Tuesday, December 18, 2012

Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa

Dimuliakan apabila hampir dengan Allah

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim atas nikmat dan anugerahMu ke atas diriku. Nikmat ihsan, iman dan islam yang terlalu agung Engkau kurniakan kepada diriku. Aku bersyukur dengan segala kurniaanMu Ya Allah.

Bagi yang mengambil peperiksaan PMR 2012, keputusan telah keluar pada hari ini 19 Disember 2012. Alhamdulillah, anak saudaraku mendapat keputusan PMR dengan 6A dan 2B. Itu bukanlah ukurannya tapi yang penting usaha yang telah ditunjukkan olehnya untuk meraih kejayaan seperti itu. Dalam kesibukan mengulangkaji pelajarannya, dia masih mampu bekerja membantu jirannya untuk menambah wang sakunya. Anak yang tidak pernah menyusahkan ayah dan ibunya. Pandai berdikari sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dia akan menabung untuk membeli apa yang dihajatinya. Pernah suatu ketika dahulu, dia bertanya kepada ayahnya, kereta mainan mahal tak ayah? Gaji ayah berapa? Ayahnya menjawab gaji ayah cukup untuk menampung makan, minum, pakaian dan belanja sekolah along, angah dan adik-adik yang lain. Dia akur untuk tidak meminta untuk dibelikan kereta mainan. Ya Allah, bimbinglah anak saudaraku ini agar menjadi anak yang soleh yang dapat membantu ayah dan ibunya di dunia ini dan di akhirat sana nanti.

Ya Allah, di saat ini diriku amat merindui arwah ayahku. Aku cuba untuk membantu anak-anak saudaraku mengikut kemampuanku Ya Allah. Arwah ayah dan bonda tidak pernah berkira dengan anak-anak maupun cucu-cucunya sepanjang hayat ayah. Apa yang ayah termampu, dia akan bagi. Tidak pernah terlafaz dari mulutnya tak ada, tak boleh...Jika aku mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik, arwah ayah tak pernah memperlekehkan diriku. Ayah mesti cakap, takpe usaha lagi, anak ayah kan hebat. Sehinggalah ke saat ini, kekuatan semangat arwah ayah dan bonda menjadi pemangkin untuk diriku meneruskan perjuangan hidup ini.

Semangat dan sifat al-Aziz Allah ini juga adalah penguat semangat diri untuk terus berusaha dan terus berusaha. Allah Ya Aziz memiliki kedudukan yang mulia sehingga tidak mungkin Dia menjadi hina. Allah jauh daripada pemahaman manusia sehingga kita tidak dapat mencapaiNya. Allah adalah zat yang sempurna sehingga Dia tidak memerlukan sesuatu apa pun. Sebaliknya, Dia diperlukan oleh semua makhluk demi meneruskan hidup, sejak terciptanya dunia ini sehingga hari kiamat.

"Siapa yang menghendaki kemuliaan dunia dan akhirat, hendaklah dia taat kepada Ya Aziz."

Apabila seorang hamba mengenal Allah, dia tentu menghormatinya dan memuliakannya. Allah pula memandangnya dengan penuh kasih sayang dan memberikan rahmat kepada hambanya itu. Orang yang taat kepada Allah mendahulukan Allah dalam segala hal. Apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan, dia menyebut nama Allah terlebih dahulu. Dalam melaksanakan pekerjaannya itu, Allah sentiasa berada dalam jiwanya, dalam fikirannya dan dalam tingkah lakunya sehingga dia menjadi cermin akhlak Allah bagi seluruh makhluk yang ada di dunia ini.

"Ya Allah Ya Aziz, Engkau memberikan kekuatan kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Jadikanlah aku hambaMu yang semakin kukuh seiring bertambahnya usiaku."

-5 Safar 1434H-

Monday, December 17, 2012

Ya Allah Ya Muhaimin: Maha Memelihara dan Melindung

Allah Pelindung Sejati

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim serta Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara dan Melindung. Egkaulah Ya Muhaimin Pelindung Sejati diriku.

Terima kasih jua Ya Muhaimin kerana telah memelihara dan melindungi diriku dari segala bala bencana dan wabak penyakit. Terima kasih jua Ya Muhaimin kerana telah menganugerahi diriku nikmat demam dan batuk ini dan Engkau jodohkan dan takdirkan diriku bertemu dengan insan yang mengasihi dan menyayangi diriku serta menjaga diriku di kala aku dalam kedukaan itu. Aku benar-benar yakin dan percaya bahawa setiap kesulitan pasti ada kesenangan, bukan 1 tapi 2....tapi semua itu adalah hikmah dariNya jua. Kita tidak tahu, jadi serahkan sahaja kepada Yang Maha Tahu.

Dengan nikmat sakit yang sedikit ini, Allah Ya Muhaimin ingin melihat sejauh mana dan sedalam mana nilai kasih sayang dan cinta kita kepada Allah dan RasulNya. Sehebat mana penggantungan diri kita kepadaNya Yang Maha Esa. Allah Ya Muhaimin ingin mengajarkan diriku bagaimana untuk memahami dengan baik bagaimana rasanya hidup aman dan damai bersama Allah. Sewaktu menyebut namaMu Ya Muhaimin, pada saat itu Allah memelihara dan memberikan perlindunganNya. Allah menguruskan semua keperluan, pekerjaan, rezeki dan apa sahaja keperluan, baik yang diminta ataupun tidak.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara dan Melindung.
Peliharalah aku daripada memohon perlindungan selain daripada perlindunganMu.
Sekiranya aku pernah berkeluh-kesah atas nasib yang menimpa diriku dan sekiranya aku pernah berpaling daripadaMu, aku memohon keampunanMu dan aku kembali kepadaMu"

-Safar 1434H-



Wednesday, December 12, 2012

Ya Allah Ya Salam

Dengan namaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim diriku memulakan kehidupanku hari ini...Alhamdulilah terima kasih Ya Rabb atas nikmat ihsan, iman dan islam yang Engkau anugerahi kepadaku. Setiap saat dan setiap ketika diriku belajar untuk sentiasa sedar dan ONLiNE denganMu. Agar diriku ini sentiasa dalam track yang dipandu olehMu.

Hari ini, diriku belajar lagi erti sentiasa sedar akan Engkau Ya Rabb. Diriku lalui hari-hari yang lalu dengan kasih sayang dan cintaMu Ya Rahman Ya Rahim dan Ya Wadud. Diriku juga ingin bertekad menyebarkan sifatMu Ya Salam Yang Maha Sejahtera kepada insan-insan yang berada di sekelilingku mengikut tahap dan kemampuan diriku ini. Diriku ingin mengabdikan diri kepadaMu Ya Salam demi kesejateraan orang lain. Modul yang aku perolehi dari program xpresi cinta itu masih segar dalam ingatanku, tatkala pn. Nora minta kami lepaskan duit rm 1, 5, dan seterusnya 50 dari dompet masing-masing. Sampai saat kita merasakan amat sukar untuk melepaskan. Itulah tahap yang perlu kita lepaskan. Jika kita melepaskan rm 1, tidak sama rasanya bila melepaskan rm 50 kan....modul yang sangat simple tapi memberi impak yang sangat besar kepada peserta. Disitulah Allah Yang Maha Sejahtera ingin melatih dan mendidik hati kita agar sentiasa ON dengan Dia. Yakin dan percayalah Dia sentiasa ada untuk memandu arah tuju perjalanan hidup kita. Jangan dilupakan juga selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana di situ adanya keberkatan. Yakin dan percayalah, setiap urusan dan perancangan kita berada dalam genggaman Dia Yang Maha Tahu dan Maha Perancang. Kita merancang Dia jua merancang, namun perancangan Dia lebih tepat dan amat luar biasa dari perancangan kita yang kadang-kadang tidak merujuk kepada Dia terlebih dahulu. Kita terlupa untuk mengadukan kepada Yang Maha Mengetahui sedangkan kita tahu Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat. Itulah sifat seorang insan yang selalu alpa dan lalai. Kita perlu sentiasa diingatkan setiap saat dan ketika. Bagaimanakah caranya? Sentiasalah ON dengan Dia. Mudah sahaja untuk melafazkan kaedah ON to Allah, namun dari segi praktikalnya masih samar-samar bagi diriku. Masih bertatih-tatih untuk berjalan ke arah itu. Namun terasa amat seronok apabila Dia selalu ada untuk menunjukkan jalan yang perlu diriku pilih. Sentiasa ada untuk menyedarkan diriku membetulkan niat hanya keranaMu.

'Maha Sejahtera adalah sifat Allah. ALLAH tidak memiliki sebarang kekurangan ataupun kecacatan. Tidak ada makhluk yang sempurna dan tidak rosak, kecuali yang dinisbahkan kepada dan terpancar daripada Allah. Tindakan Allah Yang Maha Sejahtera secara mutlak bebas daripada tindakan yang hina ataupun buruk. Kejahatan mutlak adalah kejahatan yang dilakukan bagi kepentingan sendiri dan ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada umum. Allah Yang Maha Sejahtera tetap ada, tidak goyah mahupun terganggu selamanya. Sebagai sifat aktif, as-Salam memberi kedamaian dan keselamatan kepada alam yang diciptakan sehingga saat kebangkitan. Mengucapkan 'assalamualaikum' kepada sesama makhlukNya adalah salah satu manifestasi as-Salam'

Allah adalah sumber kedamaian sejati iaitu sumber yang sentiasa memancarkan 'air jernih' kepada semua makhlukNya di dunia ini. Dia adalah sumber yang tidak pernah kering selama-lamanya. Apabila kita mendekati sumber itu dan 'meminumnya' sepuas hati kita, pasti kita merasakan kesegaran yang luar biasa yang tidak pernah kita rasakan sebelumnya.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada kita supaya menyebarkan salam. Dengan demikian, kita dituntut menjadikan salam sebagai prinsip dalam hidup kita. Kita perlu menjadi cahaya yang menerangi alam sekeliling dan menyebarkan kedamaian dan kesejahteraan sehingga siapa sahaja yang mendekati kita dapat merasakan kedamaian dan kebahagiaan itu.

Walaupun agak sukar untuk dipraktikkan dan diamalkan, tetapi yakin dan percayalah bahawa cahaya kedamaian, keselamatan dan lesejahteraan yang kita pancarkan tidak sia-sia. Segala perkara tentu memberi kesan  sepertimana yang tercatat dalam surah Yasin ayat 12 yang bermaksud;

".....kami menuliskan apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan..."

Kisah seorang tokoh sufi Ja'far ash-Shadiq memberi nasihat kepada anak muridnya Unwan saya rakamkan di sini sebagai iktibar untuk diri kita semua.

" Siapa yang mendoakan kehancuran untukmu, kamu pohonkan keselamatan untuknya. Sekiranya ada orang datang kepada kamu dan berkata; apabila kamu mencaci saya sekali, engkau kelak mendengar saya mencacimu 10 kali, jawablah dengan berkata; sekiranya kamu memaki saya 10 kali, kamu tidakmendengar cacian daripada saya walaupun satu. Sekiranya kamu memaki saya dan kata-kata kamu itu benar, saya memohon semoga Allah mengampunkan diri saya dan apabila saya keliru, saya memohon semoga Allah mengampunkan kamu."

Dalam keadaan seperti itu, anda tidak bergantung pada sesuatu apa pun selain Allah kerana anda tahu, Allah adalah pemimpin anda menuju kedamaian sejati. Anda juga yakin sekiranya anda memalingkan diri anda, walaupun sedikit daripadanya, ia bererti anda tidak mengikut panduanNya.

Menurut Syeikh Muhammad Mutawally Sya'rawi pula;
" Masyarakat sentiasa berasa senang dengan orang mukmin yang berbuat baik dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Orang mukmin bagaikan bunga yang harum semerbak dan mewangi di muka bumi ini. Selagi orang mukmin bersikap demikian, tidak mungkin hilang perkara yang disenanginya bahkan sekiranya mereka ditimpa musibah, Allah memberikan pahala musibah itu kepada mereka. Mereka menghadapi segalanya dengan rasa syukur, meskipun mereka tidak mengetahui hikmah yang terkandung didalamnya."

"Sebarkanlah kedamaian dan kebahagiaan saudaraku! Hentikan permusuhan dan kebencian antara sesama makhluk. Kita bosan dan jenuh dengan pelbagai pertikaian atas nama Tuhan. ALLAH tidak pernah menyuruh kita bermusuhan kerana permusuhan tidak pernah menyelesaikan masalah. Hanya cinta yang mampu menyelesaikan masalah."

------------########--------------
DOA HARI INI
------------#########-------------
YA ALLAH, Engkaulah as-Salam, sumber kedamaian dan kebahagiaan, hidupkan kami dalam kedamaian dan kebahagiaanMu. Satukan kami sehingga tidak ada lagi permusuhan dan kebencian atas namaMu. Terangilah hati kami dengan kedamaian dan kebahagiaan supaya kami dapat menjalani hidup ini dengan tenang. Sekiranya ada di antara kami memusuhi saudaranya yang lain atas namaMu dan mereka melakukannya demi kepentingan peribadi dan kelompoknya sendiri, Engkau bimbing mereka kejalanMu. Jangan biarkan saudara kami mencari kedamaian dan kebahagiaan dengan membenci sesama sendiri. Damai dan bahagiakanlah kami di dunia yang fana ini sebagai bekalan di akhirat sana yang kekal abadi. Aameen Ya Rabbal 'alamin....

-29 Muharram 1434H-

Monday, December 10, 2012

Ya Allah Ya Quddus

Alhamdulillah, bersyukur diriku ke atas segala nikmat dan kurniaanMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik Ya Quddus...Yang Maha Suci....Sucikanlah hati dan fikiranku Ya Allah Ya Quddus Yang Maha Suci.

"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik Ya Quddus....bersihkanlah hati dan fikiranku daripada memikirkan hal-hal yang Engkau benci. Masukkanlah perkara-perkara yang positif dalam hati dan fikiranku supaya hidupku tenteram dan damai dalam kesucianMu Ya Allah Ya Quddus Yang Maha Suci..."

Ya Allah Ya Quddus, sucikanlah hati dan fikiranku. Berikanlah diriku ini ketenangan dalam hidup ini, kurniakanlah diriku kebahagiaan, mudahkanlah diriku memberi kemaafan kepada diriku dan insan lain yang juga adalah makhlukMu Ya Allah Ya Khaliq. Jadikanlah diriku ini insan yang mudah memberi kemaafan...kerana diriku hanyalah insan biasa yang tidak selayaknya memarahi dan tidak memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain. Dengan mudahnya memberi kemaafan kepada insan lain, in sha Allah orang lain juga akan mudah memaafkan kesalahan dan kesilapanku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...jiwa kita akan menjadi lebih tenang dan lapang serta dapat hidup dengan rasa bahagia dan membahagiakan di dunia ini dan di akhirat sana.

Contoh yang paling agong adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda tidak berasa sedih dan marah apatah lagi berdendam apabila orang  Thaif telah menolak dakwahnya dan mencederakan tubuh badannya. Baginda memaafkan kesalahan mereka lantas mendoakan mereka agar diberikan nur dan hidayah dari Yang Maha Esa.

Ingatlah wahai diri yang sering lalai dan alpa, nyawa yang Allah amanahkan kepada kita hidup di dunia ini adalah untuk beriman dan beramal ibadat kepadaNya. Janganlah kerana adanya perasaan sakit hati, menyesal, marah dan dendam kepada insan lain merosakkan diri kita sendiri. Janganlah diri kita terganggu dengan apa yang dilakukan oleh insan yang kita marahi itu, anggaplah segala perbuatan yang menyebabkan kita memarahi mereka adalah hanya gurauan semata-mata yang tidak sedikitpun menjejaskan diri kita. Hapuskanlah Ya Allah Ya Quddus segala kemarahan dan kebencian yang masih tersisa dalam hatiku ini. Buangkanlah perasaan itu jauh-jauh, agar diriku boleh bergembira dan bahagia.

Diriku sedar Ya Allah, orang yang selalu marah dan menyesal sebenarnya telah mengumpulkan toksin dan racun yang banyak dalam dirinya. Oleh itu, apabila kita membersihkan jiwa kita daripada dalam, maka kehidupan akan menjadi damai, tenang dan tidak mudah untuk cepat berasa marah kepada orang lain.

Bantulah diriku ini Ya Allah dalam segala urusanku. Berikanlah ketenangan hati dan fikiranku Ya Quddus Yang Maha Suci.

Jadikanlah diriku insan yang sentiasa bergantung kepadaMu Ya Quddus agar diriku akan sentiasa kuat mental, fizikal dan rohaniku...aku amat bersyukur dengan nikmat yang Engkau anugerahi kepada diriku....Bantulah dan pimpinlah diriku ke arah jalan yang Engkau redhai ya Allah...Hanya kepadaMu diriku berserah dan hanya kepadaMu tempat ku memohon pertolongan....Ampunilah Ya Allah atas segala kesalahan dan dosa yang aku lakukan. Ampunilah jua Ya Allah segala dosa dan kesalahan kedua-dua ayahanda dan bondaku yang tercinta dan rahmatilah mereka berdua serta lindungilah mereka dari segala bahaya sepertimana mereka telah mendidik dan menjagaku ketika aku kecil Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Terima kasih Ya Rabb...

-27 Muharam 1434H-

Wednesday, December 5, 2012

Sebiru Hari Ini


Sebiru hari ini
Birunya bagai langi terang-benderang
Sebiru hari kita
Bersama di sini

Seindah hari ini
Indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita
Walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Jadikanlah pertemuan dan perpisahan kami ini adalah keranaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Kami bertemu tak jemu dan kami berpisah tidak gelisah kerana kami yakin dan kami percaya segala aturan dan ketentuanMu adalah yang terbaik dari sisiMu.

Semoga kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat sana. "Orang yang berjaya adalah orang yang dapat meletakkan landasan yang kuat dengan al-Malik yang dilemparkan oleh al-Malik kepadanya".

--------************-----------*****---
"Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus Yang Maha Suci, bersihkanlah hati dan fikiranku daripada memikirkan hal-hal yang Engkau benci. Masukkan perkara-perkara yang positif dalam hati dan fikiranku supaya hidupku tenteram dan damai dalam kesucian-Mu"

------***********------------*********---

-23 Muharam 1434H-




Monday, December 3, 2012

Transform Minda#01

Alhamdulillah, bersyukur diriku atas segala nikmat ihsan, iman dan islam yang Engkau anugerahkan kepada diri ini. Pelbagai ilmu telah diajari oleh Yang Maha Mengetahui kepada diri ini setiap saat dan setiap ketika. Terima kasih Ya Allah Yang Maha Mengaturkan dan Merancang setiap apa yang berlaku ke atas diriku. Itulah juga qada dan qadar dariMu Ya Rabb. Berikanlah diriku ini ketenangan dan kelapangan dalam menjalani kehidupan di duniaMu yang fana ini untuk membawa bekalan untuk dibawa pulang ke negeri yang abadi.

"Menjalani kehidupan bukannya semudah yang difikirkan atau yang dapat dibayangkan di minda kita. Hakikatnya, kehidupan ini bukanlah suatu bayangan.

Kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri untuk mengharunginya. Ianya penuh liku, namun sebaliknya adalah kemanisan.

Itulah tugas hidup di dunia ini. Islam menjadi panduan, akal menjadi sempadan kemuliaan dan kehinaan. Berusahalah agar kita tidak terperangkap dan terpedaya dengan keasyikan dunia yang melemahkan". (Prof. Dr. Muhaya Mohamad)

Renungilah setiap nikmat dalam kehidupan.

Setiap manusia wajib mensyukuri segala nikmat pemberian Allah s.w.t terhadap dirinya. Ini termasuklah mensyukuri rezeki pendapatan yang kita terima hasil daripada usaha dan pekerjaan yang telah kita lakukan. Jangan berdukacita denga  jumlah pendapatan yang kita perolehi sekalipun jumlahnya sedikit sebaliknya, sentiasalah memanjatkan kesyukuran terhadap Allah dan berdoalah kepadaNya mudah-mudahan pintu rezeki kita dibukakan oleh Yang Maha Pemberi Rezeki kepada kita. Bagaimana untuk diri kita menguruskan kehidupan yang mencabar ini dengan berpendapatan yang bagi diri kita hanya cukup-cukup makan? Diriku ini insaf dan sedar Ya Allah, yang mencukupkan rezeki itu adalah Engkau. Yang memberi keberkatan dalam rezeki itu adalah dari Engkau jua. Arwah ayah dan bonda banyak mengajar diriku agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada. Walaupun, arwah ayah dan bonda tidak mempunyai pendapatan tetap, hanya menjalankan kerja-kerja kampung sahaja, namun atas keyakinan mereka kepadaMu Ya Allah Yang Maha Pemberi Rezeki, tidak pernah kami merasakan tidak cukup dalam kami menjalani kehidupan ini. Kami sentiasa gembira dan bahagia, dan tak pernah sekalipun arwah ayah merungut tidak cukup duit. Subhanallah, besarnya nikmatMu kepada kami, sedangkan kami sentiasa lalai dan alpa.

Ya Allah, jadikanlah diriku ini sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau anugerahi kepada diriku. Redhakanlah diriku dalam menjalani ujian yang mendatang, kerana aku yakin dan aku percaya, Engkau sentiasa ada menghulurkan bantuan kepadaku.

-->Jadikanlah diriku ini insan yang sentiasa meyakini bahawa setiap rezeki yang diperolehi itu adalah hasil kurniaan Allah s.w.t dan tidak ada satu kuasa pun yang mampu menghalang sekiranya rezeki tersebut sememangnya telah ditetapkan okeh Allah. Aku yakin dan percaya Ya Allah bahawa rezeki tersangat luas dan melimpah-ruah serta tidak akan habis.

--> Jadikanlah diriku pekerja dan pelajar yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dalam pekerjaan dengan penuh ikhlas dan amanah. Diriku akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diriku dengan rasa ikhlas keranaMu Ya Allah. Sentiasa membetulkan niat tulus ikhlas hanya untuk mencari keredhaanMu Ya Rabb.

--> Jadikanlah diriku ini insan yang meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang hambaNya kerjakan serta Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janjiNya.

Jangan pernah rasa risau dan gusar dengan hasil pendapatan yang akan kita perolehi. Apa yang penting, rezeki yang Allah anugerahi kepada kita adalah rezeki yang berkat lagi diredhai malah Allah s.w.t akan sentiasa mencukupkan keperluan kita bahkan akan menambahkan lagi sumber rezeki kita. Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih atas nikmat pemberian Allah s.w.t agar dapat memberikan rasa puas dan rasa kerdil dan lemahnya kita sebagai manusia. Lakukanlah ibadah dan pekerjaan kita dengan penuh keikhlasan dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Jadikanlah ibadah yang dilakukan itu sebagai motivasi diri untuk terus mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Muhasabahlah diri, renungkanlah nasib diri dan lihat kehidupan kita sekarang. Segala sesuatu yang kita perolehi sekarang adalah hasil daripada ketulusan pemikiran kita sebelum ini.

Kehidupan dibentuk oleh pemikiran kita. Apa yang kita kecapi dan nikmat sekarang adalah hasil daripada apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita telah lakukan. Dunia dalaman kita itulah yang akan membentuk dunia luaran kita. Dunia dalaman ialah pemikiran, emosi dan tindak balas kita. Manakala dunia luaran pula adalah kesihatan, intelektual, kerohanian, hubungan dengan manusia dan kewangan. Apabila kita berfikiran positif, maka hasil kehidupan kita adalah hasil yang positif dan baik.

#01. Berikanlah teguran secara berhemah.

Sentiasa memastikan 'akaun emosi' iaitu perasaan dan fikiran kita tenang apabila kita ingin memberi teguran. Tegurlah secara berhemah agar teguran kita dapat diterima dan hati yang menerima teguran itu tidak memberontak.

#02. Berfikir dan menerima secara positif.

@ Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang membuatkan kita rasa tabah. Apabila orang sakitkan hati kita dengan tidak bertegur sapa, maka kita patut bersyukur kerana sikapnya mengajar kita erti ketabahan...

@ Berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita supaya lebih berwaspada di lain masa.

@ Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkan diri kita kerana dialah yang memupuk diri dan jiwa kita untuk lebih berdikari.

Pupuklah rasa bahagia dengan berfikiran positif. Apabila kita fokus untuk mencari keredhaan Allah, jika tiada ramai kawan sekalipun kita tidak akan berasa tertekan kerana kita yakin dan percaya cukuplah Allah s.w.t bersama kita.

#03. Hati dan jiwa yang bersih menghasilkan pemikiran positif.

Jangan selalu menyalahkan orang lain dan sentiasa menganggap diri kita bajet bagus.

#04. Hadapi orang di sekeliling kita dengan bersikap sederhana dan rendah hati.

Jangan sesekali menyalahkan orang lain dan bajet diri nie bagus sangat. Sebenarnya diri kita tiada apa-apa pun. Semuanya itu adalah milik Allah, tiada satupun yang kita punya. Jadi, kenapa perlunya kita nak bajet bagus.

Jadikanlah dunia dalaman kita yang suci dan tulus bersih ini supaya dapat membentuk dunia luaran agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mohonlah pada Ya Allah Ya Quddus Yang Maha Suci agar mengurniakan kita dunia dalaman yang bersih dan suci yang sentiasa menyerah diri padaNya.

#05. Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri.

Jika tidak mahu merasai nikmat bahagia, amalkanlah 3M iaitu; Menyesal, Merungut, dan Mengeluh.

Apabila sesuatu perkara sudah berlaku, itu adalah qada' dan qadar Allah, maka kita perlu redha menghadapinya. Apabila seseorang itu bebas daripada penghargaan manusia dan hanya mencari keredhaan Allah s.w.t maka dia akan tenang di dunia dan akhirat.

Jika amalan itu dilakukan untuk mencari penghargaan manusia, maka akan mudah berasa kecewa dan menyesal apabila tidak mendapat penghargaan sewajarnya dari manusia. Sebaliknya, jika kita melakukan kerana Allah s.w.t ketahuilah bahawa Allah s.w.t tidak akan menganiaya hamba-hamba yang taat kepadaNya dan Dia akan memberi ganjaran yang berlipat ganda.

Oleh sebab itu, sentiasalah bersikap positif dan lakukan semua perkara kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah dan bukannya redha manusia. Sentiasa mengatakan hari esok adalah lebih baij dari hari ini. Ketahuilah tujuan kita dihidupkan di dunia ini dan lakukan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

***Renunglah diri kita sendiri. Apa yang kita inginkan dalam kehidupan yang hanya sementara ini? Adakah dunia ini hanya untuk kita berseronok-seronok atau untuk kita mencari sebanyak mungkin keredhaan Allah s.w.t? Ketahuilah, kesenangan dunia itu hanyalah sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang yanh mengabdikan jiwa dan raganya kepada Allah s.w.t.***

-Masa lalu adalah renungan teladan untuk melayari kehidupan seterusnya.-

-20 Muharam 1434H-

Rujukan:

Bab 7: Renungilah Setiap Nikmat Dalam Kehidupan. Bahagia dan Membahagiakan: Kaedah Transformasi Minda, Prof.Dr.Muhaya Mohamad (2012).



Sunday, December 2, 2012

YA WADUD Yang Maha Mencintai

RELA BERKORBAN

Al-Wadud membawa erti cinta dan harapan. Ia adalah kelapangan dada dan kekosongan jiwa daripada kehendak yang buruk. Al-Wadud juga membawa makna cinta, tetapi bukan cinta biasa. Cinta yang dimaksudkan adalah cinta yang kelihatan dalam sikap dan perlakuan seperti kepatuhan yang terhasil daripada rasa kagum kepada seseorang.

Sebagai hamba Allah yang memahami dan menghayati nama Allah ini, marilah kita berikrar mencintai Allah dan sebagai buktinya, kita perlu rela berkorban menolong hamba-hamba Allah semata-mata didorong oleh semangat cinta Allah. Kita tidak rela mengecewakan Allah kerana besarnya cinta kepada Allah dan dengan itu, marilah kita menempatkan diri sebagai instrumen kasih Allah.

"YA ALLAH, YA WADUD, YANG MAHA MENCINTAI, tumbuhkanlah rasa cinta dalam diriku iaitu cinta yang melahirkan kekuatan berkorban, kekuatan membahagiakan orang lain dan kekuatan bagi menolong hamba-hambaMu"

-20 Muharram 1434H-



Suci Sekeping Hati

Dengan namaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji kepadaMu Ya Allah yang memberikan nikmat ihsan, iman dan islam kepada diriku. Selawat dan salam kepada nabi dan rasul sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W.

Vitamin untuk Jiwa: ar-Rahman dan ar-Rahim.

Adakah kita sudah bersarapan pagi? Mungkin sarapan untuk fizikal, tidak pernah kita lupakan, tetapi bagaimana pula dengan sarapan untuk jiwa kita. Selalunya, kita terlupa dan alpa dengan sarapan untuk jiwa dan hati nurani  kan... Kadang-kadang, kita terasa sangat sedih dan hati tidak tenang, tetapi akal kita sendiri tidak tahu kenapa hal itu berlaku. Jadi kepada siapa kita perlu rujukkan hati itu jika bukan kepada pemilik hati nurani itu iaitu Ya Allah Ya Malik Yang Maha Memiliki.

Adakah kita pernah terfikir, ketenangan hati itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada diri kita. Jadi, sekiranya ketenangan itu diambil semula olehNya, kita perlu tanyakan kembali kepadaNya kerana hanya Dia Yang Maha Tahu.

Sifat ar-Rahman Allah jua adalah yang bermaksud 'zat yang menutup ataupun merahsiakan dosa-dosa hambaNya di dunia' dan ar-Rahim pula adalah 'zat yang mengampunkan dosa-dosa hambaNya di akhirat'. (Mahmud Sami)

Sifat ar-Rahman juga bermaksud, Allah memberi kepada hamba-hambaNya yang memohon daripadaNya. Sementara ar-Rahim pula bermaksud, Allah marah apabila hamba-hambaNya tidak mahu memohon daripadaNya. (Abdullah ibn Mubarak)

Sifat ar-Rahman jua bermakna 'melenyapkan kesulitan' dan ar-Rahim bermakna 'mengampunkan dosa'. (As-Suda)

Kemahuan berperanan besar dalam jiwa manusia. Allah seolah-olah sengaja menanamkan hasrat-hasrat yang tidak terpenuhi dalam hati kita supaya hati kita dapat bertahan dan melampaui kemampuannya. Ketahanan seperti itu diperlukan dalam jiwa. Sebenarnya kita tidak tahu perihal jiwa, meskipun ada orang yang cuba memahaminya. Namun usaha itu umpama perlawanan yang memedihkan hati iaitu perlawanan menentang kehidupan yang didambakan oleh jiwa. (Alan Jones)

Sebelum berangkat ke tempat kerja atau tempat belajar, bina batin, hati, jiwa, fikiran, dan wawasan kita. Penuhkan diri dengan kasih sayang. Hilangkan sifat-sifat yang berlawanan dengan kasih sayang dalam jiwa kita. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan keluar sifat-sifat kebencian dan permusuhan dalam diri kita. Lakukannya berulang-ulang bagi membina jiwa kita.

Kekuatan kasih Allah menciptakan kemungkinan-kemungkinan yang tidak terbatas dan kita memiliki kekuatan bagi memperoleh yang terbaik dari kemungkinan-kemungkinan itu dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, tanamkan dalam jiwa, dalam minda dan dalam qalbu kita, di mana kita berada, di situ juga Allah berada. Ini bererti di mana sahaja dan pada bila-bila masa, kita merasakan kasih Allah kerana kasih Allah itu ada di seluruh alam ini.

Betapa pentingnya ar-Rahman dan ar-Rahim Allah sebagai sumber kekuatan ataupun vitamin untuk jiwa yang gersang daripada perasaan kasih kepada sesama manusia. Orang yang mengikat jiwanya hanya kepada Allah, kepada Ya Rahman dan Ya Rahim, tidak mungkin ada perasaan benci.

Setiap perkataan mereka mengeluarkan mutiara-mutiara kasih. Setiap tatapan mata mereka memancarkan kasih. Gerakan kaki dan tangan mereka membantu sesama manusia atas dasar kasih, tanpa mengharapkan balasan. Dalam hati mereka hanya berisi kasih sayang dan oleh sebab itu, mereka berasa bahagia.

Jadilah insan yang selalu memberi, kerana disitulah anda anda memperolehi bahagia.
Berikanlah Vitamin Kasih Sayang Kita kepada sesama makhluk. Ini kerana kasih sayang itu mampu menaklukkan manusia yang keras, walaupun sekeras singa.

Adakah kita sedar, apabila kita mengakhiri solat, kita akan mengucapkan salam dan menoleh ke kanan dan ke kiri. Kita mengulang ucapan ini selama 5 kali dalam sehari semalam belum lagi ditambah dengan solat-solat sunat.
Disitulah kita telah menyebarkan vitamin kasih sayang tanpa kita sedari. Maka, selepas ini, sedarkanlah diri ketika melakukan solat dan segala pekerjaan kita dimulai dengan kalimah Basmalah...Dengan namaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....kerana Dia Ya Rahman Ya Rahim sentiasa ada.

"Orang yang memiliki sifat kasih, mereka juga dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Kasihi makhluk yang ada di bumi, nescaya makhluk yang ada di langit mengasihi kamu".

Imam al-Ghazali menerangkan, manusia yang memiliki sifat ar-Rahman adalah manusia yang menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada orang yang lalai dengan mengajak mereka mematuhi Allah melalui teguran ataupun nasihat. Mereka melakukannya dengan kelembutan, bukan dengan kekasaran. Mereka memandang dengan mata yang jernih, bukan dengan mata yang menghina. Mereka memandang setiap kederhakaan yang berlaku di dunia ini sebagai kederhakaan mereka sendiri dan mereka berusaha sebaik mungkin bagi menghapuskannya. Mereka mencurahkan kasih sayang kepada orang yang lalai supaya mereka terselamat daripada kemurkaan Allah.

Hayatilah sifat ar-Rahman dalam kehidupan kita sendiri sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Latihlah diri secara intensif sehingga sifat itu benar-benar tertanam dalam hati, fikiran dan jiwa kita. Selepas itu, tekadlah untuk menyebarkannya.

Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai ikrar diri kita setiap hari untuk menyebarkan vitamin jiwa kepada diri sendiri dan makhluk yang berada di sekeliling kita.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
jadikanlah diriku instrumen kasihMu,
Di mana ada kebencian, biarkan aku menyebar cinta.
Di mana ada hati terluka, biarkan aku menjadi penghibur.
Di mana ada keraguan, biarkan aku menyebar keyakinan.
Di mana ada keputusasaan, biarkan aku menyebar harapan.
Di mana ada kesedihan, biarkan aku memberi kebahagiaan.
Di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya.

Latihlah diri dengan Prinsip ar-Rahman dan ar-Rahim secara bersungguh-sungguh pada setiap saat dan setiap kesempatan. Segala apa yang tidak kita berikan pasti hilang. Didiklah diri kita agar sentiasa memberi. Kita perlu berusaha menyebarkan kasih sayang. Jangan tunggu lagi, lakukan sekarang dan kita pasti merasakan hasilnya.

Terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim atas penulisan Sulaiman al-Kumayi dalam bukunya Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna. Dengan izinMu Ya Allah, jadikanlah diriku wanita super yang hebat menjadikan 99 namaMu yang indah Ya Allah sebagai hiasan hidupku, lahir dan batin.

-19 Muharram 1434H-



Saturday, December 1, 2012

Ya Allah Yang Maha Kaya

Alhamdulillah, diriku bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku sehingga saat dan tika ini. Majalah Al Khusyu' Membangun Peradaban Silaturahmi yang pemimpin redaksinya ialah Ustaz Abu Sangkan. Diri ini ingin sangat bertemu dengan insan yang sentiasa ingin mendidik insan lain agar mendapatkan nikmat khusyu' dalam solat. Allah telah mentakdirkan diriku untuk dapat memiliki majalah al-khusyu' edisi 4 ini, salah satu topik menarik yang diberi pencerahan ialah Kaya Bersama Allah, Langkah Pasti Menjadi Kaya, Sukses dan Kaya Bersama Allah, Psikologi Sedekah: Tips Praktis Meraih Bahagia.

"Janji Allah pasti benar, jika bertaqwa kepada Allah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang menggantungkan total atau tawakkal kepada Allah, maka Allah akan memenuhi keperluannya dengan segera".

Allah Maha Kaya tetapi kita tidak mahu bersamaNya untuk mendapatkan kekayaan. Allah Maha Kuat tetapi kita tidak mahu bersamaNya untuk berlindung. Allah Maha Pemberi petunjuk tetapi kita tidak pernah mendapatkan petunjukNya. Allah Maha Penguasa tetapi kita tidak pernah bermohon dengan kekuasaanNya. Dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang tetapi kita tidak pernah memohon kasih sayang dan kebahagiaan daripadaNya. Allah bersama kita tetapi kita tidak mahu bersamaNya.

Tetapi ada yang berkata, saya sudah lakukan usaha itu tetapi belum mendapatkan yang saya harapkan. Kami sudah pasrah, tetapi belum mendapatkan petunjuk dan pertolongan dari Allah. Apa yang salah dalam sikap saya ini?

KESALAHAN PERTAMA;
Kita tidak tahu bagaimana menangkap petunjuk dari Allah Yang Maha Ghaib. Kita harus belajar mengenai bagaimana Allah menurunkan petunjuk kepada manusia, iaitu melalui ilham dan muhaddast. Jika tidak mampu, yakinilah Allah Yang Maha Mendengar dan tunggu hasilNya.

KESALAHAN KEDUA;
Kita tidak meyakini bahawa al-Quran merupakan firman Allah atau Kalamallah yang banyak menjanjikan kepastian dan kebenaran. Dan janji Allah tidak pernah dusta. Kita hanya disuruh percaya dan mengimani setiap perkataan Allah adalah benar. Akan tetapi kita kerap menanyakan dengan penuh keraguan dan tidak sabar. Adakah kita boleh dikatakan orang yang beriman yang beriman dengan sebenarnya. Dengan meyakini rezeki dan pertolongan Allah pasti datang.

Allah adalah Wujud yang Nyata dan Hidup serta benar-benar boleh diajak berkomunikasi. Maka, sentiasalah berkomunikasi denganNya dan meminta izin dariNya terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara sekalipun. Berkomunikasilah denganNya memohon petunjuk, memohon perlindungan, memohon rezeki dan apa-apa sahaja yang diinginkan. Kerana Allah itu Ada, setiap apa yang dikatakan dan dipohon kepadaNya, pasti mendapat jawapan.

Kita pasti kaya, jika harta yang diperolehi diniatkan untuk ummah dan perjuangan dakwah. Jika harta yang diniatkan hanya untuk bersenang-senang dan kepentingan peribadi, maka tidak mungkin Allah memberikannya dengan penuh berkah. Kecuali hanya untuk menyiksa dirinya dan keluarga sebagai cubaan yang akan mendera kehidupannya.

"Dengan namaMu Ya Allah aku mewakilkan segala urusanku kepadaMu. Tidak ada daya dan upaya kecuali bersama Engkau Ya Allah".

Jom kita amalkan sikap bersama Allah untuk menjadi orang kaya, agar setiap langkah diwakili oleh Allah dan kekuatanNya yang luar biasa. Tetapi syarat yang harus dipenuhi, untuk apa menjadi orang kaya. Apakah untuk kesenangan hawa nafsu atau untuk perjuangan dakwah Islam. Dahulukan kepentingan Allah dan agamaNya, maka kita akan mendapatkan pahala yang melimpah di dunia dan di akhirat serta kebahagiaan.

-Bahagia dan Membahagiakan-

Wallahu a'lam...

Reality vs Expectations

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Alim Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurniaMu dan rahmatMu, Engkau anugerahi diriku dengan nikmat ihsan, iman dan islam. Syukur diriku atas anugerah dan ilmu yang Engkau ajariku pada saat dan tika ini.

Diriku ini yakin dan percaya setiap saat dan ketika, Engkau pasti mengajariku tentang perkara baru yang tidak aku ketahui. Maklumat dan info yang aku terima, sentiasa Engkau ajarkan kepadaku, agar diriku mendapat ilmu yang bermanfaat yang dapat diriku aplikasikan dalam kehidupan.

Allah telah mengaturkan diriku untuk turut serta menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia dalam AFF Suzuki Cup 2012 di kaca televisyen bersama-sama peminat bola sepak yang lain. Adalah pengalaman yang baru buat diriku untuk menjadi penonton perlawanan bola sepak itu. Aku bermohon kepadaMu Ya Allah Yang Maha Tahu agar menganugerahkan kepadaku ilmu baru tentang arena bola sepak. Aku menjadi seorang penonton yang serba tidak tahu, tapi aku ingin belajar Ya Allah Ya Alim Yang Maha Cerdik dan Pintar. Maka, aku telah sediakan diriku menjadi bekas untuk mengisi segala ilmu yang akan aku dapat hasil dari tontonan ini. Diriku cuba untuk masuk dalam dunia baru yang aku sendiri tidak tahu akannya. Semenjak kecil, aku tidak berminat menjadi penonton perlawanan bola sepak, namun aku terpaksa menjadi penonton kerana aku tiada pilihan untuk menjadi penonton rancangan lain. Aku adalah minoriti manakala arwah ayah dan abang-abang adalah majoriti untuk menjadi penonton bola sepak itu. Diri ini termotivasi juga akhirnya untuk menghadirkan diri sebagai penonton perlawanan bola sepak pada malam tadi, dengan suntikan dan vitamin jiwa dariMu Ya Rabb serta kata-kata dari rakan yang baru aku kenali. Sebelum melakukan apa-apa, tanyakan pada Allah terlebih dahulu.

Cerita ini ingin aku kongsikan bersama, kerana telah menjadi pendorong kepadaku untuk melakukan sesuatu yang baru bagiku. Ada seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak lelaki yang sedang meningkat dewasa. Beliau cuba belajar dan masuk dalam dunia anak-anak lelakinya, jika anak-anak suka menonton rancangan bola, beliau juga akan menonton walaupun beliau suka rancangan masakan. Beliau cuba meraikan anak-anaknya. Jika anak-anak ingin berjalan dan melepak, beliau juga akan ikut serta anak-anaknya. Beliau cuba untuk membuatkan dirinya dan anak-anak tidak ada jurang pemisah. Apabila beliau menghormati hak anak-anaknya, maka dengan senang hati dan berlapang dada, anak-anak juga akan menghormati haknya sebagai seorang ibu. Seronok kan....

Suatu ketika situasi di rumah abangku, pernah terlafaz dari mulut anak saudaraku kepada ibunya, kalau kita nak orang lain hormat kita, kita perlu hormat orang lain juga.

Situasi yang kedua pula, aku jadi terkesima ketika cucu saudaraku mengatakan kepada ibunya; ibu balik rumah ya, buatkan susu Husna, hantarkan ke rumah uwan@nenek, Husna nak bermain di rumah uwan, malam nanti suruh abah ambil Husna di rumah uwan. Seperti tidak menyangka kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun mampu memberi arahan kepada ibu dan ayahnya.

Situasi yang ketiga pula, kita akan bercakap sepertimana yang kita biasa lihat apa yang ayah dan ibu kita lakukan. Ada ketikanya, si ibu akan merasai apa yang anaknya cakap adalah seperti yang dia sering lakukan. Ini adalah kerana perkara yang dilihat secara berulang-ulang akan mudah diingat dalam minda kanak-kanak tersebut.

Terlalu banyak perkara yang Allah Yang Maha Tahu ajari diriku agar sentiasa berserah diri secara total kepadaNya. Yang paling penting dan utama adalah berusaha melakukan yang terbaik. Berdoa, berusaha, berikhtiar, dan bertawakal hanya kepadaNya. Adakalanya, sesuatu perkara itu kita rasanya baik bagi kita, namun tidak pada Yang Maha Pencipta. Ada juga perkara itu buruk bagi kita, namun adalah baik pada Ya Allah Ya Khaliq. Setelah bersungguh-sungguh dalam berusaha, kita serahkan keputusannya kepada Yang Maha Tahu. Redha dengan segala ketentuan qada dan qadar dari Yang Maha Perancang. Jiwa akan menjadi tenang dan bahagia apabila melalui hari-hari mendatang dengan sentiasa berkomunikasi dengan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sentiasa bertawakal kepadaNya, tiada daya dan upaya untuk kita melakukan sesuatu kecuali dengan izin dariNya jua. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan dikembalikan.

NEVER...LOSE...HOPE...
cause ALLAH is always by your side

-22 Muharam 1434H-

Thursday, November 29, 2012

Jagalah Allah...Allah pasti menjagamu

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana masih memberikan diriku nikmat ihsan, iman dan islam sehingga ke saat dan tika ini. Aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana telah menganugerahkan diriku nikmat dan rezeki yang berlimpah luah banyaknya yang seringkali diriku alpa dan lalai dengannya. Setiap sedutan nafas ini Engkau tidak pernah meminta bayarannya, tetapi diriku seringkali lalai dan alpa. Ketenangan hati dan perasaan juga adalah nikmat Engkau Yang Maha Besar namun diriku tidak sedar akan itu. Apa yang terlintas di dalam fikiran dan keinginan yang kupendamkan di dalam hati ini, Engkau Maha Mengetahuinya. Engkau selalu ada untuk memberikan bantuan dan tunjuk ajar dariMu Yang Maha Melapangkan segala urusan dalam kehidupanku.

Aku yakin dan percaya kepadaMu Ya Allah Yang Maha Menjaga. Engkau sentiasa menjaga diriku saat senang dan sukarku. Engkau jugalah Ya Allah yang sentiasa menjaga kebajikanku. Hanya kepadaMu Ya Allah aku serahkan segala urusanku.

Terima kasih Ya Allah Yang Maha Menjaga kerana telah menjaga barang yang aku terlupa untuk membawanya pulang petang semalam. Pagi-pagi lagi aku telah pergi ke tempat di mana aku meletakkan barang tersebut. Dengan rasa amat bersyukur dan gembira, aku mengambil barang tersebut dan membawanya kembali bersama aku. Aku yakin dan percaya bahawa hanya Engkau yang selayaknya menjaga barangku itu. Aku serahkan penggantungan kepadaMu Yang Maha Menjaga agar menjaga barang tersebut dan amat berharap agar tiada sesiapa yang akan mengambilnya. Allah telah takdirkan bahawa barang itu masih milikku lagi dan masih terletak elok sepertimana aku tinggalkannya semalam. Saat aku terlupa Engkau sentiasa ada untuk mengingatkan diriku. Jika Allah telah tetapkan rezeki itu milik kita, tiada siapa yang dapat mengambilnya dari kita. Sesukar manapun halangan yang mendatang, Dia pasti akan menghulurkan bantuan selagimana kita tidak alpa dan melupakannya. Hadirkanlah sentiasa kesedaran kepada Dia Yang Maha Menjaga, pasti Dia Yang Maha Menjaga akan selalu menjaga diri kita.

Terima kasih Ya Allah Ya Alim kerana mengajari diriku setiap saat dan ketika aku tidak tahu. Engkau Yang Maha Tahu pasti akan mengajari diriku yang serba tidak tahu ini agar menjadi lebih tahu dan dapat dikongsi pula dengan insan lain yang tidak tahu agar sama-sama mengerti dan faham akan ilmuMu Ya Rabb.

Ikhlaskanlah niat dalam melakukan setiap perkara dan pekerjaan hanya keranaNya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berikanlah apa sahaja bantuan yang dapat diberikan kepada insan yang memerlukan pertolongan dari kita, keran hakikatnya Allah akan sentiasa pula membantu dikala kita amat memerlukan peetolongan jua. Jagalah diri ini agar sentiasa sedar akan Dia Yang Maha Menjaga agar Dia sentiasa ada untuk membantu dan mengawal segala tindak tanduk kita supaya tidak tergelincir dari landasanNya yang sebenar.

Terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik
Ya Quddus Ya Salam Ya Mukmin Ya Muhaimin.....

-16 Muharam 1434H-

Tuesday, November 27, 2012

Ya Allah Ya Alim

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Alim...
Terima kasih Ya Rabb kerana masih mengurniakan kepadaku nikmat ihsan, iman dan islam. Ajarilah diriku setiap saat dan setiap ketika ajar aku menjadi lebih tahu dan faham serta sedar akan Engkau Ya Rabb.

Hari ini Engkau ajarilah aku lagi. Kau aturkan segala perjalanan hari ini ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan penuh rahmat dan kasih sayangMu. Dalam perjalanan menuju ke hospital, Engkau aturkan diriku bertemu dengan orang yang banyak membantu aku dalam kerja-kerja penyelidikanku di UTM. Insan yang selalu bersedia untuk membantu dan memudahkan segala urusan orang lain dengan ikhlas hati, Allah jua pasti bersedia untuk membantunya bila-bila masa sahaja. Allah aturkan insan lain yang akan membantu dengan ikhlas juga. Mudah sahaja Allah mengaturkannya kerana Dia Maha Merancang dan Mengaturkan segala urusan makhluknya kerana Dia jua adalah Khaliq Yang Maha Menciptakan kita. Dia juga akan mengaturkan segala-galanya menurut ilmu Dia Yang Maha Tahu.

Apabila kita tidak tahu, maka bertanyalah kepada yang lebih tahu, agar kita tidak tersesat jalan. Buangkanlah segala keegoan diri dan jadikanlah diriku insan yang merendah diri kerana diriku yang ori memang tiada punya apa-apa. Semuanya Dia yang punya. Maka, sebelum melakukan apa-apa, mintalah izin dan kebenaran kepada pemilik yang hakiki, Ya Malik Yang Maha Memiliki.

Semua urusan di HSA berjalan dengan lancar. Target masa yang diperlukan untuk meneruskan perancangan urusan seterusnya dipermudahkan olehNya. Semua urusan kita memang telah diaturkan olehNya. Kita hanya perlu meminta izin kepadaNya sebelum memulakan perjalanan, dan menyerahkan segala urusan perjalanan itu dikawal olehNya Yang Maha Mengawal. Kita tiada dan upaya untuk mengetahui apa yang bakal berlaku...yang penting kita berusaha dan terus berusaha untuk selamat sampai ke destinasi yang dituju. Fokuskan diri untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dalam waktu yang ditarget. Alhamdulillah, Engkau telah membantu diriku mencapai target yang aku inginkan.

Macam-macam ragam manusia yang dapat kulihat di HSA tadi. Engkau anugerahkan aku nikmat penglihatan agar aku dapat melihat keindahan dan keunikan ciptaanMu Ya Khaliq Yang Maha Mencipta. Engkau ajari dan mengingatkan diriku agar tidak alpa dengan nikmat sihat yang Engkau anugerahkan kepada diriku. Sakit itu juga adalah nikmat dan rahmat daripadaMu kepada diriku dan juga kepada tenaga kerja di HSA ini termasuklah nurse, sister, doktor pelatih, doktor pakar dan semua staf sokongan. Tiada orang yang sakit, maka apa perlunya diwujudkan hospital dan klinik serta staf di sana. Apa pula kerja yang perlu dilakukan oleh doktor yang bersungguh-sungguh belajar suatu masa untuk supaya suatu hari dia dapat menjadi doktor dan berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada orang yang sakit yang memerlukan khidmat nasihat dan rundingan untuk kesihatan mereka. Apa pula tugas ahli farmasi dan dietetik jika tiada orang yang memerlukan mereka. Semua yang diciptakan oleh Dia Yang Maha Kreatif dan Maha Tahu tiada yang tidak sempurna. Semuanya ada hikmahnya, hanya kita sebagai makhluk sahaja yang tidak mengetahuiNya.

Jika kita tidak diberi nikmat sakit, kita juga tidak faham bagaimana rasanya sakit itu. Bila bertemu pula dengan pesakit yang lain, kita akan lihat ada insan lain yang lebih sakit dari kita. Sakit yang kita alami hanyalah cebisan sahaja dari sakit yang orang lain hidapi. Kita juga akan belajar untuk faham dan mengerti emosi pesakit yang lain. Sehinggakan ada nurse yang mengadu kepada diriku tadi, ada pesakit yang datang berjumpanya setiap minggu hanya untuk berjumpa dengan nurse tersebut. Biarlah sister tue yang menjadi jururunding dia pula hari ini. Subhanallah....hebatnya kuasa Engkau Ya Allah....Engkau aturkan pertemuan dengan insan yang dapat mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Pangkat dan darjat bukanlah segala-galanya, tapi pengalaman kerja itu yang amat penting, tidak kira siapaku diri kita dan dimanapun kita diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja itu. Siapa pun diri kita, lakukanlah yang terbaik dalam kerja yang kita lakukan. Lakukan dengan penuh rasa bahagia dan ikhlas, in sha Allah dengan izinNya, kebahagiaan itu akan dikongsi bersama antara diri kita dan juga orang yang bersama-sama kita. Aura positif itu akan dapat jua dirasa oleh insan yang lain. Kita akan dapat merasai nikmat bahagia dan membahagiakan itu. Seronok kan, bila kita dapat berkongsi kebahagiaan dengan insan lain.

