Monday, January 26, 2015

ABC#055

Salam Ukhuwwah Fillah 6 RABIUL AKHIR 1436H...Hari SELASA yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


SOBAHUL KHAIR ya akhie ya ukhtie sahabat fillah...


DOA PEMBUKA HARI
***
Kami terjaga di PAGI hari dalam FITRAH ISLAM dan KALIMAH IKHLAS dan dalam AGAMA NABI kami, MUHAMMAD SAW dan dalam millat (ajaran) bapa kami IBRAHIM yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang musyrik.


Ya ALLAH, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, 
pintu-pintu keselamatan, 
pintu-pintu kesihatan, 
pintu-pintu nikmat,
 pintu-pintu keberkatan,
 pintu-pintu kekuatan,
 pintu-pintu cinta sejati, 
pintu kasih sayang, 
pintu-pintu rezeki, 
pintu-pintu ilmu, 
pintu-pintu keampunan dan 
pintu-pintu syurga. 
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.***

***Sangat baik di amalkan selepas solat fardhu setiap hari… dan boleh jugak di baca semasa solat dhuha sebagai penambahan doa.. moga kita dibukakan pintu-pintu kebaikan dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat… amin..


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.


Suluk CINTA
***
Saat Abu Bakar melakar CINTA
saat Umar melarik CINTA
saat Uthman mengukir CINTA
saat Ali mewarna CINTA
teruji makna hidup
tersaji KASIH berdegup
Merisik Islami NUR ILAHI
memantul gema di celah-celah ruang sunyi
Syahdu,
KAU membawaku ke kamar taqarrub
dengan deru imtihan-MU
yang menetes
tiada hentinya
Kujejak benua suluk
dengan darah empat sahabat
dengan jihad empat suara
Mulus dan merdu.
(Ridzuan Harun, Kumpulan Puisi Remaja SULUK CINTA)



Pada-MU Ku Bersujud
***
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya ALLAH

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMU yang selalu bertakwa

Ampuniku ya ALLAH
Yang sering melupakanMU
Saat KAU limpahkan kurnia-MU
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMU yang selalu bertakwa

Ampuniku ya ALLAH
Yang sering melupakanMU
Saat KAU limpahkan kurniaMU
Dalam sunyi aku bersujud

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMU yang selalu bertakwa

Ampuniku ya ALLAH
Yang sering melupakanMU
Saat KAU limpahkan kurniaMU
Dalam sunyi aku bersujud
Pada-MU



NOTA CINTA-NYA HARI INI

***06:06. Tidakkah mereka ketahui, berapa banyaknya umat yang telah KAMI binasakan sebelum mereka. KAMI senangkan mereka di bumi dengan kesenangan yang belum pernah KAMI berikan kepadamu dan KAMI turunkan hujan yang lebat atas mereka dan KAMI adakan air sungai mengalir di bawah mereka, kemudian KAMI binasakan mereka, kerana dosa mereka sendiri dan KAMI jadikan sesudah mereka umat yang lain.
(QS. Al-An'am, 6:6)


18:06. Boleh jadi kamu membinasakan dirimu sepeninggalan mereka, jika mereka tidak percaya kepada berita (Al-QURAN) ini, kerana dukacita.
(QS. Al-Kahfi, 18:6)


06:18. Dan DIA yang berkuasa di atas semua hamba-NYA. Dan DIA Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
(QS. Al-An'am, 6:18)


***Keterangan ayat 6 surah Al-An'am.

Ramai umat (bangsa) terdahulu yang senang, kaya-raya dan berkuasa di muka bumi, buminya subur, padinya menjadi, hujannya lebat, sungainya melimpah. Tetapi mereka zalim dan membuat dosa, maka ALLAH membinasakan mereka dan menggantikan mereka dengan umat yang lain. Adapun dosa yang menyebabkan suatu umat binasa atau mendapat azab ALLAH ada DUA jenis:

1) kerana mendustakan RASUL dan tidak menerima ajarannya.
2) kerana kufur nikmat, iaitu kekuasaan yang dianugerahkan ALLAH kepadanya, tidak digunakan untuk kepentingan rakyat, melainkan untuk menzalimi mereka dan menindasnya. Apabila kezaliman telah bermaharajalela di dalam negeri, maka negara akan rosak. Jika tidak sekarang, mungkin esok atau lusa. 

Azab yang diturunkan ALLAH kepada umat ada DUA jenis:
i) umat itu rosak binasa, musnah di muka bumi dan digantikan oleh umat yang lain,
ii) umat itu hilang kemerdekaannya dan dijajah oleh bangsa asing, seolah-olah umat itu telah lenyap dari muka bumi.


#ALHAMDULILLAH...ALLAH Beri Cinta-NYA...06-04-1436H | 27-01-2015M 08:29

No comments:

Post a Comment