Monday, November 15, 2010

PhDku?


(gambar ihsan: Hazwani art collection)

Hasrat ayah bonda dan ahli keluarga untuk diri ini terus maju dalam pelajaran membuatkan diriku dalam dilema. Walaupun mereka hidup dalam kepayahan namun mereka tetap inginkan yang terbaik untuk diriku. Hanya padaMu ya Allah aku serahkan segala urusanku ya Rahman ya Rahim, pandulah diriku yang lemah ini menuju jalan yang Engkau redhai.

Aku panjatkan doa padaMu ya Allah untuk memberikan petunjuk masa yang sesuai untuk aku menyambung pelajaran di peringkat PhD. Aku tahu PhD sesuatu yang sukar tetapi juga bukanlah sesuatu yang mustahil.

Aku memerlukan pertolonganmu ya Allah di dalam memberikan PhD bukan sekadar PhD tetapi lebih daripada itu. Aku mahu PhD mampu membantuku untuk mengenali diri ini di dalam aku mengenali Allah dan merasai nikmat mencintaiMu ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Ilmu, Tuhan yang Maha Besar, Tuhan yang Maha memiliki semua yang berada di langit dan di bumi serta diantaranya.
Aku memohon kepadaMu ya Allah untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat PhD ya Allah.
Seandainya PhD ini membuatkan aku lebih dekat denganMu ya Allah,
Seandainya PhD ini membuatkan aku merasa lebih kehambaan,
PhD ini menghancurkan segala rasa kemegahanku, kehebatanku dan segalanya ya Allah,
maka tunjukkan aku masa yang sesuai untuk aku menyambung pelajaranku ke peringkat PhD ya Allah.
Kau permudahkanlah segala urusan PhDku ya Allah.
Ya Allah Kau bantulah diriku menyiapakan proposal PhDku yang terbengkalai ini.

Seandainya PhD membuatkan aku lebih jauh denganMu ya Allah,
PhD menghancurkan cintaku padaMu ya Allah,
PhD menambahkan bongkak, sombong, megah diri, rasa hebat dan sebagainya ya Allah,
maka Kau buangkanlah niat melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ini dalam hatiku ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Aku memerlukan Profesor Dunia untuk untuk menjadi supervisorku di dalam mencari rahsia ilmuMu ya Allah.
Beliau perlu ada kelulusan sekurang-kurangnya PhD.
Beliau mestilah mampu menunjukkanku jalan yang terbaik di sepanjang perjalanan PhDku. Ilmunya banyak dan berani di dalam membuat keputusan. Aku berharap beliau merupakan supervisor yang benar-benar bekerja untuk agamaMu ya Allah.

Namun ya Allah,
aku memerlukan juga Profesor Akhirat sebagai supervisorku.
Professor Akhirat tidak semestinya mempunyai kelulusan yang tinggi. Tetapi mereka ini banyak ilmu agama yang diamalkan. Professor Akhirat adalah orang yang tidak pernah bangga dengan apa yang dimilikinya. Dia sedar apa yang dimilikinya bukan miliknya.

Mereka tidak pernah sombong dengan ilmu yang mereka ada. Namun untuk mendapatkan ilmu mereka, aku perlu berusaha untuk mendapatkannya. Mereka tidak mendabik dada untuk menceritakan itu dan ini kerana mereka hanya bercerita kepada sesiapa yang mendampingi mereka.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menemukan kepadaku beberapa orang Professor Akhirat. Mereka hanya berkerja sebagai penoreh getah, orang-orang kampung yang hidup susah, tukang sapu hinggalah kepada profesional, mereka merupakan Professor Akhirat tempat rujukanku di dalam meneruskan perjalanan hidup berTuhan ini.

Mereka amat tenang di dalam kehidupan mereka. Kerana itu aku suka mendampingi mereka. Belajar dan mencari ilmu mereka memerlukan kesabaran kerana mereka mengajar dengan amalan. Bukan teori semata-mata. Mereka tidak kaya harta walaupun mereka golongan profesional tetapi mereka kaya ilmu kerohanian. Mereka hidup penuh dengan kesederhanaan.

Merekalah yang mengajar saya erti sebenar JIWA POSITIF DAN HIDUP BERTUHAN.

Walau sehebat mana pun kita, kita mesti mencari professor akhirat ini. Cari dan dampingi mereka. Jangan bermegah dengan jawatan, kuasa, rupa, harta dan sebagainya yang kita ada. Jangan sesekali berasa diri kita sudah cukup sempurna amalannya.

Mereka ada dekat dengan kita. Disebabkan mereka ini merupakan orang yang sentiasa rasa apa yang mereka miliki bukanlah milik mereka, mereka kelihatan seperti tiada apa-apa pada pandangan kita. Namun sebenarnya di sebalik rendah diri mereka, mereka merupakan manusia yang sangat dekat dengan Allah.

Jika sebelum ini kita jahil dan kini nampak jalan yang terang, ia cuma baru permulaan. Rendahkan hati, buangkan segala kesombongan, riak, takabur dengan apa yang kita ada untuk terus mencari dan mendampingi professor akhirat ini. JANGAN DI KALA KITA BARU SAHAJA NAMPAK JALAN YANG TERANG dan kita mula disanjung kerana perubahan kita ini, kita mula menjadi sebutan ramai kerana kita berubah dari kejahilan kita, kita sudah berasa segala-galanya sudah mencukupi buat kita.

Ingatlah Allah setiap masa dengan berkomunikasi dengan Allah. Hanya dekat dengan Allah, hidup kita akan bahagia. Tiada cara lain lagi untuk mendapatkan kebahagiaan melainkan dekat dengan Allah. Ini adalah hakikat yang tidak boleh disanggah.

Semoga kejayaan dunia dan akhirat adalah milik kita semua.


(gambar ihsan dari Hazwani Art Collection)

-sumber: Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan (http://www.fuadlatip.com)

1 comment:

  1. Wanita: PhD dan air mata

    ...semua itu perkara biasa

    #ALHAMDULILLAH...28 Zulkaedah 1435H

    ReplyDelete