Apabila nurse itu menyatakan boleh datang bila-bila masa untuk bertemunya, Allah takdirkan untuk diriku menjawab, bagaimana kalau saya datang setiap minggu seperti pesakit yang setiap minggu datang dan berjumpa dengan dia? Nurse itu tersenyum dan berkata, tak perlulah datang setiap minggu. Allah lancarkan lagi lidahku untuk berkata-berkata dengan nurse yang berbangsa india itu, pesakit yang berbangsa cina itu rasa lebih selesa dapat berjumpa dengan nurse, dan dia rasakan dia lebih sihat selepas dapat berjumpa dengan nurse. Nurse tersebut hanya tersenyum. Patutlah mukanya agak tidak selesa apabila pesakit cina itu masuk ke dalam bilik itu. Lalu, dengan takdir dan jodoh dari Yang Maha Mengaturkan, fail saya yang dibuka oleh nurse tersebut, lantas nama saya dipanggil dan berjumpa dengan dia. Niat di hati ingin berjumpa dengan sister yang berbangsa Melayu yang melayan pesakit dengan sangat bagus dan luar biasa caranya, ala-ala pakar motivasi gayanya. Sejuk mata memandang wajahnya yang sentiasa tersenyum. Dengan rasa tenang, sister A melayan luahan rasa pesakit cina tersebut. Nasihat dan panduan diberikan kepada pesakit cina yang mengalami depression selepas kematian anaknya. Tersentuh hatiku bila sister A mengatakan, yang berlalu biarkan berlalu, yang pergi memang dah pasti pergi, kita yang masih hidup perlu meneruskan perjalanan hidup ini. Setiap manusia mempunyai masalah, kalau yang sudah tiada masalah itu bukan manusia lagi. Yang penting macamana cara kita mengatasi masalah tersebut. Sungguh luar biasa cara penyampaiannya yang dapat memberi sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada pesakit cina tersebut.

Ada juga ibu pesakit yang datang dari Kluang membawa anaknya yang sakit. Datang dengan menaiki bas dan teksi semata-mata untuk temankan anaknya untuk berjumpa dengan doktor. Ibu yang sudah agak tua dan berumur menguatkan azam juga membantu anaknya yang sakit. Ibu tua itu juga sakit, tapi kerana kasih, sayang dan cinta kepada anaknya, dia melupakan kesakitannya dan mengutamakan anaknya. Hebatnya kasih seorang ibu kan...namun, hebat lagi kasih, sayang dan cinta dari Dia Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang dan Maha Pencinta. Tiada doktor pakar di Hospital Kluang menyebabkan ibu tua tersebut terpaksa datang ke Johor Bahru. Sanggup bersusah payah untuk merawat anaknya yang sakit.

Apa yang pasti, doktor tidak dapat menyembuhkan sakit yang dihidapi oleh pesakit tetapi pakar perubatan hanya dapat memberikan nasihat dan bantuan kepada pesakit untuk merawat sakit mereka. Selebihnya, urusan itu dikembalikan kepada Dia Yang Maha Menyembuhkan. Itu adalah usaha dan ikhtiar pesakit untuk sembuh dan menjadi tanggungjawab pakar perubatan untuk membantu memberi khidmat nasihat dan rundingan agar pesakit dapat mengikut arahan dan nasihat pakar perubatan. Bagaimana ya, pakar perubatan tersebut dapat mengetahui pesakit itu telah benar-benar sembuh dari sakitnya. Itu dari pemerhatian seorang pakar perubatan, dengan memakan ubat itu dan ubat ini, dapat membantu merawat sakit seorang pesakit. Namun, doa dan tawakkal kepada Yang Maha Menyembuhkan itu yang lebih utama kan...kerana Dia Yang Maha Menyembuhkan.

Ketika Allah Yang Maha Mengetahui ini memberikan diriku nikmat sakit ini, ada yang menyatakan, sukar untuk sembuh. Namun, seorang abang yang cukup sabar menjagaku ketika aku sakit, dengan kuatnya diri dia menggantungkan seluruh pengharapan kepada Yang Maha Menyembuhkan...Alhamdulillah, Allah mengizinkan diriku telah sembuh dari sakit itu. Ya Allah, bantulah dirinya yang sedang diuji olehMu dengan kesakitan sekarang ini. Ringankanlah ujian dan beban yang ditanggungnya ditika ini. Engkau anugerahkan nikmat sakit ini kepada abangku yang memikul tanggungjawab seorang ayah setelah ayah kami telah kembali kepadaMu, sebagai tanda kasih, sayang dan cintaMu kepadanya. ENgkau ajari diriku dengan menyerahkan diri secara total kepada Engkau Ya Allah agar sentiasa mengadukan segala urusan kepada Engkau Yang Maha Memudahkan. Walaupun jasad ayahanda kami telah dikembalikan kepada asalnya dari tanah, dan rohnya telah kembali kepadaMu Ya Rabb, perwatakan dan sifat-sifat yang ada pada abangku persis apa yang ada pada ayahandaku. Baru aku sedari Ya Allah, sifat-sifat itu adalah dariMu jua. Kasih, sayang dan cinta seorang ayah yang Engkau anugerahkan kepadaku adalah jua datangnya dariMu. Namun, aku yakin dan percaya, kasih sayang dan cinta Engkau melebihi segala kasih sayang dan cinta di alam ini hatta kasih sayang dan cinta seorang ayah dan bonda kepada anaknya, seorang abang dan kakak kepada adiknya, begitu juga kasih seorang anak kepada ayah dan bondanya, serta kasih seorang adik kepada kakak dan abangnya.

Tika dan saat ini, diriku yang kerdil ini amat merindui kasih sayang ayahandaku Wahai Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani. Berikanlah nikmat bahagia dan kebahagiaan hakiki kepada rohnya di alam sana Ya Allah Yang Maha Mengasihani kerana sepanjang hayatnya dia selalu membahagiakan insan yang berada di sekelilingnya walaupun dirinya tiada apa-apa, namun jika dia mempunyai sedikit rezeki, akan dikongsikan bersama insan yang berada di sekelilingnya. Biarlah kita tiada apa-apa, kerana asalnya kita memang tak punya apa-apa, tapi nikmat dan rezeki yang sedikit yang Allah Yang Maha Pemurah anugerahkan kepada kita, marilah kita kongsikan sama-sama agar nikmat bahagia yang kita ada, kita dapat kongsikan bersama agar dapat membahagiakan insan lain. Rasa bahagia yang paling bahagia adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain.

Rumi dalam Fihi ma Fihi mengingatkan;

" Meskipun balasan bagi kebaikan dan kejahatan yg dijanjikan Allah hanya tiba pada hari kebangkitan, ia sebenarnya muncul dalam beberapa keadaan di dunia ini. Apabila manusia berasa gembira, itu adalah balasan bagi mereka kerana menjadikan orang lain berasa bahagia. Apabila manusia berasa sedih, itu adalah balasan bagi mereka kerana menjadikan orang lain sedih. Itu balasan bagi menggambarkan hari kebangkitan supaya manusia mampu memahami yang banyak daripada yang sedikit".

-Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kasihMu kurindu-

Ya Allah Ya Baith

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Baith Yang Maha Melapangkan....Alhamdulillah, terima kasih Wahai Allah Yang Melapangkan segala kesempitan dan kesulitan yang diri aku yang ori ini hadapi di hari yang berkat di bulan Muharram 1434H ini. Diriku merasakan sangat terharu dan hati sangat gembira kerana Dia Yang Maha Melapangkan telah memberi jawapan dan jalan keluar dari kesulitan yang diriku alami pada hari ini. Terima kasih Ya Baith kerana mendengar rintihan hatiku yang kerdil ini. Aku bersyukur atas nikmat dan bantuan yang telah Engkau berikan kepadaku pada hari ini.

Teringat diriku pada satu modul game yang diperkenalkan dalam program Xpresi Cinta@ Masjid Asy-Syarif Meru, Klang yang aku hadiri. Sebelum permainan dimulakan, setiap kumpulan perlu menghantar 4 orang ahli kumpulan yang dipercayai untuk menjadi peserta bagi game tersebut. Diriku juga terpilih untuk menjadi peserta. Kami pun berbincang, dan akhirnya bersetuju untuk menetapkan target 100 sahaja. Pilihan yang diberikan adalah 100, 300 dan 500. Pemarkahan adalah mengikut jarak di mana 100 adalah jarak yang paling dekat manakala 500 adalah jarak yang paling jauh. Namun, kami telah sepakat untuk memilih target 100 sahaja kerana mengambilkira peserta yang tiada pengalaman dalam game ini. Pertandingan dimulakan, Ya Allah Yang Maha Memudahkan, mudahkan urusan kami ini agar kami dapat mencapai target yang telah ditetapkan. Sebelum pertandingan dimulakan, kami diberi tempoh untuk praktik dalam beberapa minit. Apabila semua peserta telah faham apa yang perlu dilakukan, pertandingan pun dimulakan. Alhamdulillah...kumpulan kami telah berjaya mencapai target yang ditetapkan sedangkan kumpulan lain masih berusaha untuk meneruskan permainan. Alhamdulillah....terasa amat mudah untuk menamatkan permainan, sedangkan kumpulan lain amat sukar untuk menamatkan permainan, apatah lagi untuk mencapai target yang kumpulan masing-masing tetapkan. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan kami ini. Kami terasa sangat bahagia apabila dapat memenangi permainan ini walaupun hanya mencapai target 100 sahaja. Bak kata pepatah, ukurlah baju di badan sendiri. Berpijaklah di bumi yang nyata.

Hari ini Allah Yang Maha Melapangkan mengajarkan diriku agar sentiasa mengadukan segala permasalahan kepadaNya Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Setiap saat dan ketika diriku berfikir bagaimana untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Berfikir dan terus berinteraksi dengan Dia Yang Maha Mendengar agar mendengar rintihan hatiku ini, bagaimanakah kami akan dapat mencapai target yang telah ditetapkan itu. Perkara pertama yang diriku ucapkan; In sha Allah, target itu akan dapat dicapai, ada jalannya.

Bermohon dan terus meminta agar Yang Maha Melapangkan dapat membantu kami mencapai target yang telah dipersetujui. Akhirnya, Yang Maha Melapangkan telah membantu kami mencapai target yang telah kami tetapkan. Alhamdulillah, bersyukur diriku kepadaMu kerana telah membantu kami melapangkan dan memudahkan kesulitan yang kami hadapi ini. Dibukakan jalan dan ruang untuk kami sama-sama mencapai target. Kami berdoa, berusaha, berikhtiar dan terus bertawakal kepada Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Akhirnya, Dia Yang Maha Melapangkan telah benar-benar melapangkan urusan kami ini. Sungguh luar biasa....Alhamdulillah.

In sha Allah...In sha Allah...In sha Allah....ada jalannya....memang benar ada jalannya....minta sahaja dari Yang Maha Mengetahui akan jalannya kerana hanya Dia Yang Maha Tahu.

Terima kasih Ya Allah....Ya Rahman....Ya Rahim...Ya Baith....Yang Maha Melapangkan.

-14 Muharram 1434H-


Monday, November 26, 2012

Faqirnya aku

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Aku bersyukur ke hadratMu kerana memberikan diriku nikmat yang amat bernilai tiada tandingannya, iaitu nikmat ihsan, iman dan islam.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Diriku yang ORI ini sedar akan kefaqiran diriku. Namun Ya Allah aku bermohon kepadaMu tunjukkan dan ajarilah aku yang ORI ini agar dapat menjadi seorang wanita yang hebat iaitu wanita super menurut ilmu Engkau Ya Rabb. Ajarilah aku Ya Alim untuk menjadi insan yang sempurna, yang bertakwa kepadaMu Ya Allah dan berkhidmat kepada sesama insan. Didiklah aku yang ORI ini agar menjadikan Engkau Ya Rabb sebagai asas dan sumber kekuatan dalam diriku menjalani hidup di duniaMu yang fana ini.
Tunjukilah aku Ya Allah agar mengambil kekuatan daripada zatMu, dan menyerahkan diri secara total kepadaMu. Aku yakin dan percaya Ya Allah bahawa Engkau sentiasa bersama di mana sahaja aku berada. Aku juga amat yakin dan percaya, Allah pasti memberikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman dan melemahkan orang-orang yang membela kebatilan.

" Apabila Allah menolong kamu, tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan kamu. Sebaliknya, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah yang dapat menolong kamu? Ingat, kepada Allah jua orang-orang yang beriman berserah diri" (surah Al-Imran: 160)

Bantulah Ya Allah diriku ini agar dapat menjadi seorang wanita muslimah yang hebat, yang meletakkan Engkau Ya Rabb di atas segala-galanya. Perbetulkan niatku melakukan sesuatu, agar aku sandarkan segala-galanya kepadaMu Ya Allah. Berkatilah dan rahmatilah diriku serta pandulah diriku dalam mencari keredhaanMu.

