Sunday, November 21, 2010

SYAHAADATAIN

Pengucapan atau kalimah paling agung dan bererti di atas maya ini ialah kalimah syahadah

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruhNya

Sudahkah kita mengetahui serta memahami segala isi dan maksud yang tersimpul dalam kalimah itu? Sebenarnya menjadi tanggungjawab kita sebagai insan yang mempunyai akal dan jalur pemikiran untuk memikir dan mengkaji kalimah itu. Kita tidak boleh sekadar menerima seperti apa yang ada sahaja. Sesuatu yang kita lakukan itu biarlah kita mengerti biar sampai ke akar umbi. Ibarat kalau menyelam ke laut biar sampai ke dasarnya barulah kita dapat menyaksikan batu-batu karam dan khazanah laut yang terhampar indah di dasarnya.

Kalau kita hanya setakat berenang di atas permukaan sahaja maka kita hanya akan dapat menyaksikan ombak dan buih-buihnya sahaja sedangkan rahsia laut itu sebenarnya masih jauh daripada pengetahuan kita. Hidup yang demikian adalah sangat rugi.

Surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud;
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi yang berakal".

Mulai sekarang setelah kita menyedari betapa besarnya hikmah dan rahsia kalimah tauhid ini, wajib kita mempelajari secara mendalam untuk mengenali dan mengetahui rahsia kalimah agung ini.

Hakikat syahaadatain ialah pengakuan bahawa tidak ada yang nyata (alam) melainkan Allah. Bahawa semua yang maujud ini merupakan zat Allah iaitu sifatNya, asma'Nya,af'alNya. Apabila kita melakukan pengucapan dan pegangan, kita memperakui akan kewujudanNya dalm setiap maujud itu. Maknanya pegangan kita terhadap syahaadatain itu sebagai amanah dan tanggungjawab kita kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment