Tuesday, April 28, 2015

ABC#102

Salam Mahabbah Fillah 9 Rejab 1436H.....hari SELASA nan damai, ceria dan penuh kasih sayangNYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan sokmo. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut CINTA di MUARA RINDU buat semua sahabat fillah HATI EMAS kesayangan hamba.

ALHAMDULILLAH..Terima Kasih Ya ALLAH atas anugerah agungMU Ihsan, Iman dan Islam yang ENGKAU kurniakan kepada kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, bicara hati di TINTA EMAS ini kulakarkan buat peringatan diri yang serba kekhilafan, sering alpa dan faqir ini.


DOA AGAR HIDUP SUKSES
******

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Jadikanlah awal hari ini sebagai kebaikan
Pertengahan hari ini sebagai keberuntungan
Akhir hari ini sebagai kesuksesan...

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Jadikanlah awal hari ini beroleh rahmatNYA
Pertengahan hari ini beroleh nikmatNYA
Akhir hari ini beroleh kemuliaan dan keampunanNYA
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
09:129. .....Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada TUHAN selain DIA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal, dan DIA adalah TUHAN yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.
(QS. At-Taubah, 9:129)


KUJEMPUT JODOHKU
*****
Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah.

Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati.

Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya.
Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet).

Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketetapan Allah adalah yang terbaik.
Yakinlah cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat, dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. 

Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

<3
Ya ALLAH Ya TUHANku
Ya WADUD Yang Maha Pencinta
Cenderungkan HATI EMASnya kepadaku
Paksalah untukku HATI EMASnya
Kasihilah ia untukku
Cintakan aku kepadanya sehingga ia datang kepadaku dengan sopan lagi kasih sayang tanpa menunda-nunda
Sibukkanlah dirinya dengan mencintaiku
Sesungguhnya ENGKAU terhadap setiap sesuatu sangat berkuasa
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...

<3
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Jadikanlah diri ini dikasihi pada HATI mereka yang beriman
Gembirakanlah diri ini dengan kekayaan sehingga memperolehi 120 kebaikan
ALLAH adalah sebaik-baik Pemelihara
DIA amat mengasihi daripada segalanya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.....


Kesempurnaan yang hakiki hanya di SYURGA.
Berapa banyak KALAM ALLAH yang menggambarkan janji nikmat olehNYA pada manusia yang soleh dan solehah.
Jadilah MUKMIN yang BAIK nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

-----
#ALHAMDULILLAH..Allah Beri Cinta-NYA..09-07-1436H | 28-04-2015M 18:45
#ISLAM itu INDAH
#JODOH itu RAHSIA ALLAH.....dan ia RAHSIA yang MaNIS.
#BagaimanaAkhirnyaAkuBernikah
#WillYouMarryMe?

No comments:

Post a Comment