Ya Allah jadikanlah diriku ini wanita yang hebat yang sentiasa ingat akan pesan Nabi Muhammad yang direkodkan oleh Tirmizi:
PELIHARALAH ALLAH, NESCAYA DIA MEMELIHARAMU.
Peliharalah Allah, nescaya Dia selalu berada di hadapanmu.
Apabila kamu ingin memohon, mohonlah daripada Allah.
Apabila kamu meminta bantuan, mintalah bantuan  daripada Allah.
Seandainya seluruh umat manusia berkumpul bagi memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak mampu memberi apa-apa pun kepadamu kecuali Allah menetapkannya bagimu. Apabila mereka berkumpul bagi mencelakan kamu, mereka tidak mampu melakukannya kecuali Allah menetapkannya bagimu.
Sesungguhnya pena-pena diangkat dan lembaran ditutup.

SUBMISSION TO ALLAH

Apabila kita yakin dan menggantungkan hidup hanya pada Allah, nescaya Allah memberikan ketenangan hati kepada kita. Kunci utama kejayaan dan kebahagiaan hidup adalah ketenangan dan ketenteraman hati.

Orang yang tidak menyerahkan diri kepada Allah akan sentiasa cemas, takut, bimbang, putus asa dan tiada keyakinan diri. Apabila Allah mengujinya dengan kesusahan, beliau akan goyah padahal masalah yang sama tidak membawa kesan kepada orang yang beriman. Ini kerana mereka percaya, bagi setiap kesusahan, Allah memberikan kemudahan.

Allah sentiasa menguji hamba-hambanya yang mukmin kerana ujian itu adalah nikmat daripadaNya. Hadirkanlah Allah dalam setiap keluar masuk nafas kita.

Bantulah dan bimbinglah serta ajarilah diriki yang ORI agar menjadi wanita hebat yang menghayati nama-namaMu Ya Allah. Bantulah diriku menjadikan nama-namaMu sebagai hiasan hidupku, lahir dan batin dalam setiap aktiviti di mana jua diriku berada. Berikanlah aku kefahaman, penghayatan dan aku bisa mengaplikasikannya dalam kehidupanku.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Jadilah diriku yang ORI ini instrumen kasihMu
Di mana ada kebencian,
Biarkan aku menyebar cinta.
Di mana ada hati terluka,
Biarkan aku menjadi penghibur.
Di mana ada keraguan,
Biarkan aku menyebar keyakinan.
Di mana ada keputusasaan,
Biarkan aku menyebar harapan.
Di mana ada kesedihan,
Biarkan aku memberi kebahagiaan.
Di mana ada kegelapan,
Biarkan aku memberi cahaya.
Semuanya dengan izinMu jua Ya Allah...

Sunday, November 25, 2012

Antara 2 Cinta

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Diri aku yg ORI ini masih diberikan ruang dan peluang untuk menikmati nikmatMu yang sgt agung dan luar biasa iaitu nikmat ihsan, iman dan islam.

Pengalaman di program Expresi Cinta di Masjid Asy-Syarif Meru mengingatkan diriku agar kembali kepada diriku yg ORI. DariMu aku yg ORI ini datang, dan kepadaMu jua aku akan kembali Ya Rabb. Sentiasa sedar akan Dia setiap saat dan ketika. Serahkan diriku yg ORI ini 100% kepadaNya kerana tiada daya dan upaya serta kekuatan diriku ini melakukan taat dan menghindarkan diri dari maksiat melainkan dengan izinMu jua Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.

Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta, bimbinglah dan pandulah diriku agar sentiasa menyerahkan segala urusanku kepadaMu. Dengan namaMu Ya Allah, aku serahkan segala urusanku dan aku bertawakal kepadaMu. Lepaskan cinta dunia yang ada di dalam jiwaku ini agar aku dapat menikmati cinta hakiki dariMu Ya Wadud Yang Maha Pencinta. Buangkanlah dan hancurkanlah serta bunuhlah segala berhala yang berada di dalam jiwa dan hatiku ini agar aku dapat meletakkan diriku yang ORI ditempatnya yang sebenar. Bantulah diriku ini Ya Allah agar aku tidak menzalimi diriku sendiri dengan tidak meletakkan sesuatu itu bukan ditempatnya. Jadikanlah diriku ini Ya Allah agar menjadi insan yang adil yang meletakkan sesuatu amanahMu itu berada di tempatnya yang sebenar dan haq. Ya Allah Yang Maha Adil bantulah diriku Ya Allah kerana aku tidak mampu melakukannya tanpa bantuanMu. Jangan biarkan diriku membuat keputusan tanpa merujuk kepadaMu. Segala keputusanMu yang telah Engkau aturkan kepadaku adalah yang terbaik untukku.

Hari demi hari aku diajarkan olehMu Ya Alim agar melepaskan diri dari cengkaman dunia ini. Sedikit demi sedikit, aku belajar untuk melepaskannya Ya Allah. Melepaskan apa yang kita sayang amat sukar bagi diriku tapi itulah langkah terbaik untuk kembali menjadi diri aku yang ORI. Amalkanlah amalan sedekah dan memberi kerana di situ akan Allah anugerahkan nikmat kelapangan dan ketenangan hati yang dapat mendidik aku yang ORI agar sentiasa kembali kepadaMu Ya Allah Yang Maha Melapangkan. Diriku yang ORI jua tahu bahawa Engkau jua Maha Menyempitkan, tetapi Ya Allah Yang Maha Melapangkan, lapangkan kesempitan yang aku hadapi ini kerana aku yakin dan percaya Engkau Ya Allah Yang Maha Melapangkan segala kesempitan hidup kami ini. Lapangkanlah hati kami ini dalam menjalani kehidupan di dunia ini kerana hanya Engkaulah Ya Allah Yang Maha Melapangkan dan Maha Memudahkan segala kesempitan dan kesukaran.
Aku yang ORI hanya menurut aturan dan perintah yang telah Engkau tetapkan untukku. Jadikanlah diriku yang ORI agar sentiasa menyerahkan segala urusanku ini secara total kepadaMu. Jangan Ya Allah Engkau biarkan diriku ini membuat keputusanku sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepadaMu. Aku yang ORI jua tahu segala ketentuanMu adalah yang terbaik. Aku yang ORI ini menerima segala keputusanMu dan ketentuanMu dengan berlapang dada.

Bantulah diriku ini Ya Allah.....perbetulkanlah niatku setiap saat dan setiap ketika melakukan sesuatu pekerjaan itu hanyalah keranaMu Ya Rabb. Ikhlaskanlah diriku yang ORI ini agar sentiasa menyerahkan segala pekerjaanku ini hanya keranaMu. Latihlah diri aku yang ORI ini agar melakukan segala yang terbaik untuk aku serahkan secara total kepadaMu.

Permudahkanlah Ya Allah Yang Maha Memudahkan segala urusanku ini. Aku yang ORi ini hanya melakukan apa yang terbaik untuk mengecap erti bahagia dan dapat membahagiakan insan2 tersayang yang berada bersamaku. Kerana aku yang OrI ini tahu hanya Engkaulah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang dapat memberikan erti dan nikmat bahagia itu kepada makhluk yang Engkau ingin berikan bahagia itu.

Jadikanlah diriku ini agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau sentiasa berikan kepadaku. Jadikanlah juga diriku agar sentiasa redha dengan ujian yang Engkau anugerahkan kepadaku. Jadikanlah diriku yang ORI ini agar sentiasa bahagia dan dapat membahagiakan insan2 yang berada disekelilingku.

Terima kasih Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang mengalirkan nikmat cinta, kasih dan sayangku ini kepada diriku yang ORI agar aku dapat menikmati erti bahagia dan membahagiakan itu. Pancarkanlah kebahagiaan dihatiku ini agar terpancar jua diwajahku agar kebahagiaan itu dapat aku kongsikan bersama insan2 yang berada disekelilingku. Jadikanlah senyuman yang terpancar diwajahku itu suatu sedekah yang dapat aku berikan dengan penuh rasa ikhlas dan diserahkan secara total kepadaMu dan menjadikan diriku sentiasa rasa bahagia dan membahagiakan.

Terima kasih Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta kerana menyayangi, mengasihi dan mencintai diriku yang ORI ini. Pimpinlah diriku yang ORi ini agar sentiasa kembali kepadaMu setiap saat dan setiap ketika. Bantulah diriku ini Ya Allah agar sentiasa bersedekah untuk membersihkan jiwaku dan menjadikan diriku yang OrI agar sentiasa kembali kepadaMu. Bantulah jua diriku Ya Allah agar dapat melakukan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis supaya dapat mendidik jiwa ini kembali kepada fitrahnya yang suci Wahai Ya Allah Yang Maha Suci. Bersihkanlah diriku ini Ya Allah luaran dan dalaman agar aku yang ORI dapat kembali kepadaMu dengan tenang. Aku yang ORI ingin sentiasa kembali kepadaMu.

Terima kasih Ya Rabb...

Didiklah dan ajarilah aku Ya Rabb...

Let's always ONLINE to Allah....

SUBMISSION TO ALLAH...DO IT NOW....

-12 Muharram 1434H-

Thursday, November 22, 2012

Muharram 1434H

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim kerana memberikan diriku yang serba kedaifan suatu nikmat yang amat besar dan luas iaitu nikmat 3i  (ihsan, iman dan islam)....sangat luar biasa hebatnya nikmat itu Ya Rabb.

Di bulan Muharram 1434 H ini, aku terus mengatur langkah untuk sentiasa menyerahkan diri secara total kepadaMu. Ajarilah diriku ini Ya Allah bagaimana untuk 'Submission to Allah'. Bagaimana juga untuk sentiasa ON kepadaMu Ya Rabb agar tidak pernah akan OFF.

Terima kasih Ya Rabb kerana telah mempertemukan diriku dengan sahabat2 yang sentiasa ON kepadaMu setiap saat dan ketika. Sangat luar biasa nikmat rasa itu yang Engkau anugerahinya kepada diriku.

Kekerdilan dan segala kekurangan diri ini dirasai dengan penuh nikmat kerana aku yakin dan percaya setiap kejadian dan apa yang telah Engkau tetapkan adalah yang terbaik untuk diriku ini. Biarpun jasad dan akal fikiranku menolaknya namun Kau izinkanlah Ya Allah, diriku 'aku yang sebenar @ aku yang ORI' kembali menyerahkan segala-galanya kepadaMu. Kerana 'aku yang ori' datang daripadaMu dan 'aku yang ori' akan kembali kepadaMu jua. Maka, bantulah 'aku yang ori' ini agar sentiasa 'ori' dan sentiasa kembali kepada yang ori dan Maha Original.

Terasa diri sangat bahagia dengan segala apa yang Engkau telah ajari aku Ya Allah. Terasa hidup amat mudah dan simple bila diri ini mengenal hakikat dirinya yang sebenar. Kerana tidak perlu ada rasa dan kegusaran yang perlu pun, serahkan semuanya kepada Dia Yang Maha Tahu sahaja. Tiada suatu permasalahan pun yang tidak dapat diselesaikan olehNya, apa yang penting, tanyakan sahaja kepada Yang Maha Tahu. Dia pasti akan tunjukkan jalanNya yang sebenar. Mudah kan...ya, sangat mudah.

Contohnya, saat diriku sangat marah dan rasa tidak puas hati kepada apa yang berlaku dan hati terasa tidak berkenan dengan seseorang individu, Ya....adukan sahaja kepadaNya. Dia pasti akan mendengar segala keluhan yang kita sampaikan kerana Dia adalah Maha Pendengar dan Dia adalah Pendengar Yg Sgt Baik. Bukan sahaja Dia akan mendengar segala keluhan dan luahan rasa hati kita, malahan Dia akan berikan nasihat dan tunjuk ajar lagi seterusnya akan menyelesaikan segala permasalahan dan kegusaran hati yang kita alami. Hebat kan...kalau kita adukan kepada ibu bapa, ahli keluarga maupun sahabat handai, mereka hanya mampu mendengar dan memberikan nasihat, namun mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kita. Jadi, apa tunggu lagi, adukan terus kepadaNya. Dia juga tidak minta bayaran dan upah jururunding pun untuk segala nasihat dan tunjuk ajar Dia. Siapa lagi yang mampu mengasihi dan menyayangi diri kita selain Dia, hatta kita sendiri tidak mampu untuk menyayangi dan membahagiakan diri kita sendiri tanpa kasih sayang dan cinta Dia kan....apa susah....Dia kan sentiasa ada bersama kita. Kenapa kita perlu mencari yang lain.

Ya Allah, diri ini sudah bersedia dan sentiasa akan bersedia untuk ON kepadaMu...setiap saat dan ketika, aku akan 'submit' laporan dan progress research project aku kepadaMu. Jika aku tidak tahu, aku akan terus tanya kepadaMu secara wireless sebab aku tahu Engkau sentiasa ONLINE. Engkaulah Penyeliaku Yang Maha Hebat. Tak pernah pun Engkau jemu untuk melihat progress kerja2 ku walaupun hasilnya tidaklah hebat seperti orang lain yang lebih hebat. Tapi, apa yang perlu aku risaukan dengan hasil yang aku rasakan tidak hebat itu...apa yang penting, aku dah submit kepada Yang Maha Hebat. Jika ada kekurangan dan kesalahan pun, Dia tak akan memperlekehkan diriku, Dia pasti akan ajari aku lagi agar aku menjadi lebih paham dan lebih tahu dari sebelumnya yang aku tidak tahu kepada diriku yang tahu dan paham. Kerana aku yakin dan percaya, yang memberi aku kefahaman dan ilmu itu hanya Engkau Yg Maha Mengetahui.

