Friday, April 24, 2015

ABC#098

Salam Mahabbah Fillah 5 Rejab 1436H.....Hari JUMAAT al-Mubarakah yang ceria, tenang, damai dan penuh keberkatanNYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH.....Terima kasih Ya Allah atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU.

Dengan lafaz BISMILLAH, bicara hati di TINTA EMAS ini kumulaka buat peringatan diri yang sering alpa, faqir dan penuh kekhilafan ini.

*******
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM.....
Berikanlah diri kami kekuatan ketika dalam kesulitan
Kukuhkanlah iman kami agar tidak berpaling dariMU
Tuntunlah kami agar selalu berbuat kebaikan
Tuluskanlah hati emas kami dalam mencintaiMU
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.. 
*******
ALLAH adalah Peneman Yang Maha Setia

......sentiasa ingin mendengar sgala cerita dan kisah dari pencinta-NYA.
.....Hidup akan lebih tenang denganNYA!
.....Apa yang dihajati, ALHAMDULILLAH akan DIA kurniakan.
......Perasaan kasih, sayang dan cinta kepadaNYA sentiasa bertambah dari hari ke hari.
.....Sentiasalah berkomunikasi denganNYA setiap saat setiap ketika tanpa jemu.
.....Sandarkan 100% pergantungan dan harapan padaNYA dengan penuh keyakinan
....Kisahkan padaNYA apa jua perkara sama ada memohon, meminta,  berkongsi cerita, berkongsi kejayaan, mengadu kesulitan yang dihadapi kerana DIA sentiasa dekat dan hampir dengan kita.
....Sentiasalah berkomunikasi dengan DIA Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


NOTA CINTA-NYA untukmu SAHABAT HATI EMAS..
*****
03:08. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU sesatkan hati kami, sesudah ENGKAU tunjuki kami dan berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-MU, sesungguhnya ENGKAU Maha Pemberi.
(QS. Ali Imran, 3:8)

25:74. Ya TUHAN kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan hati kami, dan jadikanlah kami IMAM (ikutan) bagi orang-orang yang  bertaqwa.
(QS. Al-Furqan, 25:74)

2:201. Ya TUHAN kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksaan api neraka.
(QS. Al-Baqarah, 2:201)

05:90. Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (pekerjaan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.

05:91. Sesungguhnya syaitan menghendaki supaya menjatuhkan kamu dalam permusuhan dan benci-membenci sesama kamu kerana arak dan judi, serta menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan (mengerjakan) solat. Adakah kamu berhenti (daripada demikian)?

05:92. Dan ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan waspadalah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan rasul Kami hanya menyampaikan dengan jelas.

05:93. Tidak berdosa orang-orang yang beriman dan beramal soleh kerana mereka telah meminum arak (dahulu), jika mereka bertaqwa dan beriman, serta beramal soleh, kemudian mereka bertaqwa dan beriman, kemudian bertaqwa dan berbuat kebaikan. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
(QS. Al-Maidah, 5:90-93)


Memahami DIABETES.....
Panduan Mengurus Diabetes, Tip & Kehidupan Yang Lebih Sihat
[Wan Hassan Wan Ismail | Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu]

J.O.M. HIJRAH REJAB.
*******
Bagi sahabat hati emas kesayangan hamba yang ada keinginan untuk berHIjRAH hari ini yang lebih baik dari semalam, boleh amalkan tips berikut:
:) Ber-NIAT sungguh-sungguh padaNYA untuk berHIJRAH.
:) Membaca Istighfar
:) Membaca Selawat Nabi S.A.W.
:) Membaca Al-Fatihah
:) Membaca ayat-ayat CINTA-NYA seperti di atas.
:) Wassalam...

-------
#KEIMANAN CINTA
#SAHAJA AKU JATUH CINTA
#IN SHAA ALLAH...You'll Find Your WAY!
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA.....05-07-1436H | 24-04-2015M 18:23

No comments:

Post a Comment