Thursday, November 11, 2010

SOLAT SUNAT



Solat sunat merupakan budaya dan kegemaran umat Islam zaman dahulu. Ia merupakan hiburan kepada orang Islam yang bertaqwa. Hiburan ini merupakan hiburan yang sebenarnya, kerana ia mendatangkan ketenangan yang hakiki, bukan sekadar "escapism" sementara, sepertimana yang diberikan oleh pelbagai jenis hiburan moden masakini yang hanya berbentuk pura-pura serta merugikan pula. Hiburan yang pura-pura ini hanya menghiburkan nafsu tetapi hati atau roh tetap kehausan dan ketandusan pengisian yang sebenarnya.

Solat fardhu sahaja tidak mencukupi untuk mengisi hati dan roh manusia, apalagi solat kita umat akhir zaman yang begitu banyak cacat dan celanya. Ibarat memakan nasi tanpa lauk, begitulah seorang yang hanya menunaikan solat fardhu, tetapi tidak mengerjakan yang sunat. Rohnya tidak sihat dan mudah "patah".

Kalau manusia sanggup habiskan wang serta masa yang banyak untuk menyediakan lauk berbanding nasi, maka begitulah sepatutnya kita dalam soal ibadah. Walaupun sunat, peranan ibadah sunat seperti solat sunat ini sangat besar dan penting. Sama-sama kita fahami, hayati serta amalkan ilmu mengenai solat sunat di dalam buku ini.

No comments:

Post a Comment