Jadikanlah Ya ALLAH Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim...segala yang sukar dan sulit itu menjadi mudah. Sebab aku yakin dan percaya, Engkau sedia membantu aku dalam setiap waktu dan ketika. Mudah...mudah..mudah...dan tak pernah rasa payah dan sukar...agar hati kita sentiasa bahagia, maka sentiasalah membahagiakan diri 'aku yang ori'....maka anda akan rasa bahagia dan membahagiakan.....

Jadikan diri kita insan yang sentiasa bersyukur dengan segala apa nikmat yang ada. Jangan Ya Allah, Engkau menjadikan diriku yang ori ini jarang mensyukuri apa yang ada. Apa yang tiada sering dirisaukan....nikmat yang diberi barukan terasa, bila hilang dari genggaman.....

Tuhan, leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku...kerana di situ, tidak mampu mengumpul 2 cinta....hanya cintaMu kuharap subur dibajai bangkai dunia dan nafsu yang kubunuh....

Jadikan Ya Allah, diriku yang ori ini agar sentiasa ONLINE dgnMu dan sentiasa hantarkan progress report kepada Penyeliaku Yang Maha Hebat kerana aku yang ori juga adalah insan yang hebat.....

Let's ON to Allah....
Always SUBMiT to ALLAH...

Tuesday, September 18, 2012

Ziarah pusara

- disunatkn bwuduk tlbh dahulu
- memakai pakaian yg menutup aurat
- sblm memasuki kaw. pkuburan, ucapknlah doa;

"Assalamualaikum wahai tempat tinggal org yg beriman muslimin dan mukminin. Sesungguhnya in sha Allah kami akn menyusuli kamu. Semoga Allah mberikn kt semua keselamatan."

- mhdp ke kubur sewaktu mberi salam.
- mhdp kiblat ketika bdoa
- tidak duduk di ats kubur
- dibolehkn bziarah dgn cara bdiri, duduk atau sekadar melalui shj
- mdktkn diri kpd org yg diziarahi. Maksudnya ziarah ke kubur hakikatnya adalah mdtgi org yg diziarahi, sbgmn lazimnya di dunia.
- mberi salam ktk mahu beredar.
- mbaca al-Quran/ surah Yaasin utk dihadiahkn kpd arwah
- mbaca zikir, selawat, tasbih, tahmid dan tahlil spy mudah2an pahala bacaan itu sampai kpd roh arwah.

Bondaku sayang

Alhamdulillah...terima kasih Ya Rahman Ya Rahim kerana mengurniakan kepadaku seorang ibu yang hebat yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkanku ke dunia yang fana ini.

Aku bermohon kepadaMu Ya Rabb agar meringankan beban yang ditanggung oleh bondaku yg tercinta. Tidak termampu untuk diriku melihat kesedihan yg tpancar di wajahnya. Walaupun tidak mampu untuk bondaku meluahkan kepada kami anak2 nya, namun aku tetap yakin dan percaya, Engkau Maha Mendengar segala rintihan hati nuraninya.

Permudahkan perjalanan hidup yang perlu bonda harungi di kala arwah ayahanda telah Engkau jemput kembali kepadaMu. Rawatlah rasa rindu dalam dirinya terhadap arwah suaminya yang tercinta dengan menyalurkan rasa rindu yang hakiki kepadaMu.

Maafkanlah diriku wahai bondaku yg tercinta kerana sering membuatkan hatimu gundah gelana dan terguris dgn segala tingkahlaku dan tutur bahasaku yang kurang ajar. Halalkan setiap titisan air susu yang aku minum, di mana dengannya aku mendapat tenaga untuk meneruskan perjalanan hidup yg baru berada di garisan permulaan. Tiada tandingan kasih, sayang dan cintamu di dunia ini, wahai bonda.

Ampunilah dosaku Ya Allah, diri ini sering lalai dan alpa dalam mendoakan kesejahteraan ayah dan bondaku. Diri ini hanya memikirkan masalah yg dihadapi yg hanyalah secebis cuma dari permasalahan hidup yg perlu ayah dan bonda tanggung dari semenjak aku kecil hinggalah aku dewasa kini. Tiada apa yang mampu aku hadiahkan untuk ayah dan bonda, hanyalah doa yang mampu kupanjatkan ke hadratMu Ya Allah agar mengampunkan segala dosa dan kesalahan yg mereka telah lakukan. Tunjukkanlah kami semua jalanMu yg lurus. KepadaMu Ya Rabb kami berserah diri dan kepadaMu kami memohon pertolongan. Tolonglah dan bantulah kami Ya Allah....Ringankanlah beban yang ditanggung oleh bondaku Ya Allah dengan rasa lapang di dalam dada dan badan yg ringan menghadapinya.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan diri ini ayah dan bonda, Ismail dan Jamilah yang tulus ikhlas dalam mendidik dan mengajarku menjadi seorang insan yang mengenaliMu Ya Allah.


Sunday, September 16, 2012

Doa buat ayahbonda

Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.

Sgl puji bg Allah, yg tlh memerintahkn kami agar bterima kasih kpd kedua ibu bapa kami dan bbuat baik kpd mereka. Mgesa kami spy merebut peluang bbakti kpd mereka, bsungguh2 melakukn kebajikn kpd mereka. Mgalakkn kami spy merendahkn diri mhormati mereka dr krn kasih kpd mereka sbg phormatan utk mereka. Mewasiatkn kami spy mengasihi mereka sbgmn mereka telah memelihara dan mdidik kami semasa kecil.

Ya Allah! Rahmatilah kedua ibu bapa kami (3x),
dan ampunilah dosa mereka. Redhailah mereka dgn keredhaan yg melayakkn mereka mdpt sgl keredhaanMu. Dgnnya, Engkau meletakkn mereka di dlm negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu. Dgnnya, Engkau lindungi mereka dgn kelembutn kebaiknMu dan ihsanMu.

Ya Allah! Ampunilah mereka dgn sesempurna keampunan yg dgnnya Engkau hapuskn dosa2 mereka yg tdahulu dan kejahatan yg mereka lakukn scr bterusan. Rahmatilah mereka dgn rahmatMu yg dgnnya Engkau menyinari tempat pbaringn mereka di dlm kubur, Engkau amankn mereka pd hari Kiamat ktk mereka dibangkitkn dr kubur mereka.

Ya Allah! Kasihanilah di ats kelemahan mereka sbgmn mereka tlh mengasihani kami ktk kami lemah, rahmatilah mereka ktk mereka tlalai drpd mengingatiMu, sbgmn mereka tetap mengasihani kami ktk kami melupai mereka dan kasihilah mereka sbgmn mereka tlh mengasihi kami sms kami masih kecil.

Ya Allah! Peliharalah bg mereka kasih syg yg tlh Engkau curahkn di dlm hati mereka, belas kasihan yg tlh Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg tlh Engkau sibukkn ke ats anggota mereka. Balasilah pengorbanan dan mujahadah yg tlh mereka korbankn utk kami dan jgnlah Engkau psia2kn kesungguhan mereka yg tlh mereka lakukn utk kami. Berilah mereka ganjaran pahala di ats usaha yg tlh mereka berikn kpd kami, dan peliharaan yg tlh mereka laksanakn, dgn sebaik2 ganjaran yg Engkau berikn kpd org2 yg berusaha melakukn kebaikn dan pemeliharaan yg ikhlas.

Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pd hari penyaksian (kiamat), pdgrknlah kpd mereka sebaik2 seruan drpd kami pd hari kiamat. Jadiknlah mereka disbbkn kami dr kalangan ibu bapa yg dicemburui dsbbkn anak2 mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkn kami dan mereka serta sekalian kaum muslimin di negara kemuliaanMu (syurga), di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bsama org2 yg telah dikurniakn nikmat oleh Allah kpd mereka di kalangan nabi2, org2 siddiqin, org2 yg syahid n org2 yg soleh. Dan amat eloklah mereka itu mjdi teman rakan kpd org2 yg taat. Yg demikian, adalah kurniaan drpd Allah dan cukuplah Allah Yg Maha Mengetahui.

Maha Suci Tuhan yg mpunyai ketinggian dr apa yg mereka sifatkn. Salam sejahtera ke ats para Rasul. Sgl puji bg Allah Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkn rahmat n kesejahteraan ke ats penghulu kami Muhammad, Nabi yg Ummi dan ke ats ahli keluarganya serta sahabatnya dgn kesejahteraan yg melimpah ruah.

Friday, September 14, 2012

Hypoxic Events

DO depletion in coastal and estuarine waters is a growing global concern. Bottom water DO concentrations are near zero under anoxic conditions, whereas they are < 2.0mg/l under hypoxic conditions.

The incidence of anoxic and hypoxic events is a suggested water quality indicator in the ANZECC/ ARMCANZ water quality guidelines....
and was adopted as an indicator of ecosystem integrity during the National Land and Water Resources Audit.

WHAT CAUSES HYPOXIC EVENTS?

Anoxic and hypoxic events are caused by the decomposition of organic matter by oxygen utilising bacteria. In mny cases, anoxia and hypoxia result from eutrophication (e.g. enhanced sedimentation of POM to bottom waters) and reflect the underlying problem of excessive nutrient loads.

Some P.S. of nutrients to coastal waterways are coastal discharges, including outfalls from industry, wastes from aquaculture operations and sewage discharged from yachts, boats and ships. The risk imposed by P.S of nutrient in coastal waterways is higher in areas with large population densities or with a significant tourism, and can be estimated by the number of P.S per unit unit area of coastline. N.P.S of nutrients from intensive agricultural in catchment and urban stormwater are often larger and more difficult to control.

Rainfall following the dry season in tropical regions can also mobilise organic rich detritus (e.g rotting weeds, grasses, cane trash and stormwater trash) into coastal waters and these can have a very high biological oxygen demand.

WATERWAYS SUSCEPTIBLE TO ANOXIC AND HYPOXIC EVENTS

Severe DO depletion in the coastal zone is usually associated with density stratification in wave dominated coastal systems (e.g. deltas, estuaries, and strainplains and coastal lagoons) characterised by low levels of tidal mixing, and subject to elevated nutrient loads.

Density stratification occurs when freshwater flows seaward over denser and more saline marine water, and us therefore intensified after periods of heavy rainfall.

Tenperature stratification can also occur - most commonly in systems such as coastal lagoons and strandplains - and results from solar warming of surface waters.

In both cases, stratification restricts vertical mixing and therefore the replenishment of bottom water with oxygen derived from the atmosphere. Severe oxygen depletion is not likely to be a significant issue in tide dominated coastal systems (e.g. deltas, estuaries and tidal creeks), because tidal mixing reduces the potential for stratification.

SIGNIFICANCE OF ANOXIC AND HYPOXIC EVENTS

A reduction in DO concentrations is amongst the most important effects of eutrophication on aquatic organisms. Hypoxia can cause direct mortality, reduced growth rates and altered behaviour and distributions of fish and other organisms. In addition, bottom water hypoxia can interact with elevated water temperatures at the surface to produce a temperature-oxygen squeeze effect, which can greatly reduce the amount of summer habitat available for some species. Eggs and larvae of fish may be particularly susceptible to this effect because these life history stages are less able to avoid unfavourable conditions, and because they live in near shore areas, such as estuaries, where too high water temperature and too low oxygen conditions often occur. Changes in fish assemblages and crustaceans in response to hypoxia and anoxia can render these organisms more susceptible to fishing pressure, and can increase the abundance of non-targeted species in by catch.

DO status also influences the uptake or release of nutrients from sediment. When oxygen is depleted, the nitrification pathway is blocked, and denitrification efficiencies may be lowered. As a consequence, more nutrients (e.g. nitrogen and phosphorus) are released from the sediment in bio-available forms. These nutrients help to sustain algal blooms, and therefore continue the supply organic matter to the sediments. With organic matter (energy) diverted from invertebrate consumption to microbial decomposition, the natural pattern of energy flow is altered, and pelagic and opportunistic species are favoured. Indeed, an increased ratio of planktivore: demersal fish biomass is an important effect of eutrophication. Low bottom water oxygen concentrations are also conducive to the build up of toxic compounds such as hydrogen sulfide and ammonia gas, which can also be harmful to benthic organisms and fish. Even short lived anoxic events can cause the mass mortality of fish and benthic organisms.

Overall, anoxic and hypoxic events can cause large reductions in abundance, diversity and harvest of fish in affected waters, and can contribute to an overall loss of bio-diversity. However, the extent to which bottom water anoxia causes declines in overall fish production depends on a balanced between the negative and positive and effects of eutrophication in the full spectrum of habitats within the system.

CONSIDERATIONS FOR MEASUREMENT AND INTERPRETATION

Anoxic and hypoxic events are often recognised by the deleterious effects they have on aquatic ecosystems (e.g. fish kills). As such, by the time such events are detected, substantial damage may have already occured to the ecosystem. Ideally, the spatial and temporal extent of anoxia, the response of benthic communities and impacts on fisheries stocks should be documented. Biological and chemical indices from dated sediment records are useful for documenting changes in the magnitude and frequency of oxygen stress over time, and as to whether such changes result from human or natural causes.

Major research institutions, universities and goverment agencies gather oxygen data for specific research studies.

Tuesday, August 21, 2012

Eid Mubarak 1433 H

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb kerana mengizinkan diriku menikmati kemeriahan menyambut Eid Mubarak 1433 H selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan yang berkat.

