Monday, April 27, 2015

ABC#101

Salam Mahabbah Fillah 8 Rejab 1436H.....hari ISNIN nan ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkanNYA sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah hati emas kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BiSMILLAH...kumulakan bicara hati di TINTA EMAS ini buat peringatan diri yang sering alpa, serba kekhilafan dan faqir ini.

DOAKU HARI INI
***
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Terima kasih atas segala nikmat dan kurniaMU
Jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan
Jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkatan
Lindungilah kami dengan kasih sayangMU
Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya keranaMU
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.....


*******
KAU Hadir Dalam Munajatku!
*******
Kesedihan!
Engkau datang tanpa diundang..
Pergimu menjelang tanpa ungkapan salam..
Engkau menertap masuk tanpa dijemput…
Hinggapmu lekat di pelbagai sudut..
Dengan wajahmu yang basah kuyup..
Dengan lidah yang menempah gundah..
Dengan cara yang membawa lara..
Dengan bahasa yang menjelma duka..
Bagimu rupa yang bermacam warna..
Ada hitam ada juga putih..
Hingga aku lupa bezakan namamu..

Kesedihan!
Pada awal mengenalmu...aku sungguh terkedu..
Menatap wajahmu nan suram..seakan-akan hidup menjadi kelam..
Aku terdiam dan terbungkam…
Siang bagaikan malam..
Malam tanpa cahaya..
Cahaya bagaikan kelam..
Kau cuba hentam rasa takut dan kalut..
Sehinggalah nafas menjadi semput dan susut..
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup…
Dari aku yang dalam kegembiraan..

Kesedihan!
Tika ini, telah lama aku mengenalimu..
Apa tidak, sering kau lalu dan bertemu..
Entah berapa kian kali kau datang ke sini..
Entah berapa waktu ku kau ganggui..
Entah berapa medan yang kau tentang..
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang..
Datang dan pulangmu sama sahaja..
Hadir dan pergi bagai angin..

Kesedihan!
Sejak dulu apa yang ku tahu..
Tentang dirimu yang selalu diburu..
Setiap kali kulihat rupa sayumu..
Acap kali ku panggil syahdu nama TUHANku..
Setiap kali kudengari telapak kakimu bergerak..
Ku seru TUHANku dengan sebak..
Setiap kali kurasa kau mula melangkah..
Jiwaku pasrah pada ALLAH ku berserah..

Kesedihan…
Ku tahu..
Kau kan terus datang.. sukar dihalang..
Kau kan terus bertemu …sukar dijemu..
Kau kan terus bersama… sukar dilupakan..
Kau kan terus mengalir... sukar menahan sebak..

Namun..
Pabila kita berjumpa..
Kau kan hambat dengan air mata MUNAJAT..
Kau kan ku lontar dengan esakan ISTIGHFAR…
Kau kan ku siaga dengan tangisan DOA…
Kau kan ku gempur dengan rasa SYUKUR…

Kesedihan..
Hadirlah jika itu yang kau mahu..
Pada insan yang kau tahu..
Siapakan ia kalau bukan aku…
Moga jelmamu selalu membangunkan pilu di malam syahdu..
Utuk kumembasahi pipi dengan meratapi:

“Ya Rabbi!!! Kasihanilah hambaMU ini!!!
Aku ingin mencari ketenangan abadi dariMU"


L.O.V.E. of ALLAH is...
The POWER of the HEART
The SUSTENANCE of the HEART
The LIGHT of the HEART



NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
03:08. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU sesatkan HATI kami, sesudah ENGKAU tunjuki kami dan berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMU, sesungguhnya ENGKAU Maha Pemberi.
(QS. Ali Imran, 3:8)

08:09. Ketika kamu meminta pertolongan kepada TUHANmu, lalu diperkenankanNYA permintaanmu; sesungguhnya AKU menolongmu dengan seribu malaikat yang beriringan.

08:10. Dan ALLAH tidak menjadikan demikian itu, melainkan untuk khabar gembira dan supaya tenteram hatimu. Dan tiada kemenangan, melainkan dari sisi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS. Al-Anfal, 8:9-10)

08:63. Dan DIA yang menyatukan HATI mereka (orang-orang yang beriman). Jika kamu belanjakan semua yang di atas bumi ini, nescaya tidak dapat kamu menyatukan hati mereka; tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS. Al-Anfal, 8:63)
-----
#ALHAMDULILLAH.....Allah Beri Cinta-NYA..08-07-1436H | 27-04-2015M 16:49
#LOVE is YOU

No comments:

Post a Comment