Monday, April 20, 2015

ABC#095

Salam Mahabbah Fillah 2 Rejab 1436H.......hari SELASA yang damai dan penuh cinta-NYA. Segunung kasih selangit sayang selaut cinta di Muara RINDU buat sahabat hati emas kesayangan hamba. Semoga segala urusan kita sentiasa dalam redhaNYA dan dipermudahkanNYA sokmo.

ALHAMDULILLAH.....Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam yang ENGKAU anugerahi diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH, bicara hati di Tinta EMAS ini kulakarkan buat diri dan sahabat fillah yang kukasihi keranaMU Ya ALLAH.

Ya TUHANKU! 
Sesungguhnya aku berkehendak kebaikan yang ENGKAU turunkan kepadaku.
(QS. Al-Qasas, 28:24)


Man SOBARO Zhafira
*******
Siapa yang ber-SABAR akan beruntung!

Jangan risaukan penderitaan HARI INI.....
Jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi di hadapanmu...
Kerana yang kita tuju bukan SEKARANG...
Tetapi ada yang lebih besar dan prinsipal menjadi manusia yang menemukan MISI-nya dalam HIDUP.

Jangan berputus asa jika ALLAH menunda apa-apa yang kamu sukai.
Jangan bersedih HATI
Tetap ber-SABAR dan TERSENYUMLAH!
Kerana dengan penuh KASIH SAYANG, DIA Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta berkata dalam firman-NYA:

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."


Diuji...maka bersujudlah kepadaNYA sehingga kamu kembali tenang.

Kepada-MU aku bersujud.


NOTA HATI SEORANG LELAKI
*******

HATI seorang lelaki
Kekadang perlu sekeras waja
Ada MASA-nyamesti selembut sutera

Duhai lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Izinkanlah lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau HATI EMAS-nya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangisanmu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa
Izinkan dia pergi jua

Di HATI EMAS-nya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
.....walau terjerat
.....walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa...
Walau terpaksa...
Walau tidak rela...
Lelaki itu kan pergi jua!

Kerana itu adalah kehendak-NYA Yang Maha Tahu!



#Genap 4 tahun superHERO kesayangan meninggalkan kami di sini.
#Pulang awal atau lewat itu sudah tertulis sejak kita dalam kandungan ibu lagi....pulangnya manusia adalah janji yang tidak akan dimungkir...semua akan pulang.
#Dari-NYA kita datang, kepada-NYA jua kita akan dikembalikan.
#Terima Kasih AYAH
#Demimu AYAH...aku bertahan!
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...02-07-1436H | 21-04-2015M 06:52



No comments:

Post a Comment