Surah al-Fatihah adalah Ummul Quran atau ibu al-Quran. Biarpun ringkas namun himpunan 7 ayat yang berulang-ulang, melalui maksudnya menjangkau hakikat nurani kehidupan insan.
Garapan pengertiannya membawa manusia mengenal Penciptanya, merasa tidak punya apa-apa, rendah diri, tunduk dan patuh, pasrah sepenuhnya kepada Allah.
Tegasnya, kepada Allah sahaja digantung seluruh harapan hidup dan matinya, lantas mendorong manusia untuk tidak jemu-jemu beribadah dan berdoa kepadaNya.
No comments:
Post a Comment