecuali DIA dan telah mengakui pula malaikat-malaikat dan orang-orang yang berilmu, sedang ALLAH berdiri dengan keadilan. Tiada TUHAN kecuali DIA Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS. Ali Imran, 3:18)


18:02. (Bahkan) lurus, supaya dia (Muhammad) memberi peringatan dengan azab yang keras dari sisi ALLAH dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang baik, 

18:03. (Sedang mereka) tinggal di dalamnya selama-lamanya.
(QS. Al-Kahfi, 18:2-3)

#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...03-04-1436H | 24-01-2015M 18:26









No comments:

Post a Comment