Saturday, January 24, 2015

ABC#053

Salam Ukhuwwah Fillah 4 RABIUL AKHIR 1436H...Hari AHAD yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Buka jendela HATI EMAS-mu
Sambut PAGI INI dengan ucapan SYUKUR
Semoga HATI EMAS-mu damai
Penuh RASA CINTA indah
Penuh RASA CINTA dari ALLAH
Memperoleh ReZEKi yang baik lagi BARAKAH
Allahumma Aamiin Ya Rabbal A'lamiin...


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

KERINDUAN SEMALAM...

Semalam kian beransur tua
Menyingkap hari-hari muka
Amat sayup semua di seberang sana
Hanya kuntum DOA penawar nostalgia

Kutabahkan HATI memendam perasaan
Hanya kerna menuntut ilmu TUHAN
Kubenam dalam jiwa sebungkah kesabaran
Hanya kerna mengharap redha TUHAN

Biarku menempuhi 
Semua dugaan ini
Demi-NYA
Biarku ditangisi
Biarku menangisi
Demi-NYA

Kenangan semalam 
Bagai menggoyah sabar
Yang mengusik di memori
Kerinduan ku tercabar
Apakah harus kini
Menghenti langkah murni
Dari meniti perjuangan 
Cita-cita suci

Duhai ayah bonda
Kirimkanlah DOA
Biar teguh keimanan
Dalam jiwa
Janjikan kukota
Sebagai putera berjasa
Padamu berdua
Dan pada agama

Bukan mengharap nama
Bukan menagih dunia yang fana
Hanya sebagai HATI
Pejuang kalimah suci ILAHI


Tanda ada luka yang lebih parah di hati ialah kau tidak akan menghiraukan luka di badan.
Begitulah juga bila ada cinta di hati, ia akan menyerlah indah di wajah.
Senyum itu tanda iman!
[Pahrol Mohamad Juoi]


Ya ALLAH Ya GHAFFAR Yang Maha Pengampun...
Apabila ENGKAU menerima taubatku dan ENGKAU mengampunkan dosaku,
tertutuplah segala aib MASA lalu-ku.
Bertambahlah ketaatan-ku kepada-MU dan
bertambahlah rezeki-ku yang HALAL serta BERKAT.
Sesungguhnya, aku tidak mengharap kepada sesiapa pun kecuali hanya kepada-MU.
Allahumma Amiin Ya Rabbal A'lamiin...


ZURIAT-ku SYURGA-ku...

Tinggallah anak-anakku sekalian
Ayah pergi dijemput TUHAN
Semoga kalian selalu dimuliakan


04:09. Dan hendaklah mereka takut jia sekiranya mereka meninggalkan anak-anak yang masih lemah di belakangnya, takut akan terlantar anak-anak itu (jika mereka mewasiatkan hartanya kepada fakir miskin), maka hendaklah mereka takut kepada ALLAH dan berkatalah dengan perkataan yang betul.
(QS. An-Nisa', 4:9)

Di dalam ayat ini, ALLAH menganjurkan kepada orang tua supaya memikirkan akibat anak-anaknya yang masih lemah (kecil), apabila dia meningal dunia. Sebab itu, hendaklah dia bertaqwa dan berusaha meninggalkan harta pusaka untuk mereka. Janganlah mewasiatkan hartanya untuk fakir miskin dan amal sosial lebih dari semestinya, supaya kehidupan anak-anaknya yang masih kecil itu tidak terlantar. Menurut Islam, wasiat itu hukumnya sunat, sedangkan memberi nafkah itu 

NOTA CINTA-NYA HARI INI

04:04. Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan maskahwinnya sebagai satu pemberian. Jika perempuan-perempuan itu baik hati, mahu merelakan sebahagian daripadanya, makanlah olehmu dengan baik dan senang.
(QS. An-NIsa', 4:4)

04:18. Dan tidaklah (diterima) taubat mereka yang mengerjakan kejahatan sehingga apabila seseorang di antara mereka hampir mati, dia berkata: Aku bertaubat sekarang, (begitu juga) tidak diterima taubat orang-orang yang mati, sedang mereka kafir. Untuk mereka itu, KAMI sediakan azab yang pedih.
(QS. An-Nisa', 4:18)

18:04. Dan memberi khabar takut kepada orang-orang yang mengatakan ALLAH itu mempunyai anak.
(QS. Al-Kahfi, 18:4)


#ALHAMDULILLAH...ALLAH Beri Cinta-NYA...04-04-1436H | 25-01-2015M 11:18


No comments:

Post a Comment