Menyambut kedatangan Syawal tanpa ayahanda di sisi dan bukan berada di kampung halaman sendiri, amatlah asing bagi diriku. Walaupun bonda dan kekandaku berada di sisi dengan persiapan raya sama seperti tahun-tahun lepas, namun nikmat berkumpul beramai-ramai sambil mendengar celoteh ayah tiada lagi. Tiada siapa yang memantau kerja-kerja kami anak-anaknya serta bertindak sebagai mandor untuk persiapan raya kali ini.

Kami menyambut Eid Mubarak di rumah kekandaku Robiah di Taman Gunung Emas. Ketupat dan rendang serta kuih muih disediakan khas oleh abang dan kakak iparku dari Meru. Tiada lagi aktiviti bergotong royong membuat kuih raya di hari mantai. Sarung ketupat pun ditempah khas dari Meru.

Sanak saudara pun dan berkembang biak. Yang pergi tetap akan pergi namun yang masih diberikan nikmat hidup olehNya mesti meneruskan kehidupan seperti biasa. Tali silaturrahim dijaga agar tidak terputus. Kunjung mengunjung ke rumah saudara mara janganlah dilupakan. Kenal mengenal antara sanak saudara wajib diteruskan agar generasi akan datang akan saling mengenali antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi saudara mara sebelah arwah ayahandaku yang tercinta. Walaupun dia telah tiada, namun ikatan persaudaraan tidak akan terputus.

Friday, August 17, 2012

Ramadhan kian berakhir

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb kerana mengizinkan diriku menikmati Ramadhan hingga ke hari 27 ini. Semoga segala ilmu dan amalan yang kulakukan di bulan yang berkat ini akan kuteruskan di bulan-bulan yang berikutnya. Jadikanlah tarbiyah yang kuperolehi dari madrasah Ramadhan ini sebagai pemangkin untuk aku terus mendekatiMu Ya Allah.

Hatiku yang sayu dan sedih, kini kutemui jalan ketenangannya di sini, Ya Allah. Mungkin ini kali terakhir untuk aku beriktikaf di Masjid UTM ini. Walaupun aku tidak dapat menunaikan solat tarawih di sini, aku cuma dapat luangkan masa untuk menunaikan solat zohor dan asar secara berjemaah di sini. Terima kasih Ya Rabb kerana memberikan ketenangan jiwa dan perasaanku ini. Tiada yang selayaknya dapat membantu memberikan ketenangan dan kedamaian hati ini melainkanMu Ya Allah.

Jadikanlah kitab suci al-QuranMu sebagai sahabat karibku dan paling utama adalah manual kehidupanku terdapat dalamnya. Perbaikilah bacaanku serta fahamkanlah apa yang terkandung di dalam kitab suciMu Ya Allah. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku terlupa dan apa yang aku jahil terhadap ilmuMu.

Tinggal 2 hari lagi untuk kami berada di bulan RamadhanMu Ya Allah. Selepas ini, kami akan bertemu dengan Syawal pula. Eid Fitri.....semoga kami kembali kepada fitrah kejadian kami yang suci bersih Ya Allah. Kau ampunilah segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan sama ada sengaja atau sebaliknya. Ampunilah dan rahmatilah kedua-dua ibu dan ayahku Ya Allah, dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika aku kecil. Namun aku pasti kasih sayangMu mengatasi segala-galanya.


Ramadhan satu perubahan

Alhamdulillah...terima kasih Ya Rabb kerana mengizinkan diriku untuk bersama-sama menunaikan solat tarawih secara berjemaah di surau Taman Gunung Emas, Tampin untuk malam yang 29 Ramadhan 1433 H. Mungkin ini malam terakhir aku dapat bersamamu Ramadhan.

Semoga segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima olehMu Ya Allah. Jadikanlah segala amalan yang dipraktikkan di bulan Ramadhan ini diteruskan untuk bulan yang akan datang.

Tuesday, August 14, 2012

Hadiah buat ayah

Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahan ayahandaku, Ismail sepanjang hidupnya. Permudahkanlah Ya Allah, urusannya di sana. Tenangkanlah dirinya dan tempatkanlah rohnya bersama para syuhada' dlm pjuangan agamaMu. Berkatilah segala amal dan perbuatannya untuk menjadi bekalannya di sana.

Insan yang pada pandangan mata kasarnya, amat engkau benci, hakikatnya adalah insan yang amat engkau sayangi, wahai ayahandaku. Saat akhir hayatmu, engkau tidak ditakdirkan untuk bertemu dengan cucu sulungmu, tetapi hakikatnya, dia selalu mengingati dan menyayangi dirimu, begitu jua dengan dirimu, wahai ayahandaku.

Tiada lagi kedengaran suaramu meminta pertolongan untuk mengurut kakimu yang sakit-sakit. Tiada lagi suara yang mengejutkanku untuk bangun sahur. Tiada lagi suara untuk kami berbual-bual di meja makan atau ketika menonton tv. Tiada lagi suara yang mengejutkan diriku dikala engkau kesakitan di tengah malam.

Tolonglah aku Ya Allah, bantulah aku Ya Allah....untuk menerima qada' dan qadarMu ini. Sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi segalanya tanpa bantuan dariMu.

Ayah, maafkan diri anakmu ini andai terleka dan terlalai untuk menghadiahkan al-Fatihah untuk dirimu di sana. Jadikanlah diriku anak yang solehah Ya Allah, agar dapat membantu dirinya di sana. Persiapkan diriku dengan bekalan yang cukup untuk aku ke sana nanti dan bertemu dengan ayah dan bondaku di negeri abadi. Jangan Ya Allah, Engkau lalaikan hatilu dengan harta dunia yang fana ini. Peringatkanlah diriku agar sentiasa mengingatiMu dan mengumpulkan bekalan untuk negeri abadi.

Terima kasih Ya Rabb...


Friday, August 10, 2012

Keluarga Bahagia

Terima kasih Ya Allah kerana mengajarku erti hidup dalam kesederhanaan. Bahagia yang dicari bukan dengan harta yang banyak, rumah dan kereta yang mewah namun ianya adalah anugerah Ilahi. Biarlah di mata manusia kita dilihat tiada apa-apa tapi yang paling utama adalah pada pandangan Allah. Biarlah kita hina di mata manusia namun mulia di sisi Allah.

Terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan diriku untuk aku terus bersyukur atas segala nikmat yang Engkau telah kurniakan kepada diriku.

Terima kasih ayah, terima kasih bonda kerana mengajarku erti bersyukur dengan apa yang ada. Hiduplah dalam bersederhana agar hati kita menjadi tenang.

Ramadhan bakal meninggalkan kita, dan Syawal pasti menjelma. Apa persiapan untuk menyambut Syawal? Tanya pada diri, apa pula persiapan untuk menyambut Ramadhan yang bakal berakhir ini. Jika bulan yang penuh keberkatan ini pun kita tidak bersedia untuk bertemunya, apalah maknanya Syawal itu kepada kita.

Bagaimanakah kita menyambut kemenangan setelah sebulan berada di madrasah tarbiyah. Kita berkonvo di bulan Syawal. Adakah meraikan kemenangan itu perlu dengan berpakaian yang serba baru atau bersederhana sahaja mengikut kemampuan kita. Kanak-kanak yang masih kecil pun paham, bagaimana pula dengan diri kita?

Terima kasih Ya Allah kerana kanak-kanak ini telah menyedarkan diriku agar hidup dalam kesederhanaan.

Teringat pada arwah ayahandaku yang tercinta. Tiada pakaian baju raya baru untuknya setiap kali menyambut hari raya. Walaupun anak-anak akan membelikan pakaian baru untuknya, dia pasti akan memakai pakaian yang selesa dipakai oleh beliau. Tapi duit untuk disedekahkan kepada anak, cucu dan cicitnya tidak pernah dilupakan. Biarlah kita mencari kemuliaan di sisi Allah melebihi kemuliaan di sisi manusia. Kita tidak dapat memuaskan hati setiap insan namun cukuplah kita dapat redha dari Yang Maha Pencipta. Itu yang lebih utama.

Lakukanlah apa sahaja pekerjaan asalkan mendapat redha dan keberkatan dariNya. Walaupun orang lain nampak susah dan tidak mencukupi, insha Allah dengan izin Allah, semuanya akan cukup, malahan lebih dari cukup. Kerana perlu diingat, rezeki itu adalah milik Allah. Rezeki yang berkat adalah anugerah Allah yang amat bermakna bagi kita sebagai seorang insan dan hambaNya.

Terima kasih ayah, mak, along, angah, alang, dan achik kerana mengajarku erti sebenar kehidupan. Biarlah diri kita hina pada pandangan manusia namun tidak di sisi Allah. Carilah keberkatan dalam kehidupan ini agar diri kita menjadi lebih tenang.

Terima kasih Ya Rabb atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku. Moga segala urusan kami dipermudahkan olehMu Ya Allah demi mencari keredhaanMu di dunia dan di akhirat sana. Pertemukanlah kami semua di syurgaMu nanti. Tabahkanlah kami menghadapi segala dugaan dan ujian yang Engkau anugerahkan, agar lebih mendekatkan diri kami kepadaMu.


Tuesday, August 7, 2012

Teman Sejati

Alhamdulillah....terima kasih Ya Allah kerana mengaturkan pertemuanku dengan sahabat dan teman yang ingin aku temui. Keberkatan bulan Ramadhan ini mempertemukan sahabat serumah sewa yang telah lebih 5 tahun tidak berjumpa.

Pertemuan yang Engkau aturkan ini menguatkan semangatku yang telah hilang. Setiap insan pasti akan diuji dengan kehilangan....begitu jualah sahabat dan temanku. Seorang sahabatku telah kehilangan insan yang bakal menjadi teman hidupnya 5 tahun yang lepas. Seorang lagi kehilangan insan yang amat disayanginya iaitu ayahandanya pada tahun 2009. Tahun ini merupakan tahun kedua pemergian arwah ayahandaku yang tercinta. Namun, saat kehilangannya amatlah aku rasai pada saat ini...lebih2 lg bulan Syawal bakal menjelma. Tahun 2010 adalah tahun terakhir kami menyambut Eid Fitri bersama2. Banyak permintaannya pada tahun itu, minta buatkan lemang, ketupat, rendang, dodol dan kuih baulu yang menjadi kegemarannya setiap kali menyambut hari raya. Rupa2 nya itulah kali terakhir kami beraya bersama.

Tanpa bicara, tanpa kata2, namun suara hati kami berinteraksi, wahai sahabat. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku pembantu di saat aku memerlukan bantuan, kerana kedhaifan diri ini. Hakikatnya, bantuan itu hadir dengan izinMu dan adalah bantuan drpdMu. Sahabatku memberitahu, jangan risau, insha Allah akan ada orang yang akan membantu kita bila kita berada dalam kesusahan. Selagi mana kita menjaga Allah, maka Allah pasti akan menjaga kita. Mintalah padaNya jalan keluar, pasti akan ditunjukkanNya. Hanya yang perlu bagi kita, adalah bersabar...dan terus bersabar dalam menghadapi segala jalan yang harus dilalui itu.

Hatiku kembali tenang Ya Allah. Terasa nikmatnya bila hidup keranaMu Ya Allah. Segala urusanku kuserahkan kepadaMu Ya Allah. Semangatku yang hilang telah kembali dengan dorongan dan semangat dari insan2 yang menyayangi diri ini.


Monday, August 6, 2012

Kau Sahabat Kau Teman


Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepadaku insan-insan terpilih yang sentiasa menyayangi diriku, hakikatnya kasih sayang itu dariMu jua. Ukhuwwah fillah itu sgt indah, tidak dapat digambarkan dgn kata2.

Sahabat,
Maafkan diri ini andai selama ini diriku banyak mengguriskan hati dan perasaanmu. Ikhlaskanlah diriku ya Allah dlm menjalinkan ukhuwwah hanya keranaMu.

Andainya kami ditakdirkan untuj berpisah, jadikanlah perpisahan itu diredhai olehMu. Jadikanlah pertemuan kami itu pertemuan yang diredhai olehMu. Jangan Ya Allah, Kau jadikan pertemuan dan perpisahan kami itu sia-sia tanpa keredhaan dariMu.

Jadikanlah aku insan yang ikhlas dalam bersahabat. Redhakan diriku terhadap segala ketentuanMu. 

Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukanku dengan sahabat yang sejati. Yang sanggup berkorban masa senang dan susah demi seorang sahabat. Aku tidak mampu Ya Allah untuk menjadi teman yang terbaik untukNya namun Ya Allah, Kau kurniakanlah baginya ketenangan jiwa dan rohani sepertimana temanku ini sanggup melakukan yang terbaik untukku. Segala pengorbanan dan kasih sayangnya kau balaslah dengan kasih sayangMu yang tak pernah berbelah bahagi.

Mudahkan segala urusannya Ya Allah. Kurniakanlah dirinya insan yang terbaik untuk dirinya. Aku tidak tahu Ya Allah, namun Engkau Maha Mengetahui. Ikhlaskanlah diri ini dalam bersahabat hanya keranaMu semata-mata.

Jagalah dirinya agar sentiasa dalam lindungan dan rahmatMu Ya Allah. Tetapkanlah hatinya agar terus berada di jalanMu. Perluaskanlah rezekinya dan permudahkanlah segala urusan di dunia yang fana ini dan di akhirat sana nanti. Kurniakanlah kepadanya pembantu di saat dia memerlukan bantuan Ya Allah. Hanya Engkaulah yang selayaknya untuk memberikan bantuan kepadanya.

Terima kasih sahabat kerana sudi menemani perjalananku ini menuju redhaMu Ya Allah.