Wednesday, November 10, 2010

DI MANA ALLAH?



Ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang masih samar terhadap persoalan ini sehingga apabila diajukan pertanyaan kepada mereka berkenaan keberadaan Allah (Di mana Allah?) maka akan timbul pelbagai jawapan, antara lazimnya yang sering kita temui adalah seperti berikut:
1)Mereka yang mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa berada di mana-mana sahaja atau di setiap tempat.
2)Mereka yang berpegang kepada keyakinan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di dalam hati mahupun diri setiap insan.
3)Mereka yang beriktikad bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit beristiwa' di atas 'Arasy-Nya.

Mari Mengenal Allah melalui Sifat 20



Setiap mukallaf itu WAJIB mengenal Allah. Ia merupakan perkara yang terawal di dalam agama. Sebab itu dikatakan, "Awaluddin makrifatullah" iaitu Awal-awal agama itu mengenal Allah.



Cara mengenal Allah bukanlah dengan melihat dan sebagainya kerana Allah itu Maha Suci daripada yang menyerupai segala yang baru iaitu makhluk. Allah tidak berbentuk, tidak berupa, tidak terjadi daripada jirim, tidak mengambil tempat atau ruang, serta tidak berpihak seperti di atas, tidak di bawah dan tidak di mana-mana. Kerana itu, Allah tidak dapat dilihat dengan mata kepala, tidak dapat dipegang dan tidak dapat dirasa. Jadi, kita tidak boleh mengenal Allah dengan cara itu.

Cara untuk mengenal Allah ialah dengan mengetahui sifat-sifatNya. Apabila telah mengetahui sifat-sifat Allah itu, dapatlah kita mengenal zat Allah hingga dapat kita membezakan zat Khaliq dengan zat makhluk.

-<>-<>-<>-JALAN MENUJU ALLAH-<>-<>-<>-www.shalatcenter.com-<>-<>-<>-

Banyak orang yang tersesat mencari Allah, kerana tidak menyedari keberadaan Allah yang sangat dekat dengan manusia. Allah sesungguhnya tidak perlu dicari. Hanya sesuatu yang pernah hilang yang pantas dicari, sementara Allah selalu ada dimana- mana, dan tidak pernah hilang. Allah tidak pernah tidur dan selalu mengawasi gerak geri kita. Tidak ada satu pun yang luput dari-Nya, kerana, Dia yang meliputi langit dan bumi beserta isinya.

MAHA SUCI ALLAH PEMBERI RAHMAT ALAM SEMESTA

Tak perlu jalan yang terjal dan sulit untuk mengenal-Nya. Untuk mengenal Allah tidak perlu rumit-rumit, tidak perlu pusing-pusing. Tidak menjadi jaminan orang yang memiliki pengetahuan agama yang luas, sudah mengenal Allah. Akal tidak mampu membuka rahasia Allah. Hanya hati orang mukmin yang mampu merasakan dan mewadahi Asmaul Husna.

Bacalah Al-Quran dengan hati penuh keimanan. Mushaf suci itu adalah kalam Ilahi yang tidak cukup dipahami dengan akal. Jangan sampai terjebak kita hanya menjadi pakar Al- Quran, tapi sesungguhnya tidak memahami hakikatnya. Hati pun tak pernah bergetar kala dibacakan ayat-ayar suci Al-Quran. Jiwa membeku tak merasakan getaran kehadiran Allah. dan, hati pun menjadi buta dengan petunjuk-Nya.

Oleh kerana itu, saatnya membuka jiwa dan mengasah hati agar merasakan kehadiran Allah. Namun, kita sering terhijab dengan fikiran dan perasaaan kita sendiri. Jalan menuju Allah pun akhirnya terhadang oleh tubuh kita yang sering dipenuhi nafsu amarah. Jika kita hanya dibalut dengan fikiran dan perasaan, maka kita tak akan pernah terhubung pada Yang Maha Kuasa.

Namun, jika kita berzikir dengan asma-asma Allah, lisan kita, pikiran kita dan perasaan kita akan bersatu menuju Allah. Meski kesengsaraan dan kepayahan menghimpit kita, tak ada satu pun yang mampu menggoyahkan tekad jika hati sudah tertanam aqidah dan jiwa sudah menjawab panggilan-Nya.

Nabi mengajarkan pada umatnya sebuah jalan untuk menuju Allah, iaitu SOLAT. Seringkali kita melakukan SOLAT, tetapi terlalu sibuk dengan gerakan dan bacaannya. Kita tidak mampu memisahkan mana tubuh kita, mana rohani kita.

Tubuh kita cenderung pada tanah, kerana memang terbuat dari tanah. Maka, tidak hairan kita cenderung mencintai sesuatu yang berasal dari tanah, seperti anak-anak kita, isteri kita, perhiasan dan binatang ternak.

Sementara, rohani kita cenderung naik ke atas menuju Pemiliknya, iaitu Zat Yang Tidak bisa diserupakan dengan makhluk-Nya. Dengan solat, rohani kita didorong dengan kesedaran untuk meninggalkan tubuh dan mencapai orbit Ilahi. Dirikanlah solat dengan kesedaran jiwa, yang memiliki potensi roh, kerana inilah yang dipanggil Allah dan dimasukkan ke golongan hamba-hamba-Nya yang diredhai-Nya.

No comments:

Post a Comment