Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat).
2) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Surah ini membincangkan beberapa perkara berikut:
1) Allah telah memberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. banyak kebaikan sehingga sampai kepada kemuncaknya, antaranya sungai al-Kauthar di dalam syurga, sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Tirmizi daripada Anas.
2) Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya supaya menunaikan sembahyang (yang wajib dan sunat) dengan ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, tanpa mensyirikkanNya dengan yang lain. Mereka juga diperintahkan menyembelih binatang korban untuk dihadiah kepada fakir miskin di sekitar masjid al-Haram. Ibadah daging korban dan ibadah yang lain mestilah khusus untuk Allah sahaja.
3) Sesungguhnya orang-orang yang membenci Nabi dan syariat yang dibawa olehnya daripada Allah adalah orang-orang yang tercantas daripada mendapat 2 kebaikan di dunia dan akhirat. Mereka tidak meninggalkan sebarang tanda peninggalan sejarah yang bererti untuk dingati yang boleh didengar selepas mereka mati. Justeru mereka tidak beriman dengan risalah kebenaran dan tidak melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.
"Apakah kita menyambut hari pengorbanan hanya dengan kekosongan? Apakah kita menyambutnya sekadar untuk mengenang-ngenangkan saudara kita yang menunaikan haji?”
No comments:
Post a Comment