Wednesday, January 7, 2015

ABC#040

Salam Ukhuwwah Fillah 17 RABIUL AWAL 1436H...Hari KHAMIS yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Don't let the past hold you back.
You're missing the good stuff.
If you think that the world means nothing, think again.
You might mean the world to someone else.

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Salju di danau RINDU...
#Mood RINDU si puteri salju di bumi anbiya' @Mafraq, Jordan.

RINDU yang menyapa
Moga itu adalah petanda 
Eratnya TAUTAN HATI kita
Kita berkongsi RASA
Dalam DUA JIWA
Moga ALLAH pelihara.


Mungkin aku tak mampu 
Menggenggam tangan-mu 
Saat diri-mu memerlukan sokongan
tidak juga sentiasa mampu 
meminjamkan bahuku untuk-mu 
bersedar saat diri-mu dalam kesedihan
namun aku masih ada DOA
yang sentiasa mendoakan
semoga dirimu dalam lindungan-NYA selalu


Sahabat Fillah...

Sahabat Fillah...
Andai satu MASA nanti
Tidak lagi kau temukan aku
Dalam ruang muka buku-mu
Tidak lagi kau temukan aku
Dalam bicara hari-mu
Tidak lagi kau temukan aku
Dalam mana-mana ruang hidup-mu
Doakanlah aku 
Mungkin aku telah pergi
Jauh meninggalkan-mu
Sehingga alam kita mungkin berbeza
Mungkin jodoh kita
Bukan di SINI tapi di SANA..

Sahabat Fillah... 
Aku sayang kamu kerana-NYA
Moga jodoh kita dalam Jannah-NYA..

Sahabat Fillah...
Bermuka buku dengan-mu
Tidak sedar masa berlalu
Terubat sendu di qalbu
Terlupa jiwaku pilu..


Simpanlah keluh kesah-mu,
ungkapkan sahaja dalam bait-bait DOA-mu.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Aku menulis dengan juraian air mata
Saat aku merasakan betapa kerdilnya diriku..
Tidak mampu melawan kehendak takdirMu..
Engkau Tuan aku hamba
Hakikat hamba mesti patuh pada kehendak Tuannya..

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
ENGKAU menciptakan aku
Insan dhaif serba kekurangan
ENGKAU Maha Tahu
Bahawa aku tak mampu
Tanpa ENGKAU membantu

Ya Allah Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Sungguh SAAT ini
Aku sangat lemah sendiri
Jangan biarkan aku lepaskan tali-MU ILAHI
Aku mohon pada-MU RABBI

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Aku hanya ingin menangis
Dan menangis semahunya
Biar pecah empangan yang selama ini kubina
Kerana ku tak mampu lagi

Ku-dedikasikan lirik 'Segenggam TABAH' ini buat sahabat fillah Jue Kama yang selalu melakarkan tinta emasnya di ruangan muka bukunya. Catatan pena bertinta emasnya itu sangat bermakna buat diri saat dan tika ini. Jazakillah khairan kathira sahabat fillah...Semoga sentiasa dalam kasih sayang dan cinta-NYA Ya WADUD Yang Maha Pencinta.

Segenggam TABAH...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasib-mu
Derita buat-mu ada HIKMAH-nya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hati-mu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu TENANG-nya 


ALLAH menguji setiap SAAT dan ketika..
bersabarlah wahai sahabat yang diuji..
sesungguhnya kau dalam perhatian ALLAH..
DIA menguji bukan membenci
Tanda diri di kasihi..
Semoga tabah sahabat fillah.
(Jue Kama @ Kedah, 2015)


To My Dearest Kakak Kenit,

Thanks for everything sayang.
Selalu ada saat susah dan senang, peneman saat gembira dan sedih.
Bersama teruskan hidup di bumi ALLAH ini, menghamba diri mencari keberkatan menuju alam yang abadi.
Maafkan diri ini jika ada melukakan hati dan perasaan.
Kadangkala tuturkata dan perlakuan membuatkan orang terasa hati.
Saya doakan urusan saudari sentiasa dipermudahkan-NYA dan diberkati-NYA.
Dimudahkan jodoh dan bertemu dengan putera peneman hidup sepanjang hayat. 
Memimpin bahtera bersama dan menemui pengakhiran yang baik.

Mulut terkunci...dan DIA Maha Besar Mengetahui segala-galanya.
Terbentang segala amalan sebelum ini,
Antara Syurga dan Neraka,
Namun belum lagi sampai SAAT itu,
Justeru apa persiapan kita?

(Cahaya Pemberian-ku@hazwaniakj | 12-02-1436H | 05-12-2014M)


My GIFT..hazwaniakj
Cahaya Pemberianku...
Indahnya nama yang dihadiahi ayah dan bonda kesayangan-mu...

Cahaya Pemberianku...
'My Gift"
Bila diseru nama-mu...
maksudnya mereka mengatakan "My Gift"

Cahaya Pemberianku...
Bersyukurlah duhai sahabat
Dirimu merupakan hadiah terindah buat mereka
Mengertilah sayang di sebalik nama-mu
Tatkala diri-mu menceriakan hari seseorang
Pabila diri-mu meringankan beban seseorang
dan di kala diri-mu melakukan seribu satu jenis kebaikan kepada seseorang
diri-mu adalah HADIAH yang teristimewa buat mereka
meskipun mereka tidak menyedarinya

Cahaya Pemberianku...
usah gusar duhai sahabatku
Jika diri-mu merasa keseorangan
Ingatlah Yang Maha Pencinta sentiasa ada
menemani-mu setia sepanjang MASA
Titiskan air mata-mu tanpa segan silu hanya kepada-NYA
Tatkala terasa sunyi
Zikir, selawat dan al-QURAN jadikan penyeri
Sesungguhnya itulah CINTA yang paling SUCI

Cahaya Pemberianku...
Jangan bersedih duhai sahabat fillah-ku
Pabila merasakan diri tiada tempat meluahkan isi HATI
Bersabarlah sayang-ku
ALLAH Maha Tahu segala perihal peribadi

Cahaya Pemberianku...
La Tahzan...
ALLAH really cares.


Lafaz Yang Tersimpan...
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Sampaikanlah salam rindu kami buat "Our First LOVE" di dunia SANA.

AL-FATIHAH...
Buat ayahanda kami yang tercinta yang telah dijemput PULANG kepada-NYA
...ISMAIL BIN ALI [02-07-1432H]
...ABDUL KAHAR BIN JALIL [03-03-1436H]
Semoga wali keramat kami berbahagia di SANA
Semoga superhero kami bersama-sama para syuhada' dan solihin di SANA
Terima kasih AYAH atas segala kasih sayang dan cinta-mu buat kami di SINI
Perpisahan kita di SINI hanya sementara
Semoga kita dipertemukan semula di SANA
Berkumpul bersama-samamu AYAH di Syurga Firdausi
Insha ALLAH...dengan izin-MU jua kita kan bertemu lagi



NOTA CINTA-NYA HARI INI...

17:17. Dan berapa banyak umat yang telah KAMI binasakan sesudah Nuh. Cukuplah Tuhan-mu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-NYA.
(QS. Al-Isra', 17:17)


#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...17-03-1436H | 08-01-2015M 09:01


No comments:

Post a Comment